Assalam alaykom... hati mahu berbicara jari mahu terus menari-nari namun terlalu banyak cerita yang mahu dirakam sebagai kenangan. Alhamdullilah tahun 2017 mencatat detik bersejarah pabila saya melahirkan anak lelaki kedua. Pengalaman bersalin melalui C-Sect kali kedua lebih mudah semasa ditolak masuk ke dewan bedah namun tidak mudah selepas ditolak keluar darinya kerna memerlukan semangat, kesabaran dan kekuatan untuk melalui fasa berpantang sendirian tanpa pembantu khusus dan pastinya saya tidak akan lupa detik saya tidak dapat bergerak, menangis kesakitan bersama bayi kecil disebelah namun saya tidak dapat berbuat apa. Walaubagaimana pun saya bersyukur mempunyai hubby Moose yang sentiasa menjaga kami sekeluarga dan kini lil' Emir telah menjadi 'Aby's clan' dan lebih akrab dengan Aby pabila tidur dan sarapan setiap pagi bersama.
Thank you to hubby Moose yang membuat kejutan tahun ini dengan mengirimkan sejambak bunga ke pejabat saya sempena 9th Anniversary kami dan pasti wifey sangat terharu dan gembira. Ujian kecil tahun ini diuji dengan kesihatan anak-anak yang sehingga terpaksa dirawat di hospital namun saya tetap bersyukur mereka mampu senyum dalam kesakitan. Semoga lil' Emir dan lil' Eijaz diberi kesihatan yang lebih baik dan sihat.
the Anniversary's surprise bouquet
LOVE it!!
and this is for hubby Moose' birthday
Kenangan gambar di pagi Eid Mubarak
Raya Aidilfitri kedua dan menyambut ulang tahun kelahiran hubby Moose
kenangan gambar raya di Chengkau
Kenangan gambar di pagi Eid Adha ketika beraya di Baitul ArRahmah
potret lil' Eijaz dirakam pada hari kelima
behind the scene oleh Umy Cyana dan gambar hasil petikan hubby Moose
owh... kenangan terindah pertama kali membawa lil' Eijaz shoppin' sebelum raya dan ketika ini beliau belum berusia 2 bulan. Cabaran Umy Cyana adalah mencari baju sama untuk kedua-dua EAQ
LOVE of my LIFE!!!!
Eijaz Al Qaaed and Emir Al Qays
No comments:
Post a Comment