Assalaam alaykom.... I'm officially THIRTY EIGHT!!!! Alhamdullillah. Syukur kepada ALLAH swt yang memberi saya bisa menulis di saat ini pada usia sebegini yang mana seakan saya lupa akan usia akan menjangkau ke empat puluhan. Lucu pula bila setiap kali orang bertanya, kadang saya mengambil calculator untuk mengira usia kerna saya tidak menghafal angka usia sendiri... mungkin itu salah satu tips untuk kekal ceria. ahaks. Alhamdullillah pada usia 38 tahun dan tanpa sedar kini bergelar ibu kepada dua orang putera iaitu Emir Al Qays (Firm Prince) dan Eijaz Al Qaaed (Blessing Prince) yang mungkin juga membuatkan masa saya lebih terhad untuk mencoret kata lebih panjang walau hati rindu untuk meluah rasa di blog terchenta. Namun saya masih aktif 'ber-IG' kerna minat saya merakam foto dan foto dan foto.
Coretan ini untuk kenangan kerna saya menulis setelah usia 38 tahun 2 bulan dan pengalaman pertama mendapat demam Influenza A yang tahap suhu melebihi 40 Celcius dalam keadaan mengigil namun ALLAH swt tetap memberi kekuatan untuk saya menyusu lil' Eijaz dan bersama lil' Emir bermalam di wad selama sepuluh hari. Benar kata bila bergelar Ibu... tiba-tiba bila badan demam terus saya makan panadol walhal saya tidak suka makan ubat sejak kecil. Terima kasih juga kepada hubby Moose yang menjaga kami bertiga sepanjang mendapat rawatan di wad. Terima kasih kepadaNYA kerna memberi saya untuk berehat dalam paksa setelah berhempas tenaga menjalankan program Rice Warrior Challenge yang mana cerita akan dikongsi dalam masa terdekat. Selain sibuk dengan program, seperti biasa setiap hari keluar masuk bilik mesyuarat kerna saya diberi ujian mengambil alih semua kerja Sekretariat pabila miss Tender dalam cuti sakit. Dan pastinya menjadi memori miss Tender kemalangan pada hari tarikh lahir saya yang ketika itu saya bercuti serta mendapat berita kemalangan yang menimpa beliau. Maka bermula episod tiada waktu rehat tengahari kerna waktu rehat itu perlu digunakan untuk membuat kerja-kerja lain pabila separuh masa saya berada di bilik mesyuarat.
owh... back to my lil' story mengenai sambutan hari lahir yang mana Geng PS pada tahun ini bertemakan celebration di hos oleh birthday girl maka mrs Cyana yang excited telah memilih warna tema kuning sempena bunga kegemaran iaitu sunflower dan menyambut di Fei & Ali Seksyen 9 Shah Alam. Jom layan gambo ya.
mrs Cyana @ 38
the cake
the venue
decoration by mrs Cyana
happy me
keep smilin'
sementara menunggu makanan... pose dulu
the food
my lovely Geng PS
mrs Tika yang hadir di screen telefon
pose before eat
sunflowers as souvenior
mrs Cyana and mrs Zaty sebelum kemalangan
Thank you Geng PS
birthday girl's selfie
tyme to go back to office. See ya'!
AND thank you for the lovely e-Card!!!
from hubby Moose
from miss Dila
from mrs Julia
from mrs Zaty.
EAQ and Umi's balloons
Thanks to ALL yang menyampaikan ucapan di what's App, instagram, facebook dan blog. terima kasih atas doa semua dan semoga kita mendapat rahmatNYA
May ALLAH bless ME with more lurve, iman & taqwa.Ameen
happy belated birthday Cyanamoose
ReplyDelete