first.verse
Assalaam alaykom... memandangkan musim perkahwinan semakin hampir, sebelum kesibukan melanda agak lama kiranya saya tidak mengemaskini apa yang berlaku di laman 1stVerse . Laman 1stVerse masih aktif cuma tidak seaktif dahulu kerna hubby Moose a.k.a mr Admin agak sibuk mengendalikan beberapa laman yang lain namun beberapa hasil nukilannya masih sempat di upload di 1stVerse yang mungkin dilihat kekerapan lebih kepada produk videografi yang mana selain fotografi, kepakarana hubby Moose juga adalah kepada beberapa bidang media yang lain. Jadualnya mungkin nampak tidak sesibuk wifey yang bekerja pada waktu pejabat. Tetapi bila terlibat dalam bidang multimedia masa yang lebih panjang sewaktu produksi berjalan menuntut masa sehingga ke tengah malam juga terpaksa bersekang mata. hmm.
Mungkin dilihat mr Moose dan mrs Cyana sudah kurang aktif merakam majlis perkahwinan kerna masa agak membatasi kami namun kami masih menerima tempahan sekiranya mempunyai kelapangan. InshaALLAH. Feel free to visit 1stVerse .