Wednesday, February 15, 2012

* which is which *

colorful flowers

Assalaam alaykom.... kepelbagaian agama dan bangsa rakyat Malaysia adalah seperti bunga yang berwarni-warna. Yang penting bagaimana penanam menyemai benih, menjaga bunga sehinggalah cantik untuk dijual. Benar seperti ramalan Pilihanraya Umum ke-13 akan menjelang tiba pada bila2 masa. Menunggu masa sehingga pihak pemerintah benar2 yakin akan mendapat sokongan pabila selesai sahaja menabur jasa kepada rakyat dengan pelbagai bantuan dan sumbangan. Setelah 54 tahun memerintah, kenapa ya kebelakangan ini banyak sungguh bantuan yang diberikan kepada rakyat? Sejauh mana keikhlasan mereka? Kenapa kini seperti cendawan tumbuh yang mana pelbagai sumbangan yang diberikan... seperti iklan produk pada poster ketika membeli-belah. Bantuan ini bantuan itu, skim ini dan skim itu... owh, kenapa berkaedah ONE-TIME sahaja? Kenapa tidak berterusan jika mereka benar ikhlas? Jika benar ikhlas, cuba fikirkan beri bantuan kepada rakyat dari segi menyediakan kemudahan awam seperti mengurangkan kadar harga barangan rutin, menyediakan pengangkutan awam yang lebih baik, memansuh tol atau mengurangkan kadar bayarannya!!! Bayangkan rakyat kecil yang berpendapatan sederhana seperti saya harus mengeluarkan RM15 sehari untuk bayaran tol belum dikira lagi bayaran parking dan petrolnya, kerna saya tiada alternatif lain.

Benar bagus bantuan dan sumbangan tersebut!!! Tetapi sejauh manakah keberkesanannya? Benarkah yang benar2 memerlukan bantuan menerimanya? Atau ianya hanya lakonan sementara setelah agak nazak mahu mengembalikan kepercayaan rakyat. Credit to 'em... menggunakan media masa perdana sebagai medium utama, hanya memaparkan berita dari sebelah pihak. Kenapa tidak bertindak seadilnya?

owh... benar saya menetap di negeri termaju di Malaysia, dan dibesarkan di sebuah negeri berstatus maju juga. Kenapa ahli politik yang dilantik oleh rakyat tidak menjalankan tanggungjawab mereka? Kenapa harus saling mahu menegakkan benang yang basah? To YBs yang sedang ditemuramah di media utama, tidak perlu anda memburukkan pemerintah lain bila masa anda tidak dapat membuat perkara sesuka hati seperti dahulu. Dan sebagai rakyat kecil yang mendengar hujah YBs terasa "owh.. benar YBs buat kerja sampaikan masing2 berebut-rebut mahu bercakap di kaca TV". Sepatutnya YBs harus berganding bahu dan bekerjasama memajukan negeri walaupun datangnya dari akar umbi yang berbeza.

Kerna itu saya percaya ramai lagi yang memilih menonton drama dari mendengar berita politik!!! Jika ditanya saya sendiri, baik layan cerita artis dari cerita ahli politik melompat parti. Enough Said!

4 comments:

  1. Kita sama Cyana. Kakcik lebih rela menonton Tom n Jerry dari menonton wajah menteri yang berucap berapi2!!! ;-)

    ReplyDelete
  2. betul betul betul kakcik... tgk kartun lagi best!

    ReplyDelete
  3. aku tgh tggu je nak post pasal politik kat blog aku.SEKALI jek. cuma sekarang tengah kumpul info.

    cuma sekali je aku nak post.hehehe...
    macam la ramai baca blog aku.lalalal...

    ReplyDelete
  4. khelasss kakak...iol lebih suke layan Android...

    ReplyDelete