Friday, November 30, 2012

* make du'a *

 du'a.peaceful

Assalaam alaykom... please make du'a for my lil' journey to Langkawi Island tomorrow. Misinya menjayakan dan mengacara Majlis Pesara BERNAS bagi tahun ini. Du'a agar semuanya berjalan lancar dan sempurna. Semoga mrs Emcee bisa bertutur lantang tanpa pelat-sengau seperti teguran Insan Terchenta. {owh.. I think I need a profesional course on how to be a good emcee.. hmm} . Debaran pasti terasa walaupun sudah beberapa kali berdiri di pentas pengacara. Nampaknya tahun ini lebih sibuk dengan tugasan tender sehingga tidak banyak masa diluangkan di mana-mana majlis. hmm.

Kemudian akan terus ke pulau seterusnya iaitu Pulau Pinang.... hiks! Semoga selamat di perjalanan, semoga dapat bertemu keluarga terchenta. InshaAllah.

Make du'a for my lil' journey. Syukran.  

* Sista Nite Out *

Assalaam alaykom sisters....malam ini gembira bila sekali lagi dijemput menghadiri 'Sista Nite Out' walaupun hanya berkumpul di Restoran Hakim Seksyen 7, Shah Alam. Ideally mahu meraikan 'The Twin Sista... Adik & Kakak' yang akan pulang ke Sungai Petani dan hajatnya mahu makan capati. Tetapi biasalah sampai sahaja menu lain yang di order.. hiks! Sama seperti saya yang menjamu roti naan dan ayam tandoori! {haih siang malam ayam! opps!} Yang penting pertemuan kami bisa membuahkan senyuman bila mana Kakak dengan lograt Utaranya berkata "Kami suka dengar suara Kak Cyana yang kecik dan nyet nyet nyet"... {ehhh? thats ME!!! macam mana bunyi tuh? blushin'!}

Seketika terasa beban kerja terus hilang. Jika dari pagi sehingga ke tengahari muka saya ditegur seperti singa kerna ketika itu sedang khusyuk menyiapkan kerja. Mungkin kelihatan sedikit masam memandangkan perut juga sedang mendendangkan lagu keroncong. Selepas tengahari, mula terdengar suara setelah menjamu selera dengan nasi kukus ayam sedap... nyum! nyum! nyum! thanks to miss Tender... you make my day! {Patut letak dalam HKU kamu capaian buat kelakar adalah sebanyak 30%.. hahaha} Yang penting bila kerja selesai pastinya hati tenang.... owh.. jom layan gambo 'Sista Nite Out'...

my meal.. roti naan and tandoori chicken!

 
with the Twin sisters.. Adik & Kakak!

antara yang hadir

peace! peace!

posin' tyme!

free styler sista!

 
pose ayu.. bak kata director a.k.a Maksu berbaju Hijau yang rajin melayan anak2 saudaranya

'Sista Nite Out' in pose!

Untungnya kami tinggal berdekatan maka lebih senang bertemu walaupun mendapat jemputan pada saat akhir. Anyway... All the best to Adik & Kakak! Jika datang KL nanti boleh kita berkumpul lagi.

Tuesday, November 27, 2012

* best buddies *

best. buddies

Assalaam alaykom... pastinya ketika ini wajah disuntik dengan senyuman kerna setelah beberapa tahun kami bersama sebagai Sahabat, inilah kali pertama kami memiliki kasut yang sama! sama bentuk dan sama warna! well well... sebenarnya saya bukan seorang yang akan bersetuju membeli barangan yang sama dengan insan2 terdekat. Jika membeli barangan yang sama pun pastinya warna atau bentuk berbeza. Itu biasa berlaku pabila memiliki baju atau hijab yang mana sesekali berkongsi citarasa dengan all my Sisters in Law. owh.. teringat lagi bila kali pertama mahu membeli barangan yang sama dengan kakak dan adik ipar, saya sangat teruja. Itu mungkin kerna dahulunya saya tidak pernah mempunyai rangkaian barangan serupa dengan keluarga memandangkan saya seorang anak perempuan tunggal dalam keluarga. hmm. 

Bak kata miss Amilia..."Its hard to explain how a new pair of shoes simply makes a woman smiles. (smilin')". YES!!! we're smilin'! Kasut bisa membuahkan senyuman! Kuasa sepasang kasut kepada wanita tambahan dengan suntikan sentimen persahabatan pabila memilih barangan yang sama walaupun sebelum ini kami masing2 mempunyai style berbeza. Merujuk kepada kata2 pakar perunding imej mrs Maryanni petang tadi... imej seseorang itu merangkumi tiga perkara iaitu penampilan, pewatakan dan komunikasi. Semuanya berkait rapat bagi mewujudkan imej positif. Oleh itu salah satu elemen penting yang membawa kepada kejayaan adalah imej individu tersebut. Kerna itu juga 'first impression' adalah penting terutamanya sewaktu temuduga. Kerna itu maaf bila saya lantang pernah menegur rakan lelaki yang memakai stokin yang berlainan rupa. Hasilnya mereka peka selepas teguran itu. Benar saya sedikit cerewet dalam membuat pemilihan pakaian, aksesori dan barangan walaupun ianya klip kertas. hiks! {klip kertas cute berwarna-warni adalah suntikan semangat untuk bekerja di samping dokumen agar tidak bosan dengan warna muram sahaja}.

Hasil penilaian style petang tadi, mrs Cyana tergolong dalam kategori Natural iaitu sentiasa memilih 'basic color' dan rangkaian easy-to-wear, sedikit tempias kategori romantik bila mana sesekali memilih warna-warna dan design dengan sentuhan glamour dan mempunyai sedikit citarasa classic kerna saya juga tergolong dalam memilih berpakaian berton warna sama setiap hari. ehh... sedikit tersasar dengan cerita... anyway mimpi senyuman. Chill babe!

Monday, November 26, 2012

* hectic *

mon.day @ Federal Highway

Assalaam alaykom... penat seharian sangat terasa bila mana beberapa jam dihabiskan di atas jalan raya dengan menekan minyak tidak melebihi 10km/j. Mungkin itu adalah lumrah bekerja di Ibu Kota Kuala Lumpur. Perjalanan pergi dan pulang kerja sahaja mengambil masa purata tiga ke empat jam, jika mahu kurangkan masa maka terpaksa melalui lebih banyak plaza tol. hmm. Tetapi jika dalam keadaan kesesakan seperti petang tadi, masa biasa hanyalah 2 minit telah berubah menjadi 20 minit bagi pergerakan yang tidak sampai 2 km. haih!

Musim cuti sekolah ini membuatkan hati sedikit gembira kerna tidak perlu melalui kesesakan yang teruk namun kesesakan lalu lintas bisa menjadi lebih teruk pada hari hujan. huhu. Kadang kala kepenatan itu datang bila terpaksa melalui kesesakan bukannya kerna kepadatan kerja. owh... my hectic days at work masih bisa membuat saya tersenyum kerna kebiasaannya saya akan berada di dalam sidang mesyuarat dengan kehadiran panel berbeza. owh pastinya saya akan selalu senyum ... agar hectic mana sekalipun minda tidak penat kerna mindalah yang akan mengawal emosi dan pergerakan kita. 

Bila melihat kepada jadual terasa setiap detik itu sangat berharga. Semuanya mahu dilaksanakan seperti yang dirancang sebaik mungkin. Apa yang perlu adalah fokus! Bila fokus kepada mahu melakukan sesuatu, pastinya ia akan membuat hari akan sempurna. So Cyana... please focus!! focus dengan apa yang dikehendaki bukannya apa yang dihajati. okay... kasut! kasut! kasut! ehhh! just kiddin'.... chill babe!

 

* TWM Paintball Championship 2012 *

Date: 24th November 2012
Location: Xtion Paintball Park, Bukit Jalil Kuala Lumpur

 Assalaam alaykom... TWM Paintball Championship 2012 anjuran Rumah Kuning Kumpulan Tradewinds. Program sukan ini adalah aktiviti ketiga selepas bowling anjuran Rumah Hijau, futsal dan badminton anjuran Rumah Oren & Rumah Biru. Memandangkan ketua rumah a.k.a mr Marwan tidak dapat hadir, maka mrs Cyana selaku setiausaha Rumah Hijau menjadi Ketua Pasukan pada hari tersebut dan juga salah seoarng pemain walaupun hanya tembak entah bullet ke mana. ahaks! 

Program bermula sedikit lewat kerna hujan di pagi hari namun semua pemain tetap memberi saingan yang tinggi walaupun terpaksa berhempas pulas berlari dalam padang basah... end up semuanya comot! hiks. Sekali lagi keputusan memihak kepada Rumah Oren sebagai Juara Keseluruhan dan juga Juara Kumpulan. Rumah Hijau memenangi Tempat Kedua dan Keempat Kumpulan. Manakala Rumah Kuning mendapat Tempat Ketiga. Nampaknya Rumah Biru menang makan angin selain menang bergaya. oppss!!! okay.. jom layan cerita sambil bergambo ya...

Paintball equipment

 khemah Rumah Hijau

 makanan yang disediakan kepada pemain selain goodies bag yang mengandungi topi kuning dan air mineral

hadiah yang dimenangi oleh Rumah Hijau! Tahniah!

 pemain2 profesional sedang memasang strategi sebelum perlawanan bermula

sesi taklimat kepada pemain2 Rumah Hijau

 
 
gadis2 nakal Rumah Hijau yang pantang nampak lensa... hiks!
 Pemain-pemain Rumah Hijau

 Rumah Oren yang sangat dedikasi...siap buat perbarisan! thumbs up!

 
hero Rumah Oren

eh.. sesi perbincangan strategi ker?

 Rumah Kuning

 Rumah Biru dengan pelbagai warna.. hiks!
 gegurl Rumah Biru!
 jejaka2 harapan... hiks!

 Kapten Rumah Biru mengatur strategi
 
 perasmian oleh VIP Tradewinds

 
 perasmian program dengan melepaskan tembakan

 Ketua Marshall memberi penerangan keselamatan

 barisan Marshall

 




pose sebelum masuk padang

perlawanan bermula

  miss Zaty in action!

 antara penembak tegar

 
 my turn!! erk.. pakai jek mask dah rimas

 pose with my team

 
 nervous sangat!!!! but smile!!!

 with miss Zaty & mrs Zura

 gegurl Rumah Biru in pose!

 my Green Team semuanya layak ke Suku Akhir!!! Good!!!

 
 my team semasa dalam padang

ready to shoot

 the shooter!

 aim & shoot!

 
 permainan untuk kanak2

 latihan menembak

 
 sesi berehat di khemah

 makan tyme!

 posing tyme!

 Rumah Biru in pose

 sesi menggerunkan pihak lawan! ahaks!

 happy bila semua confirm masuk final!!!

 gegurl Rumah Biru ada di mana sahaja.. hehe

 pose selepas menembak
  family Rumah Kuning

 gegurl Rumah Biru again!

 credit to miss Dila yang rajin amik gambo

 the Final Team in free styler pose!

  pose with marshall
 
 lucky draw tyme!!!

 mrs Cyana & miss Zaty in pose too!
 
 Tempat Keempat Green C

 
 Tempat Ketiga Yellow B

 
 Tempat Kedua Green D

 
 Tempat Pertama Orange D
 
Juara Keseluruhan Rumah Oren

 pose before pulang

keriangan sebelum semua beransur pulang

Tahniah kepada semua pemain, pemenang dan penganjur yang berjaya menjayakan program paintball pada hari Sabtu yang lalu. Semoga aktiviti-aktiviti sebegini diteruskan dan semoga persabahatan kita akan lebih erat melalui pendekatan sukan dan riadah.