Monday, April 22, 2013

* Successfully Done *

Assalaam alaykom... do you MISS me? owh.. please MISS me! Sekurangnya jika saya mendengar YES.. itu sudah bisa membuat saya tersenyum walaupun sebenarnya saya yang merindui my lurvely blog CyanaMoose!!! Setiap hari mahu sahaja mencoret kata, namun masa membataskan untuk bersama diselang-seli pula dengan tugasan rasmi, pulang sahaja kerja mata sudah mencari bantal hijau merahnya. owh mungkin kerna aura bantal atau aura warna? mungkin juga YA! ahaks! 

Benar-benar saya tidak sempat muat-turun gambo dari mr iP5, maka bila tiada gambo tiada juga cerita namun dek kerna teramat rindu dan bakal merindu.... SOOOOOOO? mrs Cyana hanya mengambil gambo dari koleksi Intagram dan memberi sinopsis terlebih dahulu, agar kemudian hari bila mahu bercerita tidak pula lupa kerna blog ini juga adalah sebahagian catatan diari saya. wink! wink! 

okay... apa sebenarnya berlaku sepanjang beberapa hari yang lalu? mrs Cyana menghadiri kursus dan kursus! maksud disitu terdapat dua kursus berbeza kandungannya. Dikesempatan yang sama menghadiri mesyuarat tender dan mesyuarat khas projek. Kerna itu tidak hairan kenapa badan juga meminta waktu berehat lebih panjang.... ALLAH swt memberikan demam dan batuk agar bisa saya bisa merehatkan badan, namun minda pula tidak bisa berehat lebih lama. Semuanya kerna menghitung hari dan masa dan tempoh waktu yang perlu diguna sebaik mungkin sebelum meluangkan masa bercuti bersama keluarga. hmm. okay..stop talking Cyana! summary please! hiks!

20 April 2013 : Hari Penamaan Calon DUN dan PARLIMEN PRU-13. Seluruh negara menyaksikan calon-calon yang bakal mencerna masa depan serta meneraju negara. 

Menariknya mrs Cyana berada di Stadium Tertutup Kuala Selangor bagi penamaan calon kawasan Kuala Selangor. Berita penuh bakal menyusul kemudian ya.. Selamat Berkempen! PEACE!

10-12 April 2013 : Menghadiri Kursus 4DX yang mana menerangkan konsep WIGs atau Wildly Important Goals iaitu mengenalpasti matlamat dan tujuan serta merangka kerja harian atau sebaliknya.

 
15-16 April 2013 : Menghadiri Kursus Tender and Contract Management yang mana ianya berkaitan dengan tugasan semasa. Walaupun suhu badan sedikit panas, dek kerna teruja dengan tajuk saya tetap gagahkan diri menghadiri kursus ini yang mana berbaloi juga kerna mrs Tender menjadi bahan rujukan polisi dan prosedur tender syarikat.

17 April 2013 : Alhamdullillah, sempat bersama-sama warga Bukit Kucing, Jeram Kuala Selangor mengerjakan solat hajat sempena hari penamaan calon bagi kawasan Kuala Selangor. Syukur kerna AYAH dapat menjadi Imam semasa mengerjakan solat Isya' berjemaah. Thank you ALLAH.

AYAH sempat berkongsi tentang 'penyakit hati' yang bahaya kepada seseorang jika tidak dijaga hati sebaik mungkin. Dalam kesempatan masa yang terhad AYAH berkongsi ilmu dengan tutur baris kata yang terungkap dek akal kerna ayat-ayat yang disebutnya amat indah seperti membaca kamus tatabahasa. Takbir!

 
19 April 2013 : Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Bernas Malaysia Cawangan Ibu Pejabat yang mana tarikh tersebut menyaksikan pembubaran barisan Ahli Jawatankuasa KBM sesi 2011/2013 dan perlantikan ahli baru. Benar saya sedikit sayu dan sedih untuk melepaskan jawatan yang telah sebati bersama sepanjang dua tahun yang lalu. Namun saya juga harus akur agar bisa berehat disamping meluangkan masa bersama diri sendiri, Insan Terchenta dan keluarga.

20 April 2013 : Hari Penamaan Calon Parlimen Kuala Selangor iaitu AYAH atau Dr. Hj Dzulkefly Ahmad. Alhamdullillah semuanya berjalan lancar dan gembira melihat sambutan warga Kuala Selangor dan para penyokong yang berbilang kaum dan bangsa yang turut sama hadir memberi sokongan.

owh... mrs Cyana juga bertemu dengan salah seorang 'Silent Reader' yang dikenali sebagai 'Kak Sha' yang mana pertemuan tersebut membuat saya tersenyum ria. Beliau mengenali saya melalui blog ini dan ayat pertamanya "Ingatkan Cyana besar orangnya, rupanya kecik saja. Hari nie tak pening pilih baju?" okay!!! itu yang membuat saya ketawa. Tambahnya lagi lebihkan cerita fesyen kerna anaknya juga meminati saya melalui fesyen iaitu sama juga seperti mrs Analina's daughter. InshaALLAH saya akan senantiasa memberi yang terbaik agar menjadi contoh terbaik dan semoga saya menjadi idola yang baik. Ameen.

Tarikh 20.04.2013 juga adalah tarikh terakhir mr D7 bersama sebelum ianya hilang dari pandangan mata. To my dear hubby Moose... mungkin tiada rezeki mr D7 bersama kita lagi.

21 April 2013: Menghadiri Pertandingan Akhir Rekaan Fesyen Tradisi Negeri Selangor 2013 yang mana mrs Cyana memikul tanggungjawab sebagai mrs Emcee. Saat-saat akhir saya terpaksa hampir menolak dek kerna demam dan batuk sepanjang malam. Namun ALLAH swt telah memberi saya kekuatan keesokan harinya untuk memberi khidmat yang terbaik. Alhamdullillah. Thank you ALLAH.

mrs Cyana in pose setelah selesai mengacara majlis. owh.. tulang belakang saya adalah Insan Terchenta yang mengambil gambo wifeynya dan di belakang pastinya ahli keluarga The Wayfarers yang turut sama memberi persembahan terbaik dan mantop serta tahniah kepada IBU atau mrs Azlin Hezri selaku Pengarah Program yang memberi peluang untuk saya mengacara dan pose atas stage juga. ahaks. Smile! 

owh..  MASA ITU EMAS! packin' tyme!!! 
Make du'a for my little journey! See ya' 


6 comments:

  1. Assalam Cyana,

    pe khabar?

    semalam akak jumpa FIL awak kat majlis Miz Pija.. sembang kejap.. dah 2 kali jumpa dia kat majlis walimah.. dua2 sedara akak.. kemarin tu anak sedara.. small world.. INSYALLAH Selangor di bawah tadbiran pakatan.. esp PAS...:-)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum sis.

    Semoga perjuangan kita diberkati Allah s.w.t...

    Kadang2 rasa x cukup kempen kat FB and Twitter. Tapi rasa buat masa ni aku just buat ni je dulu.

    Semoga kemenangan berpihak kepada kita. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Cyana...saya pun doakan moga Islam bertapak dibumi Malaysia...semoga perjuangan kita yg kecil ni diberkati oleh Allah...owh Ayah Cyana Calon Parlimen Kuala Selangor yer....semoga Dr. Hj Dzulkefly Ahmad diberi kemenangan oleh Allah...kim salam kat YB k...=)

    ReplyDelete
  4. Assalam alaykom K.Yan... Sy sihat, cuma masa agak terhad sket. Anyway baru nie saya gi KK, last minute sy refer blog akak utk tengok tempat2 penginapan. very helpful info.TQVM.

    Doakan kemenangan Pakatan especially PAS. takbirr!!!

    ReplyDelete
  5. Phatlee... semoga sumbangan kita di alam maya berhasil. Takbirr!!

    ReplyDelete
  6. Assalam alaykom K.Hafizah.. maaf lambat reply. Dr Dzul berkampung di Kuala Selangor, inshaAllah akan sampaikan salam akak. Doakan kemenangan kita. Amin.

    ReplyDelete