Thursday, January 24, 2013

* Give me Strength *

my strength

Assalaam alaykom... calm down! take a breath! keep smilin'! Bila berdepan dengan situasi tegang apa yang harus dilakukan adalah mengawal emosi dan perasaan. Walaupun terasa seperti mahu menjerit, walaupun terasa seperti mahu melontar batu.. namun tiada batu yang bisa dilontar harus pada siapa juga batu itu patut dilontar? hmm. Benar kadang kala emosi marah itu sukar dikawal kerna lebih mudah untuk berbicara daripada mengalami sendiri apa yang dirasa apabila terlalu tertekan dari pelbagai penjuru. hmm. Kerna itu setiap kali saya tertekan, saya juga melepaskannya melalui jenaka dan ketawa.

Pity miss Zaty yang menjadi teman setia secara paksa mendengar bla3x yang tiada noktahnya. Lucky me ditemani miss Zaty yang pandai berjenaka sehingga kadang saya sendiri terasa seperti "Cyana, stop talking!" atau "Cyana, stop membebel!" tetapi apa yang di dengari "owh! saya dah biasa dengar Cyana bercakap tanpa henti." atau "owh! saya selalu bersama Cyana sebab tu saya selalu dengar bla bla bla." atau "Cyana, relaks! relaks! meh saya tolong"...itu sebenarnya membuatkan saya tersenyum sampai telinga kerna sekurangnya ada teman yang tahu betapa kadang saya seperti lipas kudung mengejar tugasan utama di samping tugasan sampingan yang tekanannya melebihi tahap buat hanya sekadar suka rela. huhu.

Lucky me bila berada dalam dunia perolehan, tekanan dari pelbagai pihak itu adalah cabarannya. Kerna itu, bila mendapat tekanan dari sudut personal ianya harus diabaikan kerna saya sentiasa memikir kepada majoriti dan rasionaliti. Kerna itu juga nada menjawab pertanyaan adalah seperti senyuman berbunga-bunga walaupun sebenarnya terasa seperti mahu menjerit "cik sudah berkali-kali saya terangkan, cik tak paham bahasa Malaysia kah?". Namun saya sentiasa peka bila masyarakat negara kita yang terkenal dengan gaya 'telefon karat' yang mana cerita 'A' berkembang menjadi 'A++' agar lebih sedap rasa. Jika tidak masakan akhbar tabloid yang dipenuhi cerita gossip lebih laris di pasaran berbanding akhbar fakta. hmm.

Atau saya harus belajar untuk berbicara tanpa senyuman dengan nada sedikit keras dan tiada lagi yang akan berkata suara saya seperti remaja sekolah menengah ketika menjawab telefon. ohhh!!! please just ignore them... YA ALLAH!! Please give me strength. Ameen.

No comments:

Post a Comment