Assalaam alaykom sisters... Good friends are like stars!! You don't see them but you know they're always there!!!! ohhh... my lovely sisters friends or refer them as my 'kakak-kakak' kerna yang pasti saya adalah yang termuda dan mungkin paling manja. welll they called me Adik! hiks. Alhamdullillah setelah lama kami terpisah oleh keadaan dan masa, kini kami kembali berhubung dan bercerita setiap masa sebagaimana dahulunya zaman remaja yang kami luangkan bersama tanpa telefon bimbit... dan hanya akan berjumpa setiap hari dengan berkunjung ke rumah masing-masing.
owh... mari saya cerita sedikit mengenai sejarah 'kakak-kakak' yang mana mereka adalah teman setaman atau sekampung semasa zaman remaja. Ketika itu kami mungkin dilihat sedikit nakal kerna sering berjalan pusing taman hanya kerna mahu bersembang bersama. Ketika itu juga kami mahu kelihatan 'look-a-like'!!! maka jika seorang memakai baju hitam, semuanya mahu hitam juga. Seorang mahu mendandan rambut maka semuanya juga pasti mahu kelihatan rambut di dandan kecil mahu dilihat serupa seadanya. Kenangan paling manis adalah sesi menaiki 'Yellow Bus' untuk ke Pusat Bandar... yang manis kerna ada waktu berlarian mengejar bas. huhu. Kakak-kakak saya adalah teman meniti zaman remaja walaupun kami berlainan sekolah, namun keakraban kami seperti kakak adik kandung sahaja.
Dipendekkan cerita, setelah lebih 15 tahun tidak bertemu pastinya hati teruja pabila mulanya saya bertemu mereka di group Whats App. owh... kali terakhir bersama mungkin ketika usia saya 16 tahun. hmmm. Gembiranya kakak-kakak masih mengingati adik mereka yang jauh terpisah dan mungkin kerna saya agak sukar memulakan pencarian... jadinya pertemuaan semula ini sudah tentu membuat saya lebih gementar pabila bersua. ahaks! Alhamdullillah, pertemuaan semula ini melahirkan rasa kasih sayang sebagaimana suatu ketika dahulu. Semuanya sudah berumah tangga dan mempunyai kehidupan berkeluarga. Gembira lagi saya dapat berkongsi cita rasa sama dengan kakak-kakak selain mendapat petua 'do this and not that' daripada mereka.
Anyway jangan terkejut pabila kami semua mempunyai minat sama iaitu bergambo.... so selfie dan menu harian adalah rutin kami juga. Happy me!
from left to right.... kak Yus, kak Ani, kak Ina, kak Erni dan kak Nuon
from left to right.... kak Rose, kak Nuon, kak Ros, kak Ina, kak Erni dan kak Ani.
sesi makan piza yang mana saya dan kak Yus hanya menonton gambo kerna kami tinggal di Lembah Klang, selainnya semua menetap di Penang
Jom kongsi sebahagian rutin pagi kami iaitu 'selfie'....
kak Ina
kak Ani
kak Yus
kak Ernie
kak Ros
kak Nuon yang baru sahaja mendirikan rumahtangga dan kini sedang mengandung juga. Tahniah!!!
kak Rose bertudung pink yang paling jarang selfie.. hehe
selfie tyme!
the ladies mirror pose
kak Ina and Me... kak Ina adalah kakak yang paling rapat dengan saya ketika zaman remaja
another selfie mirror pose
donut pose!
kerabu mangga pose!
sesi makan malam ketika pulang ke kampung halaman minggu lalu
with my lovely hubby Moose
pose sama penting dengan makan.. hiks!
rezeki dapat cupcake dari meja sebelah
selfie with cutie
posing tyme!
we had a great tyme
kak Ros, kak Yus, kak Ani and Adik
{okay, Adik itu adalah merujuk kepada saya}
kak Nuon, kak Ernie dan kak Ina
the candid pose
another candid
bergambo kenangan @ Pak Husin Tomyam
last but not least... pose sebelum pulang.
To my dear 'kakak-kakak'....
Thanks for being there for me. Kalian membuatkan harian saya bertambah ceria dan sentiasa menerangi hari saya seperti bintang-bintang bergelipan di angkasa. Semoga persahabatan kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. InshaAllah. Semoga dapat kita bersua lagi di lain masa. Love YOU ALL!!!
and to ALL Malaysian.... Happy Malaysia Day!
the best moment wif bff....muackksss....
ReplyDeleteKak Eina... love you too... muackksss
ReplyDelete