Sunday, November 18, 2012

* safe journey Wayfarers *

 se.Malaysia by hubby Moose

Assalaam alaykom... Alhamdullillah selesai sudah Persidangan Muktamar Tahunan PAS kali ke 58 yang di adakan dari 16-18 November 2012 bersamaan dengan 2-4 Muharram 1434H di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) Kota Bharu Kelantan. Dengan tema "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan", persidangan tersebut turut juga berkesempatan beramai-ramai solat untuk para syahid dan mereka-meraka di Bumi Palestin yang sedang bergolak dengan serangan kekejaman Israel.

Tahun ini bukan sahaja penglibatan AYAH sebagai salah seorang AJK Tertinggi PAS, IBU juga turut berada di sana bagi tugasan media di samping menemani AYAH. hubby Moose juga turut sibuk dengan tugasan media manakala my brother in law, brother Muadz hadir sebagai salah seorang artis jemputan. 

Dan seperti biasa berita propaganda di media perdana memburukkan lagi hal berkaitan AGAMA ISLAM. Nau'zubillah. Hari ini adalah hari penutup dan semua ahli The Wayfarers yang terlibat dengan Muktamar akan bergerak pulang ke Shah Alam. Semoga selamat dan sejahtera di perjalanan nanti. InshaALLAH.

No comments:

Post a Comment