Wednesday, September 18, 2013

* Stand Strong! *

" People always speculate... 
Don't let it get in your way... 
See they say things they don't know... 
And stand strong and you will grow! "


Assalaam alaykom... pertama sekali syukur kepadaNYA apa yang dikecapi kini. Walaupun ianya adalah permulaan namun ia adalah titik tolak bagi sinar pada masa hadapan. InshaALLAH. Penantian yang dinanti dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang di harungi, mungkin ianya berbaloi. Benar kata kita hanya mampu merancang, hanya ALLAH swt yang akan menentukan dan bila tiba masanya segala perancangan akan terlaksana. Mungkin agak lama saya tidak berbicara tentang kerjaya, namun jika dibaca kembali coretan lama satu persatu mengimbas perkara yanga akan bermula semula. Jika dua tahun lalu, semuanya perancangan namun sekarang adalah masa untuk merealisasikan. Chaiyok!

Alhamdullillah... tanggal 17 September 2013 adalah satu detik sejarah kecil buat Unit Perolehan yang mana kami menerima seorang ketua baru yang akan menerajui hala tuju unit ini. Cabarannya juga pabila ketua ini adalah individu yang ketiga namun biarlah ianya berkekalan kerna yang dua sebelumnya tidak sempat pun bersama. Bertuah lagi individu tersebut merupakan seorang yang telah lama bersama saya sendiri dalam menyokong kerja-kerja berkaitan tender. Akhirnya dari AJK Tender, beliau kini mengetuai Unit Perolehan. Siapa sangka ya? Seingat saya sejak hari pertama saya mengendalikan mesyuarat tender beliau sangat memberi komitmen dan juga kami pernah bekerjasama semasa mengendalikan Kelab BERNAS Malaysia HQ. Bak kata rezeki dan jodoh adalah ketentuanNYA. Tahniah mr Boss!

Kenapa saya gembira? Kerna perancangan yang telah dibuat dua tahun lalu bakal menampakkan hasil dan sekiranya suatu hari ditakdirkan saya meninggalkan dunia tender, senyuman manis bakal terukir bila mana sebelum ini saya hanya mampu berangan dan hampir-hampir juga berputus harapan bila tiada penggeraknya. hmm. Walau selepas ini kerja pasti akan bertimbun semula namun biarlah ianya berbaloi bukan setelah penat memerah otak membuat perancangan. Satu persatu ya mrs Tender! Bermula dengan cadangan carta Unit Perolehan yang sepatutnya "Independent", meluaskan skop perolehan, perubahan polisi perolehan, pembangunan "Vendor Management System" dan roadshow perolehan. Anda hanya perlu bertanya "What? How? When?" pasti huraian A-Z seperti peluru berpandu yang tanpa noktah.. hehe. Mungkin kerna sudah terlalu lama menanti... masa untuk pelaksanaan!! to my dear team... walaupun saya hanya entiti kecil namun impian besar bukan? ahaks! Tiada lagi alasan remeh, susah, banyak kerja dan sebagainya. Bersedia untuk bekerja dalam lingkungan dateline dan tolong tolong tolong tepati masa! Ingat saya pada kursus yang dihadiri tempoh hari katanya "Jika mesyuarat jam 10 pagi, pastikan kehadiran anda lebih awal atau on the dot! else kunci pintu tidak perlu lagi membiarkan orang yang lewat masuk." I like that idea! Perkara kecil bukan tetapi impaknya besar. owh... a lil reminder to myself, bekerja adalah amanah!

Bila semuanya terhasil nanti... pasti bisa melegakan hati kerna meninggalkan legasi... Wait till you see my smile again! Ameen.

No comments:

Post a Comment