Wednesday, April 10, 2013

* PASCA | PRU-13 *

the PRU-13 on the moves

Assalaam alaykom... hari ini telah diumumkan Tarikh Pencalonan pada 20 April 2013 dan Tarikh Mengundi adalah pada 5 Mei 2013 yang mana satu lagi sejarah politik bakal terukir. Pastinya majoriti rakyat Malaysia sedang bertumpu kepada PRU-13 atau Pilihanraya Umum yang ke-13 yang bakal menyaksikan beberapa pertarungan antara beberapa parti utama di negera kita iaitu Barisan Nasional (gabungan parti UMNO, MCA, MIC dan etc), Barisan Pakatan (gabungan parti PAS, DAP dan PKR) dan Barisan Bebas.

Untuk PRU-13, saya sendiri akan membuang undi di Bayan Baru, Pulau Pinang manakala hubby Moose akan membuang undi di Shah Alam, Selangor. Cabaran utama keluarga kecil kami adalah membantu perjuangan AYAH di Parlimen Kuala Selangor, InshaALLAH. Selain itu, keluarga kecil saya juga perlu menyusun atur jadual sebaik mungkin, mengemaskini maklumat semasa dan bakal berpisah pada hari pengundian demi melaksanakan tanggungjawab kepada negara. owh.. pentingnya SATU UNDI adalah untuk menentukan peneraju negara yang akan membawa suara rakyat secara amnya. Benar bak anggapan AYAH.. YB itu adalah Yang Bekerja walaupun pada lazimnya dirujuk sebagai Yang Berhormat. Secara peribadinya, saya melihat AYAH memegang pendekatan Yang Bekerja kerna sebahagian besarnya masanya sepanjang LIMA TAHUN yang telah berlalu adalah bersama rakyatnya. Begitu besar pengorbanannya kepada keluarga, bangsa dan negara. hmm. 

Petang tadi saya mendengar penyataan "Penang... DAP kan?".. {dengan memek muka dan nada yang membuat saya berkata "So..what?"}. Benar Pulau Pinang di bawah jajahan DAP. Bergitu juga kenyataan dan nada yang saya dengar LIMA TAHUN yang lalu pabila ada yang berkata "Pulau Pinang dapat kat DAP!".. YES! YES! dan biar saya betulkan nada anda walaupun saya tidak layak untuk berbicara perihal politik secara terperinci. Benar saya hanya rakyat kecil yang menjadi pemerhari dari jauh namun sebagai anak jati Pulau Pinang, harus juga saya tegaskan begini "Sebelum ini Penang di bawah GERAKAN. Dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, GERAKAN itu adalah di bawah Barisan Nasional dan samalah seperti DAP, majoriti wakil rakyatnya berbangsa Cina". Apa bezanya? Kenapa perlu dimainkan sentimen bangsa? Kenapa perlunya digembar-gemburkan orang Melayu Pulau Pinang ditindas? Walhal sebelum ini telah lama juga orang Melayu ditindas oleh wakil rakyat berbangsa Melayu yang hanya mementingkan kronisme. hmm. enough said.

Memetik kenyataan PROF MADYA DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN, bekas mufti Perlis yang menarik minat saya mengenai PASCA PRU-13....

"Kita ingin melihat tamatnya krisis politik warisan kepada kemunculan urus tadbir yang sangat baik sebuah kerajaan (good governance).

Bermula dari kita tidak ingin lagi mendengar kisah pertarungan politik Mahathir-Anwar yang tidak habis-habis dan memakan korban pelbagai pihak, kepada tamatnya monopoli kerajaan terhadap harga diri rakyat, kronisme, rasuah, penyalah gunaan kuasa seperti di Sarawak dan seumpamanya.

Kita tidak ingin lagi memilih pemimpin yang kurang buruk secara perbandingan, tetapi ingin memilih pemimpin yang terbaik antara yang terbaik. Era dan warisan krisis politik Mahathir-Anwar mestilah diakhirkan kepada nafas politik baru yang lebih segar.

Kita mesti pencenkan dinasour-dinasour politik yang sedia ada samada di pihak BN ataupun Pakatam. Di samping semua mereka ada sumbangan tersendiri dan kita menghargainya, tetapi mereka telah membawa dendam warisan, politik era lama yang tidak sesuai lagi bagi generasi yang mahu ke hadapan.

Kita mahu politik yang lebih segar bukan politik selak kain, tetapi politik telus dan idea yang bernas.

Ini harapan kita. Masih banyak kerja yang perlu dibuat selepas PRU-13. Masih banyak ruang untuk diisi dan perjuangan yang mesti dilangsungkan.

Kita ingin melihat Malaysia baru yang segar dan bebas dari mimpi-mimpi buruk semalam. Namun kita sedar semua itu tidak boleh berlaku melainkan PRU13 mesti mencetus satu perubahan besar yang memberi ruang dan peluang untuk perubahan seterusnya dapat dilakukan
."

Faktanya PRU-13 bakal menyaksikan kemunculan ramai pengundi muda yang bakal merombak situasi politik semasa. owh... bagi yang mengundi jangan lupa semak daftar tempat membuang undi anda. Selamat Menjalankan TANGGUNGJAWAB dan Melaksanakan HAK ANDA sebagai rakyat MALAYSIA.

6 comments:

  1. terbaekkk entry ni...selamat mengundi...:-)

    ReplyDelete
  2. Ummi Khalish... doakan kami pengundi-pengundi di sini ya. :)

    ReplyDelete
  3. selamat mengundi,,balik Penang dengan selamat ok. :) xoxo

    ReplyDelete
    Replies
    1. June... selamat mengundi. Semoga lancar perjalanan hari membuang undi nanti.

      Delete
  4. Salam sis. Jarang tgk hang tulis pasal politik. Myself, wife aku a bit marah sebab aku outspoken. Tgk kat FB pun aku rasa hang dah nampak. Hehehehe...

    Kita bukan bencikan orang2 dalam parti lagi satu. Benci sgt2 nanti jadi sayang. Kita cuma menolak keburukan yang halal bagi mereka. Sekarang aku selalu cakap kepada kawan2 aku, kalau dasar perlembagaan negara berasaskan hukum Al Quran dan Sunnah, InsyaAllah kita, rakyat biasa ni akan senang hati.

    Tapi macam hang cakap, kita insan kerdil dalam dunia politik. Senjata kita hanyalah undi. Dan tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin yang tau menjalankan tanggungjawab mengikut hukum. Senang cerita, diluluskan Syariah.

    InsyaAllah Malaysia berubah. Dan hope rakyat pun berubah sama...

    ReplyDelete
  5. Phatlee.. INIKALILAH UBAHH!!!!

    ReplyDelete