Assalaam alaykom... malam hari yang sejuk sambil melayan menu makanan terkini Insan Terchenta iaitu 'salad wrap'. Bayangkan bagaimana pertama kali saya diminta menyediakan salad, cabarannya kerna saya sendiri tidak makan sayur harus bagaimana mahu menyediakan salad. Maka saya terus meminta bantuan mr Googles mencari menu salad. owh... pelbagai jenis dan rasanya. Memandangkan hubby Moose perlu pantang makanan, maka wifey menyediakan sayur-sayur yang hanya bisa dijamahnya. okay.. jom layan menu salad yang kini rasanya lebih mudah dan cepat dalam penyediaannya.
Kemudian saya menjumpai wrap seakan roti pita yang menjadi alas kepada salad. lebih menarik dimakan dengan campuran karbohidrat dan protein untuk diet harian Insan Terchenta.
my first salad for hubby Moose
sesi shoppin' bahan-bahan salad
Bahan-bahan:
- Apple Cider
-Olive Oil
-Sos cili dan sos tomato {mengikut citarasa}
- Thousand Island
- Mayonis dan sedikit cheese
-Wraps dari Mission
- Sayur-sayuran {daun salad, timun, tomato, cili benggala, bawang, lobak, saleri}
- Buah-buahan {apple, lemon dan lain-lain ikut citarasa}
- Sosej ayam yang digoreng dengan majerin, Isi ayam atau lain-lain ikut citarasa
Caranya:
- Hiris semua sayuran dan buah {lobak dan saleri direbus terlebih dahulu}
- Masukkan semua bahan sebelum di makan
- Balutkan dengan wraps, roti paratha atau enak dimakan sahaja
sayur dan buah yang digunakan...
hubby Moose tak suka bawang, maka tiada bawang dimasukkan
sayur-sayur yang dipotong
kemudian masukkan segala jenis perisa seperti olive oil, apple cider {bagus untuk pesakit gout}, thousand island, mayonis, cheese, sos dan sedikit garam
setelah siap digaul, simpan dalam peti sejuk untuk bekalan beberapa keping wrap
enak juga dimakan begitu sahaja
wrap yang dipanaskan, di letakkan salad di dalamnya
balut wrap dan belah dua
salad wrap yang siap untuk dimakan... I called this 'Chicken Vege'
hidangan yang sesuai untuk malam dan pagi hari
salad yang menggunakan roti paratha
bekalan salad untuk hubby Moose
bungkusan wrap untuk sarapan dan makan tengahari, selepas makan terus buang plastiknya
salad wrap requested by miss Azly untuk sesi mesyuarat. owh... mrs Tender kan rajin melayan permintaan committee, yang penting mereka sentiasa memberi komitmen untuk hadir ke mesyuarat.
Mudah bukan?
Cuba rasanya tidak pasti kerna saya tidak pernah menjamahnya. wink!
Bestnya resepi.. dah tak pasal² lapar, hihhi...
ReplyDeleteSaya suka makan tp madak mmg xbleh blah... salam kenal dear...
Salam KakNgah... saya juga baru belajar masak.
ReplyDelete