TOI.MOI=YOU.ME
Assalaam alaykom... bersiaran sebelum maghrib kerna gambo juga dirakam dikala maghrib menjelang. Tajuknya Toi. Moi... pasti tertanya apakah maksudnya? Saya tahu perkataan Toi Moi kerna mempunyai sehelai Tshirt Morgan de Toi yang menulis Toi Moi. Kemudian terjumpa maksudnya iatu Toi=YOU dan Moi=ME. Oleh itu apa pula kaitan pencawang elektrik dengan saya? hehe. Dalam dunia fotografi, gambo memainkan peranan dalam menterjemahkan maksud sama ada tersurat atau tersirat. Tidak hairan jika seorang photographer mengambil sekeping gambo beribu lemon atau sekeping gambo ditenungnya lebih lama. hmm.. Maka maksud gambo saya adalah itu adalah pencawang elektrik di Stesen 19 yang mana jika hari bekerja dan menaiki komuter, pasti pencawang elektrik itu yang menjadi pemandangan harian saya. Kebetulan semalam melalui kawasan yang sama tetapi dari aras angle yang berbeza. Maka kesempatan melihat TOI pastinya tidak akan dilepaskan oleh MOI. hahaha. Maksud lain cerita KAMU dan SAYA. eh.. tersasar pula cerita.. merepek ke laut sebenarnya.. oppps!!!
Take a break!
Sepanjang minggu mrs Tender sedang memaksa otak kembali aktif dan berfikir kreatif untuk merealisasikan polisi perolehan yang agak lama tertunda. Dalam draf sudah masuk ke versi 8 kerna merangkanya sejak tahun 2011. grr..Jangan ditanya kenapa masih dalam draf ya? kerna huraiannya akan menjadi lebih panjang... So, mahu memudahkan kembali pecahkan modul dan start at versi satu. Walau apapun diharap dengan penubuhan Unit Perolehan ianya akan mencapai objektif dan lebih terurus. hmm. erk... seperti polisi perolehan ini juga seperti TOI & MOI sahaja..okay...back to work!
Esok akan kembali melihat TOI yang akan membuat MOI tersenyum. wink!
No comments:
Post a Comment