Monday, September 1, 2014

* my version of Bihun Goreng *


mrs Cyana's Bihun Goreng

Assalaam alaykom... back to resepi ringkas untuk menu segera. Kali ini menu bihun goreng kegemaran Insan Terchenta... owh penting kena ada peminatnya, jika tidak masak nanti tiada pula siapa yang mahu makan. hehe. 

Bahan-bahan untuk bihun goreng, mee goreng dan koay teow lebih kurang sama sahaja cuma jenis dan hiasan sedikit berbeza. Disini saya kongsikan cara paling mudah dan ringkas untuk bihun goreng yang kuantitinya lebih banyak boleh diperolehi berbanding yang lain. 

Bahan Bihun Goreng yang diperlukan adalah:- 

bihun yang dicelur air panas sekejap / rendam dalam air lebih lama
isi ayam / udang / daging {pilihan atau salah satu}
bawang besar 
bawang putih
cili boh
sos tomato
sos cili
kicap
tauge 
sawi 
garam dan gula

hiasan:
telur dadar cincang 
tauhu goreng dipotong 
tomato 
daun sup / bawang 
cili merah / cili hijau
bawang goreng 

Caranya: 

-Panaskan kuali, tumis bawang dan masukkan cili boh. 
-Masukkan sos cili, sos tomato, kicap, garam dan gula
-Kemudian masukkan isi ayam/udang/daging
-Masukkan sayur-sayuran dan akhir sekali bihun dan gaul.

bahan-bahan untuk bihun goreng

bahan-bahan hiasan

telur yang dicincang

tumiskan bawang

masukkan cili, sos dan kicap

masukkan sayuran

bihun goreng yang siap dimasak

taburkan daun bawang, cili, bawang goreng dan lain-lain bahan hiasan

antara hasil bihun goreng yang lebih ringkas tanpa tauge

mee goreng yang dimasak untuk saya yang juga tanpa sayur. hehe

Selamat Mencuba! 

No comments:

Post a Comment