mrs Cyana's combs
Assalaam alaykom sisters... a special entry for ladies!!! Coretan istimewa buat para wanita atau perempuan atau gadis atau jelitawan atau yang mahu menawan atau siapapun sahaja yang sudi membaca dan berkongsi sedikit rasa. Okay...Hair care tips for beautiful hair!!! a lil' tips untuk si gadis yang inginkan rambut cantik menawan. Seperti kata pujangga... rambut itu mahkota wanita.. dan kerna itu juga bagi Muslim rambut hendaklah dilindungi dengan berhijab dari kelihatan oleh mereka-mereka yang bukan muhrim anda. Berhijab bukan bermakna kesihatan dan kecantikan rambut diabaikan... Ingat rambut adalah mahkota!!!! Maka jom berkongsi sedikit tips cara penjagaan rambut agar kelihatan cantik menawan, ikal mayang ataupun sedap mata memandang. hiks.
owh.. mrs Cyana sememangnya seorang yang mementingkan kecantikan rambut. Oleh itu sebelum berhijab, saya akan memastikan rambut dalam keadaan kering. Selain itu setiap 2 atau 3 bulan saya akan ke salon untuk memotong hujung rambut agar rambut bercabang tidak menggangu ketumbuhan rambut. Kemudian jika mempunyai masa lapang, saya akan melakukan treatment agar rambut lebih bermaya dek kerna setiap hari mengenakan hijab melebihi 12 jam. owh... rambut juga perlukan pernafasan udara. hehe. Okay... bagi yang berambut kerinting, mungkin lebih senang. Selepas mencuci biarkan kering secara semulajadi ataupun mengering dengan hairdryer.. owh bisa sahaja menggunakan jari untuk mengurai rambut.
Mencuci rambut sekurang-kurangnya minimum dua kali seminggu atau mengikut kadar minyak pada rambut. Tahukah anda jika rambut kotor, ianya akan menyebabkan pori-pori wajah juga terganggu dek jerawat atau wajah kelihatan comot juga. hehe. owh... a lil' tips ya..syampu dan perapi haruslah berasingan. Jangan gunakan syampu 2 in 1!!! Selepas syampu rambut, lebih baik dibilas dengan air sejuk atau suam tetapi bukannya air panas. Kemudian lumurkan perapi pada penghujung rambut {perapi tidak boleh terkena kulit kepala}. Sama juga seperti jika membuat treatment sendiri di rumah.. kaedahnya perapi di biarkan beberapa minit kemudian barulah bilas dengan air sejuk. {Pastinya ketika ini akan terasa rambut sedikit lembut}.
Dan apabila rambut basah.. bagi yang berambut panjang, leraikan rambut dengan menggunakan sikat jarang {rujuk gambo: sikat No 1 dari kiri}. Sebelum mengeringkan rambut, boleh disapukan minyak atau hair tonic pada kulit kepala bagi yang mengalami masalah rambut gugur. Kemudian bahagikan rambut kepada beberapa bahagian bagi proses pengeringan. Bagi mengeringkan rambut, boleh menggunakan sikat No 2 dan No 3, manakala jika berambut lurus boleh menggunakan sikat No 4. Selepas selesai mengeringkan rambut, akhir sekali guna sikat No 5 bagi meleraikan semula rambut agar lebih beralun riang. hehe. Akhir sekali, tambahkan vitamin {seperti contoh di gambo} pada rambut dan kaedahnya sapukan vitamin pada hujung rambut dan bukannya kulit kepala. Untuk menambahkan kecantikan jangka panjang, tidur menggunakan sarung bantal satin. hiks!
Dan daripada 5 sikat di atas, kebiasaannya saya menggunakan 3 jenis. Kerna itu jangan pelik jika setiap kali bercuti beg penuh dengan sikat dan barangan penjagaan rambut. hehe. Pentingnya jika rambut cantik, aura pasti terasa walaupun berhijab kerna keyakinan berambut sihat itu penting bak mahkota sedang berjalan dan bersinar di bawah cahaya mentari. okay...sekian sahaja tips ringkas dari mrs Cyana. Lurve yourself!! Good Nite sisters!
No comments:
Post a Comment