Friday, August 20, 2010

* S.Y.U.K.U.R*

Sabda Rasulullah S.A.W:

Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan. Apabila mereka ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula.

Riwayat Tabrani

Assalaam alaykom, salah satu topik tazkirah yang disampaikan Ustaz Faroque di office pagi tadi adalah mengenai SYUKUR. Syukur, suatu kata yang sangat indah dan memberikan makna yang tidak terhingga. ALLAH telah menjamin dalam Al Quran, barang siapa yang bersyukur maka ALLAH akan menambah nikmat kepada orang tersebut. Sudahkan ANDA bersyukur? Sudahkah Anda merasakan tambahan nikmat atas syukur Anda? Apakah Anda ingin mendapatkan nikmat yang lebih besar lagi? Lupakan mengeluh, mulailah perbanyakkan bersyukur.

Ada DUA manfaat besar dari bersyukur. Kedua manfaat ini akan mengubah hidup kita jika kita bisa mendapatkannya.

** Pahala dari ALLAH. Jelas, bersyukur adalah perintah ALLAH, kita akan mendapatkan pahala jika kita bersyukur dengan ikhlas.

** Menciptakan Feeling Good. Dengan bersyukur akan membuat kita lebih bahagia. Perasaan kita menjadi lebih enak dan nyaman dengan bersyukur. Bagaimana tidak, fikiran kita akan fokus pada berbagai kebaikan yang kita terima.

Dan bagaimanakah cara kita menterjemahkan syukur kita? Adakah melalui lafaz, atau perbuatan...atau adakah solat sahaja sudah memadainya untuk menyatakan kesyukuran kita kepadaNYA? hmm.. perkataan yang sentiasa terngiang di telinga. Namun sejauh mana konsep syukur yang kita amalkan. Sejenak terfikir adakah saya antara insan yang sentiasa beringat untuk bersyukur atau adakah dalam golongan yang alpa? hmm.

Benar kata seorang senior saya.. melalui pengalaman hidup yang dikongsi bersama. Realitinya kita adalah insan bertuah!!! Beruntung kerna dilahirkan sempurna, cukup sifatnya... hidup walaupun tidak semewah mana, namun masih mampu membeli makanan kegemaran yang kita idamkan. hmm. Masih mampu tidur beralaskan tilam empuk.. hmm. Jika dibandingkan dengan saudara seagama atau mana2 sahabat, ada yang terpaksa tidur beralaskan kotak. ada yang rumahnya benar2 di tepian landasan, ada yang benar2 daif hanya kais pagi makan pagi.. hmm.. Itu semua membuatkan saya merenung sejenak...betapa besarnya nikmatNYA kepada kita.. apa yang perlu dilakukan adalah menyatakan SYUKUR kepadaNYA.

Salah satu ceritanya yang mungkin dengarnya normal.. tetapi ianya adalah suatu realiti. Ceritanya "Kami ke Gunung Kinabalu untuk memenuhi aktiviti sukan, tetapi warga disini mengangkat tong gas dan barang2 lain sambil mendaki demi sesuap nasi" YA!!! objektifnya adalah berbeza. Dan katanya lagi kita bersyukur kerna bekerja di dalam suasana berhawa dingin... bayangkan orang yang bekerja diluar sana tanpa pendingin udara? hmm.

Ya benar!!! Saya telah melaluinya.. bekerja di kedai MAMA 10-12 jam sehari tanpa penghawa dingin, waktu makan dan berehatnya tidak menentu. hmm. Tetapi itu juga yang mengajar saya erti kehidupan... bukan mudah untuk mendapatkan wang. Tiada hiburan dalam jurnalnya. Tiada hari cuti hujung minggu... dan Demi sesuap nasi, kami terpaksa berkorban masa dan tenaga. Maka bersyukurlah ANDA dengan apa yang anda miliki, dan jangan mudah lupa asal usul kita... kerna dari tanah kita dijadikan, kepada tanah juga kita akan pulang. Semoga kepulangan kita akan diberkati ALLAH dan ditempatkan di kalangan insan2 yang dicintaiNYA.


No comments:

Post a Comment