Assalaam alaykom... marathon update malam ini sebelum menjelang tahun baru 2018 dan sementara masa terluang dan selagi mata belum mahu terlelap. Mahu berkongsi bersama mengenai fesyen kegemaran untuk tahun 2017 iaitu baju bersaiz besar dek kerna sejak mengandungkan lil' Eijaz, berat badan naik mendadak walaupun kadar makan seperti biasa sahaja. Oleh itu saya lebih gemar menyarung baju yang longgar dan tahun ini beraya dengan kebaya ala kebarung dan pastinya Laylaa dress dari Imaan Boutique menjadi koleksi sepanjang kehamilan dan selepasnya... oppps! Satu lagi fesyen pilihan adalah Cheizo dari Butik Icahfa yang juga menjadi pakaian kegemaran Geng PS. So layan gambo untuk rujukan.
kebaya hitam!!! color MESTI ada
kebaya yang berwarna light peach.. hmm..
koleksi Laylaa dress yang menjadi kegemaran
selesa dan praktikal. Wudhu and breastfeeding freiendly selain mempunyai poket
Cheizo yang praktikal dipakai semasa sesi lawatan tapak. Gambar kenangan di KBB Seri Tiram Jaya sebelum diubahsuai
Kenangan gambar di KBB Seri Tiram Jaya setelah 80% pengubahsuaian
Geng PS in Cheizo
gambar kenangan Geng PS memakai Cheizo bersama keluarga
No comments:
Post a Comment