Saturday, February 17, 2018

* Emir Al Qays Turns Three *

Date: 8th February 2018
Location: Taska Ijtihad, Shah Alam

Assalam alaykom... Happy Birthday to my dear lil' Boov Emir Al Qays Bin Mus'ab Al Khair yang ketiga tahun. Benar pantas masa berlalu dan masih segar di ingatan kali pertama menyentuhmu dan bagaimana Umy mengharung detik cemas melahirkanmu. Semoga lil' Emir akan membesar menjadi anak soleh dan menyumbang bakti kepada keluarga, bangsa dan negara setanding namamu 'the Firm Prince'. Umy seakan rindu mahu mendukungmu dan memelukmu seperti bayi. hmm. Menjangkau usia tiga tahun, lil' Emir semakin petah berkata-kata dan sesekali agak lucu bila mengingatkan Umy sesuatu perkara. Yang ketara daya ingatan Emir agak kuat dan mampu ingat tempat yang pernah dikunjunginya walau dalam diam beliau tidak banyak bercerita dan hanya akan menyatakan kemahuan jika perlu. 

Tahun ini, sambutan ulang tahun kelahiran lil' Emir hanya disambut di taska bersama rakan-rakan. Tema Batman untuk lil' Emir dan alhamdullillah sempat juga mendapatkan baju sedondon untuk anakanda. Majlis birthday lil' Emir diadakan pada sebelah petang dan terima kasih kepada pendidik-pendidik di Taska Ijtihad atas kesudian membantu menghias backdrop dan menambah hiasan serta menyediakan makanan untuk majlis Emir. 


lil' Emir at three years old


Batman Cake for lil' Emir

 Birthday boy with batman theme


Emir's batman cake

 happy Boov!!!


Umy sempat juga mendapatkan belon 

 rakan-rakan Emir bersedia untuk majlis 


Emir and his friends

 celebrate birthday Emir


Emir and his sista Sumayya

 our Family in black and yellow theme

 sista Ocal dan lil' Sumayya turut sama hadir sebelum nanti berangkat pulang ke Amerika

 chocolate cream cake

 behind the scenes... Umy menyediakan sedikit props untuk majlis lil' Emir

 sesi menjamu selera... catch lil' Eijaz yang turut makan kek

 brotherly love

lil' Eijaz in batman theme

owh.. sehari sebelumnya lil' Emir kurang sihat dan bercuti bersama Umy namun dek kerna Umy perlu membeli barangan maka dapatlah Emir berjalan-jalan sambil mengacau Umy.. hehe. behind the scenes of Emir turns three preparation... 

 batman theme menjadi pilihan untuk lil' Emir

 biskut tema kuning untuk goodies

sesi menjadi Tshirt lil' Emir dan pastinya untuk lil' Eijaz

 happy Boov dapat duduk dalam troli

 his dinosour juga mahu makan coklat

 sebelum pulang lil' Emir mahu air tin yang selalu dibeli oleh Aby

 tyme to go home

 goodies packin' tyme...

 the batman goodies items

 persediaan goodies untuk rakan-rakan Emir

 lil' Emir gembira dapat sama membantu

 ready to deliver!!!

to my dear lil' Emir... semoga Emir riang dan membesar dengan sihat. Semoga majlis ringkas ini membuat Emir gembira sebagaimana Umy gembira mengingati kelahiran Emir. Umy akan cuba sedaya mungkin merakamkan kenangan buat anakanda berdua untuk tatapan di kemudian hari. InshaAllah. 


Love you for the sake of Allah subhanu wa ta'ala. 

more pictures and story at Cyanamoose Instagram 
#emirmoosevideo #emirsjourney #emirturns3

No comments:

Post a Comment