Sunday, December 31, 2017

* lil' Eijaz's Circumcision @ 4 months old *

Assalam alaykom... a quick story about lil' Eijaz's circumcision session at DEMC Shah Alam. Lil' Eijaz dinasihatkan untuk bersunat awal kerna beliau mempunyai rekod mengalami kencing kotor dan atas nasihat doktor lebih mudah sebenarnya sunatkan bayi lelaki lebih awal seeloknya sebelum mencecah usia sebulan atau sebelum beyi mula meniarap. Benar jantung berdebar dan agak risau namun terpaksa kuatkan semangat demi kesihatannya. Lil' Eijaz disunatkan pada usia empat bulan dan ketika ini beliau masih belum meniarap cuma perlu tidur secara berbaring. Dari segi penjagaan lebih mudah dan cepat pulih hanya dalam beberapa hari cuma pada hari pertama beliau meragam selepas ubat tahan sakit hilang. Sedikit gambar kenangan untuk lil' Eijaz sepanjang sesi bersunat nya di DEMC. 

 lil' Eijaz check in di DEMC pada jam 8.30 pagi

bersedia untuk disunatkan dan perlu memakai baju hospital

 happy Pooh

 nurse memeriksa oksigen bayi

 my happy Pooh!!!

 hospital tag again

 lil' Eijaz bersedia di dewan bedah iaitu bilik yang sama ketika beliau dilahirkan

 Umy Cyana menunggu di luar selama 10-15 minit

 debaran menanti menunggu anakanda


lil' Eijaz selamat disunarkan oleh Dr Syariz

 Aby Moose menanti di luar dewan bedah

 anakanda yang tertidur selepas diberi ubat

 kembali ke Day Care untuk berehat

 Umy Cyana juga perlu memakai uniform sebelum masuk ke dewan pembedahan

lil' Eijaz ditenangkanoleh empat orang jururawat kerna kesilapan teknikal selepas pembedahan iaitu lendiran melekat di bebird dan pamper. pity him.

 sementara menunggu, kami menjamah sarapan pagi yang disediakan oleh DEMC

Alhamdullillah... hanya tiga hari sahaja lil' Eijaz telah pulih seperti biasa. 
Strong lil' POOH!!

* LOVE of my LIFE!!! *

Assalam alaykom... hati mahu berbicara jari mahu terus menari-nari namun terlalu banyak cerita yang mahu dirakam sebagai kenangan. Alhamdullilah tahun 2017 mencatat detik bersejarah pabila saya melahirkan anak lelaki kedua. Pengalaman bersalin melalui C-Sect kali kedua lebih mudah semasa ditolak masuk ke dewan bedah namun tidak mudah selepas ditolak keluar darinya kerna memerlukan semangat, kesabaran dan kekuatan untuk melalui fasa berpantang sendirian tanpa pembantu khusus dan pastinya saya tidak akan lupa detik saya tidak dapat bergerak, menangis kesakitan bersama bayi kecil disebelah namun saya tidak dapat berbuat apa. Walaubagaimana pun saya bersyukur mempunyai hubby Moose yang sentiasa menjaga kami sekeluarga dan kini lil' Emir telah menjadi 'Aby's clan' dan lebih akrab dengan Aby pabila tidur dan sarapan setiap pagi bersama. 

Thank you to hubby Moose yang membuat kejutan tahun ini dengan mengirimkan sejambak bunga ke pejabat saya sempena 9th Anniversary kami dan pasti wifey sangat terharu dan gembira. Ujian kecil tahun ini diuji dengan kesihatan anak-anak yang sehingga terpaksa dirawat di hospital namun saya tetap bersyukur mereka mampu senyum dalam kesakitan. Semoga lil' Emir dan lil' Eijaz diberi kesihatan yang lebih baik dan sihat. 

 the Anniversary's surprise bouquet


LOVE it!!


and this is for hubby Moose' birthday


Kenangan gambar di pagi Eid Mubarak 

 Raya Aidilfitri kedua dan menyambut ulang tahun kelahiran hubby Moose

 kenangan gambar raya di Chengkau

 Kenangan gambar di pagi Eid Adha ketika beraya di Baitul ArRahmah

 potret lil' Eijaz dirakam pada hari kelima 

 behind the scene oleh Umy Cyana dan gambar hasil petikan hubby Moose

owh... kenangan terindah pertama kali membawa lil' Eijaz shoppin' sebelum raya dan ketika ini beliau belum berusia 2 bulan. Cabaran Umy Cyana adalah mencari baju sama untuk kedua-dua EAQ

LOVE of my LIFE!!!!
Eijaz Al Qaaed and Emir Al Qays

* my favourite OUTLOOK *

Assalaam alaykom... marathon update malam ini sebelum menjelang tahun baru 2018 dan sementara masa terluang dan selagi mata belum mahu terlelap. Mahu berkongsi bersama mengenai fesyen kegemaran untuk tahun 2017 iaitu baju bersaiz besar dek kerna sejak mengandungkan lil' Eijaz, berat badan naik mendadak walaupun kadar makan seperti biasa sahaja. Oleh itu saya lebih gemar menyarung baju yang longgar dan tahun ini beraya dengan kebaya ala kebarung dan pastinya Laylaa dress dari Imaan Boutique menjadi koleksi sepanjang kehamilan dan selepasnya... oppps! Satu lagi fesyen pilihan adalah Cheizo dari Butik Icahfa yang juga menjadi pakaian kegemaran Geng PS. So layan gambo untuk rujukan. 

 kebaya hitam!!! color MESTI ada


kebaya yang berwarna light peach.. hmm..

 koleksi Laylaa dress yang menjadi kegemaran

 selesa dan praktikal. Wudhu and breastfeeding freiendly selain mempunyai poket

 Cheizo yang praktikal dipakai semasa sesi lawatan tapak. Gambar kenangan di KBB Seri Tiram Jaya sebelum diubahsuai


Kenangan gambar di KBB Seri Tiram Jaya setelah 80% pengubahsuaian

 Geng PS in Cheizo

gambar kenangan Geng PS memakai Cheizo bersama keluarga

Monday, December 25, 2017

* Lurvely Birthday Bash @ 38th *

Assalam alaykom... sebelum menutup buku tahun 2017, mahu saya coretkan kenangan manis menyambut 'Sweet 38th' bersama keluarga terchenta. owh.. beribu lemon gambo dan too many pending entries. Namun saya akan cuba sedaya mungkin menulis cerita dalam jurang masa yang terhad dek kerna bila siang perlu menemani anakanda EAQ dan hanya sempat membuka blog jika mereka tidur awal. hmm. Okay.. short and sweet kenangan sepanjang bulan Oktober 2017 yang lalu iaitu bulan menyambut kelahiran saya, my brother Joe dan Abah. Betapa indah susunan ALLAH swt kerna tarikh birthday kami bertiga selang seminggu pada hari yang sama iaitu saya 16hb, brother Joe 23hb dan Aba 30hb. Maka kebiasaan kami menyambutnya serentak sahaja. Namun melalui pengalaman, saya pertama kali menyambut sambutan birthday pada usia 14 tahun di taman sekolah bersama kawan-kawan. Bayangkan sebelum itu atau sehingga kini kami tidak pernah diraikan sebagai mana anak-anak sekarang yang lebih bertuah dapat menyambut birthday dengan meriah. Mungkin kerna kami berasal dari keluarga yang susah dan hanya senang selepas Mama mula berniaga namun cara Abah mendidik kami bukan dengan kesenangan, semuanya perlu diusahakan sendiri. Bila memikirkan lil' Emir, beliau adalah anak bertuah kerna dimanjakan dan bisa mendapat mainan bila-bila masa sahaja. Semoga Emir dan Eijaz menghargai susah senang Umy dan Aby sepanjang membesarkan kalian dan menjadi anak yang soleh.  

Back to my lil' story... istimewanya bulan Oktober tahun ini kerna saya lebih banyak meluangkan masa bersama keluarga. Bermula dengan percutian bandar di Dash Hotel Cyberjaya dek kerna mahu meluangkan masa bersama Aby yang kepenatan bekerja 24 jam sepanjang 3 hari di event MAEPS. Setelah 3 hari Umy seorang menjaga EAQ, maka kami meluangkan 2 hari bersama-sama. Tetapi ketika itu lil' Emir kurang sihat maka kami sekeluarga lebih banyak menghabiskan masa di bilik. owh.. hotel ini menarik dengan kemudahan yang pelbagai seperti terdapatnya children playground, working space dan swimming pool yang cantik. Suasana persekitaran tenang dan aman. 


the DASH's signature


my EAQ!!

 the room

 buka pintu terus boleh berlari

 suasana persekitaran bilik yang indah 

 lil' Eijaz 

 lil' Emir
 cutie Eijaz yang mudah tersenyum


the pool

 swimming pool di belakang bilik sahaja

 jalan-jalan bersama lil' Eijaz

 children area

 Cookie Monster's brothers

 selfie with Pooh

 cool Pooh!!!


lil' Emir at library corner

 the DASH rooms

 our Room

tyme to go HOME!!!

And another memorable trip adalah ke Melaka bersama keluarga. Keluarga dari Penang datang ke Kuala Lumpur menaiki tren untuk merasai pengalaman. Kemudian kami ke Bandar Melaka tetapi hanya sempat bersiar-siar di Bandar Hilir sahaja kerna Mama agak terbatas untuk berjalan jauh oleh kerna faktor usia dan kesihatan kakinya. Walau bagaimanapun kesempatan berjumpa keluarga adalah paling gembira dan dapat melepaskan kerinduan setalah lama tidak pulang ke Penang. 

 on the way to Melaka

 the boys

 lil' Eijaz yang baru sahaja belajar memusing badan

 masa untuk berjalan-jalan


 Bandar Hilir Melaka

 lil' Eijaz @ Bandar Hilir Melaka

 happy Me!!! with my EAQ yang wajah tidak seiras... hehe

 pose in front of Hard Rock Cafe Melaka

 lil' Eijaz yang gembira bersiar-sair

 orang kuning

 EAQ yang masih tidur

 asam pedas menu famous di Melaka

 breakfast tyme

 Mama and lil' Eijaz

 breakfast di balcony 

 the boys yang sentiasa riang

 Abah dan Mama menikmati hidangan

 lil' Emir yang sempat terjun kolam

 Umy and lil' Eijaz 


hello Boov!!

 sesi lawatan ke Zoo Melaka pada birthday Umy

 fokus lil' Emir tengok binatang

 menonton pertunjukan haiwan di Zoo Melaka

 Melaka's Tshirt for lil' Eijaz

 lil' Emir @ 2 years 7 months

 sebelum Abah dan Mama pulang singgah sebentar bertemu Ayah dan Ibu

gambar kenangan sebelum pulang ke Penang. Alhamdullilah mereka selamat pergi dan pulang cuma Mama kurang sihat selepas perjalanan jauh. Kenangan terindah kerna bisa membawa Abah dan Mama ke Melaka setelah 30 tahun yang lalu kami dibawa oleh mereka ke Melaka. 

owh... yang paling BEST adalah saya mendapat SURPRISE AGAIN dan hubby Moose pabila beliau menghadiahkan iPhone 8+ menggantikan iPhone SE saya yang rosak. Sepanjang sebulan saya menggunakan iPhone 5 lama yang masih dalam simpanan. Bagus juga menyimpan telefon lama sekiranya ada kecemasan sebegini. Pasti gembira bila mana mendapat hadiah diluar jangkaan. Thank you hubby Moose!!! 

 the Gift!!! 
rezeki saya kerna iPhone 8+ mempunyai fungsi potrait 

 so sweet! thanks hubby Moose! luv ya'

 our first selfie!!!

 sending EAQ to nursery


Cyana  @ 38 years old! 
Thank You ALLAH!!!