" Being deeply loved by someone gives you strength, while loving someone deeply gives you courage. With the new day comes new strength and new thoughts. Every great dream begins with a dreamer. "
Assalam alaykom... I'm a dreamer!!! Yes I am! Saya mula melangkah ke tahun baru 2018 dengan penuh harapan dan optimis dengan impian yang bakal menjadi kenyataan. Semoga mendapat peningkatan diri, kerjaya mahupun keluarga terchenta. Setiap yang mahu ditempuh pastinya ada cabaran dan yang penting kita harus sentiasa bersedia, tenang dan menerima dengan hati terbuka. Kejayaan tidak datang dengan mudah tanpa kecekalan dan usaha berterusan. Harapan agar apa yang diimpikan menjadi kenyataan. Doakan agar dipermudahkan semua urusan.
Inilah kekuatan saya yang membuat saya semakin hari tegar membimbing mereka berdua. Ketika gambar ini diambil, kami hanya bertiga ke pusat membeli belah dan membeli-belah dan turut menjamu selera. Mungkin dengarnya mudah tetapi tidak semudah disangka. Saya memilih untuk memberanikan diri membawa anakanda EAQ berdua dengan izin dan ketika ini hubby Moose outstation di luar kawasan. Maka saya mengambil risiko untuk berdepan dengan gelagat anak-anak yang tidak sesekali dapat dijangka. Alhamdullillah kedua-dua memberi kerjasama yang baik apabila lil' Emir memilih untuk duduk di dalam bakul bersama barangan dan pastinya saya mengguna sepenuh tenaga untuk menolak troli dan stroller dalam keadaan yang pantas kerna anak-anak akan mudah bosan. Apa yang perlu dilakukan adalah perancangan awal iaitu dari A-Z contohnya membawa semua keperluan anak-anak di dalam satu beg galas (so no handbag during weekend), rancang apa yang mahu dilakukan iaitu makan kemudian membeli barang, dan hanya membeli mengikut senarai barangan sahaja. Tips utama... pergi ke tempat membeli-belah yang mesra kanak-kanak dengan kemudahan lif atau babyroom dan juga tempat grocery yang sudah biasa susunannya maka lebih mudah dan pantas semasa shoppin' kerana ketika bersama anak-anak, ia bukanlah masa untuk kita berlegar-legar meneliti barangan. So good luck!!!! Doa sepanjang masa agar dipermudahkan urusan. Ameen.
No comments:
Post a Comment