Saturday, September 7, 2013

* Hope.Change *

Assalaam alaykom... agak lama rasanya tidak berbicara dari hati ke hati. erm.. mungkin kerna kekangan masa. Namun pernahkah masa mencukupi atau sebetulnya kita harus bijak membahagikan masa agar tidak terus leka atau alpa yang masa tidak akan menunggu kita walau sesaat. hmm. Bicara pada penghujung Syawaal agar bulan mulia ini meninggalkan seribu satu kenangan. Benar masa amat pantas benar berlaku, semalam baru sahaja terasa bangun sahoor kemudian bangun mandi sunat Eidulfitri dan kemudian makan-makan sempena meraikan Syawwal yang kononnya sebulan. erk? 

Hope? Ya benar harapan yang telah lama ditanam di minda dan harapan yang sentiasa bersemadi dengan jiwa agar perubahan itu nanti bisa membuahkan senyuman. Walau benar ramalan himpunan kerja akan kembali bertimbun namun berbalik kepada ketelusan vs ketirisan mana lebih penting. Kos dan masa memainkan peranan namun konsisten dan kejituan keputusan itu yang mahu dipenuhi. 

Change? Perubahan perlu demi merubah sesuatu agar selaras dengan keperluan semasa. Sesekali perubahan itu perlu juga drastik walaupun hasilnya belum tentu bombastik. Kerna itu juga perubahan yang bakal dilalui diharap bisa memberi harapan baru demi peningkatan kualiti kerja dan sebagainya. Perlunya perubahan untuk meningkatkan mutu kerja dan menjamin keseragaman dalam segala macam perkara. hmm.

I'm being mrs Apple for a while!!

the promise!

 
Hope.Change

No comments:

Post a Comment