Assalaam alaykom...sedang berehat di hujung minggu dengan cuaca nyaman selepas hujan. Bila tiba musim tengkujuh rakyat diingatkan lebih berwaspada dengan banjir kilat mahupun banjir di kawasan kekerapan banjir. Bagi penduduk di Sungai Limau Kedah juga dinasihatkan membuang undi pada awal pagi memandangkan keadaan cuaca yang tidak menentu. Sambil menonton rancangan TV, sambil melayari laman maya yang mana ianya juga merupakan rutin utama. hehe.
Sebelum kembali fokus kepada kerja, mari bercerita dulu tentang hobi iaitu merakam gambo makanan selain gambo sendiri. hiks! Kekerapan menjengah ke kedai makanan membuatkan saya juga suka menghias makanan untuk kelihatan enak dimakan walaupun rasanya belum tentu sedap kelas A atau B atau C. hehe. Nevermind yang penting gembira walau hanya masak sesuatu yang ringkas namun pabila pinggan licin pastinya tukang masak yang tersenyum sampai ke telinga. okay... jom layan hasil masakan mrs Cyana.
nasi goreng tomyam
nasi putih dengan lauk ikan masin kegemaran... nyum nyum
my favourite... nasi ayam penyet
nasi masak bersama ayam masakan IBU... saya hanya menghias makanan
nasi putih berlauk ayam gajus dan telur dadar
sup ayam
ayam masak lemak cili api
tomyam ayam.... my favourite too
this is the actual yang saya makan... hehe
yang lain-lain pastinya hidangan buat Insan Tercenta. smile!!
owh.. bagi saya food presentation adalah penting kerna ianya bisa membuatkan seseorang bertambah selera untuk menjamah makanan. Dan jika makanan tersebut sedap... lebih lagi kreditnya buat tukang masak yang berhempas pulas di dapur menyediakan hidangan.
Happy Sunday!!!
No comments:
Post a Comment