Sunday, February 25, 2018

* wow!!! Tiffany ME!!! *

Assalam alaykom... okay seperti biasa sebelum ke cerita belakang takbir, mrs Cyana a.k.a mrs Coordinator memang suka bercerita tentang fesyen untuk turut sama dijadikan kenangan dan rujukan pada "What to Wear?". Kali ini program sepenuhnya sukan dan lucunya saya sendiri tidak mempunyai seluar dan kasut sukan. oppsss!!! Nampaknya sudah lama saya tidak bersukan.oppsss lagi!!! hehe. So kesempatan program RWC, saya sedaya upaya walau dalam kesibukan meluangkan masa rehat untuk survey beberapa kedai sukan. Lucky me, Aeon Shah Alam mempunyai banyak kedai sukan tetapi untuk pertama kali memakai pada hari program sendiri itu adalah cabaran yang besar... just in case kurang selesa atau tidak kena gaya... oppsss!!!

Dan seperti biasa mrs Coordinator pening kerna mahu sama tema program RWC dan lucky me again terjumpa kasut yang seakan warna RWC maka saya mengenakan hijab berwarna tiffany walau color itu merupakan color yang kontra dengan saya. hehe. owh.. I'll take risk again!!! Yang penting saya mahu seakan warna RWC sebagai tanda sokongan. Itu belum lagi cerita setiap kali meeting RWC saya memakai warna hijau. ahaks!!! 

my first pose at photobooth!!!! pose and smile merasmikan photonbooth

the signature pose with RWC medal dan ring berwarna tiffany

my RWC sport OOTD!! 
owh... saya kelihatan sangat sun-tanned in tiffany kerna saya memang tidak menggunakan sunblock!!!! hiks!


* Rice Warrior Challenge 2017 *

Date: 18th November 2017
Location: Glenmarie, Shah Alam Selangor

Assalam alaykom... Rice Warrior Challenge 2017 4KM Glenmarie Morning Walk yang julung kali diadakan anjuran Kelab BERNAS Malaysia Pusat dengan kerjasama Kelab BERNAS Cawangan Ibu Pejabat telah berlangsung dengan jaya pada 18 November 2017 (Sabtu). Perasmian majlis oleh Yang Berbahagia En Abdul Karim Md Lassim, Ketua Pegawai Eksekutif dan dihadiri bersama barisan Pengurusan BERNAS. Sebanyak 17 pasukan yang bertanding iaitu dari cawangan Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Ibu Pejabat, Sabah dan Sarawak. Program ini dikendalikan oleh consultant pihak Equip Management dengan kerjasama sepenuhnya dari KBM HQ.  

Rice Warrior Challenge a.k.a RWC adalah program pertama seumpama konsep viral run dan sudah pasti ramai yang teruja memandangkan program larian amat popular ketika ini namun KBM satukan dua aktiviti utama dalam satu program iaitu RWC untuk menguji kekuatan dan minda ahli KBM dan juga aktiviti santai untuk ahli-ahli KBM beriadah bersama keluarga. Alhamdullilah persiapan program kurang dari dua bulan namun KBM berjaya menarik minat 500 orang peserta dan meriahnya program dihadiri oleh ahli KBM bersama keluarga. Saya bertugas sebagai Program Koordinator dan pasti cabaran yang paling sukar adalah untuk memastikan perjalanan program lancar tanpa sebarang kemalangan. owh.. itu cabaran sampingan pada hari program dan cerita belakang takbir akan saya kongsikan pada entry yang lain. InshaAllah. 

okay... memandangkan program telah berlalu maka entry ini akan menjadi medium kenangan dan dikongsi bersama beberapa gambar untuk jalan cerita dan selebihnya saya copy paste dari Instagram KELAB BERNAS MALAYSIA yang merupakan salah satu platform digunakan untuk promosi. 

Ini adalah sedutan promosi dan aktiviti sepanjang RWC dan sambungan cerita bergambar.

[BERITA GEMBIRA!!! #PERHATIAN WARGA BERNAS!!] JOM HADIR GEGARKAN DATARAN GLENMARIE,SABTU, 18 NOVEMBER 2017 DENGAN PROGRAM RICE WARRIOR CHALLENGE 2017 @ GLENMARIE & 4KM GLENMARIE MORNING WALK YANG JULUNG KALI DIBAWAKAN OLEH KELAB BERNAS MALAYSIA.

. . = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 
APA LAGI AKTIVITI YANG MENARIK???  

✔ Zumba

✔4KM Glenmarie Walk (terbuka untuk 500 peserta sahaja)
✔ Rice Warrior Challenge (ahli KBM sahaja)
✔ Photo Booth ✔ Fleamarket
✔ Sukaneka ✔ Clown

✔ Pemeriksaan Kesihatan

✔ Cabutan bertuah ✔ Dan banyak lagi!!! . 
Jangan lepaskan peluang untuk sertai aktiviti santai sambil riadah disamping mengeratkan persahabatan. Bayaran serendah RM20 untuk ahli KBM dan RM40 untuk ahli keluarga/kenalan bagi menyertai 4KM Glenmarie Walk dan anda akan mendapat Tshirt, medal, bib dan sijil penyertaan. 
Maklumat lanjut @ Instagram & Facebook KELAB BERNAS MALAYSIA.
.
.

#JOM SHARE & TAG aktiviti sihat ini kepada keluarga, jiran-jiran & kenalan semua.


the medal

mrs Coordinator smiley pose walau tengah panas

pendaftaran peserta dan pengambilan Tshirt juga goodies bermula pada petang Jumaat 17 November 2017

taklimat ringkas kepada peserta RWC yang datangnya dari seluruh Malaysia

peserta mula berkumpul seawal jam 6 pagi

team dari Penang

mrs Cyana and mrs Julia tidak ketinggalan posing

IBU turut hadir memberi sokongan

team Sarawak bersama CEO

aktiviti dimulakan dengan zumba

happy zumba

santai sambil berzumba

pseserta RWC dan peserta Morning Walk memenuhi perkarangan luar ofis BERNAS

zumba untuk memanaskan badan sebelum bermulanya aktiviti RWC

sesi bacaan doa selamat

CEO memberi ucapan ringkas

perasmian oleh CEO

sesi bergambar sebelum berpeluh

waktu pelepasan peserta

mrs Cyana in pose

booth refreshment

booth medal dan sijil

booth minuman

antara halangan yang perlu dilalui oleh peserta RWC

pasukan pertama yang sampai ke garisan penamat

happy faces walau kepenatan

salute ofismate nie walau berusia namun tetap kuat bersemangat

cabaran larian 4KM RWC

larian 4KM dengan membawa beras dan bendera

pose with mrs Boss.. my Head SIMD

sesi menguji minda

cabaran mengangkat tayar

rice transfer

belut transfer

cabaran halangan besi

cabaran menarik kereta yang dipenuhi beras

cabaran mengangkat kayu pokok yang berat

VIP turut merasai pengalaman mencuba cabaran RWC

sukaneka untuk kanak-kanak

perasmian gym BERNAS oleh CEO

CEO dan YDP KBM HQ

clown yang menghiburkan kanak-kanak

magic show oleh YayaPartyClown

hubby Moose dan lil' Emir yang turut sama hadir memberi sokongan kepada Umy

the VIPs sedang pose di photobooth!!! sportin' sangat!!!

CEO dan Head COE sedang memantau hadiah-hadiah cabutan bertuah

hadiah RWC


JUARA... Team CAP AYAM (IBU PEJABAT)


NAIB JUARA... EVER POWER (IBU PEJABAT)

Tempat Ketiga...YAMADA NASHIKI (IBU PEJABAT)

Keputusan rasmi Rice Warrior Challenge 2017 adalah seperti berikut:
JUARA           : CAP AYAM (IBU PEJABAT) - 40m 14s
NAIB JUARA   : EVER POWER (IBU PEJABAT) - 40m 47s
KETIGA         : YAMADA NASHIKI (IBU PEJABAT) - 46m 26s
KEEMPAT       : SABAH (SABAH) - 47m 01s
KELIMA         : BERNAS MISC (PULAU PINANG) - 47m 05s
KEENAM        : THE MAGICIANS (SARAWAK) - 47m 43s
KETUJUH       : SARAWAK (SARAWAK) - 51m 06s
KELAPAN       : TRIPLE 9 (PULAU PINANG) - 51m 28s
KESEMBILAN  : EMKAYTEE (IBU PEJABAT) - 52m 11s
KESEPULUH   : BUKADIKITJOSS (KEDAH) - 53m 14s
KE-11            : GENG XL (IBU PEJABAT) - 40m 41s
KE-12            : PENGURUSAN (IBU PEJABAT) - 54m 08s
KE-13            : HARIA PENANG (PULAU PINANG) - 54m 12s
KE-14            : TEMUKUT (KEDAH) - 55m 04s
KE-15            : TOMBIRUO (KEDAH) - 57m 26s
KE-16            : CACTUS (SELANGOR) – 1h 01m
KE-17            : KEDAH 3 (KEDAH) – 1h 09m

lucky draw tyme!!!

antara pemenang bertuah


cenderahati untuk CEO

mrs Coordinator's signature pose

Thanks IBU for your support

Thank you to YDP KBM HQ, Head COE, CEO and mr President!!!!

thanks to my lovely ladies tyme yang sudi melayan pose walau sedang penat bekerja

thanks to my GengPS yang sudi memberi sokongan walau Tika sedang sarat nak bersalin, Tidil baru baik dari sakit dan Tijue walau Darwaish demam datang juga sekeluarga

gengPS pose!!!

Committee pose setelah melabuhkan tirai RWC

thanks to all Sponsors!!!! We really appreciate it!!

last but  not least... the RWC team

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan barisan urusetia yang bertungkus lumus memastikan kelancaran dan kejayaan RWC. Jutaan terima kasih kepada pihak Pengurusan BERNAS, para peserta, para penaja dan kepada semua yang sama-sama hadir memeriahkan majlis.