Wednesday, February 1, 2012

* Good LUCK Kantan *

Salaam again... tercetusnya entry di lewat malam bila mana terbaca entry "Last Day" by miss Kantan a.k.a miss Yun a.k.a best buddies a.k.a member makan a.k.a miss analysis yang biasanya akan menjadi tukang analisa bajet untuk mrs Cyana ataupun menjadi pendengar setia keluh kesah saya. hehe. Ingat lagi pertanyaan miss Tender yang kadang ketakutan melihat gelagat miss Kantan yang seriusnya mengalahkan singa betina.. tetapi jika happy-day, teruja pula miss Tender melihat gelagat miss Kantan yang akan berkata2 tanpa henti...Itulah miss Kantan yang saya kenali. Mungkin susah untuk pertama kali bertegur sapa dek kerna riak garangnya telah menyembunyikan riak manjanya {aiyoo... statement nak kena pancung nie.. oppss!!}

Jika entry yang lalu "Versi KHAS bersama Kantan" pada Oktober 2010 tidak menjadi nyata bila mana miss Kantan telah membatalkan niat untuk meninggalkan syarikat tempatnya bekerja, namun Februari 2012 perkara tersebut menjadi nyata. Mulanya bila mendengar miss Kantan mendapat kerja yang baru, reaksi saya biasa sahaja kerna ketika itu masih belum terasa aura pemergiannya. Dan bila menjelang penghujung tahun barulah semakin merasai saya bakal berpisah dengan kembar saya di BERNAS. huhu.

Pagi tadi kebetulan sama lif bersama salah seorang end-user kami berdua.. katanya "So tinggallah Cyana seorang, tiada lagi rakan2 sebaya...semuanya sudah berpindah ke tempat baru." grrrr!!! saya hanya mampu membalas senyuman walaupun sedikit hiba. Nevermind, mrs Cyana kini mempunyai teman baru juga iaitu miss Tender dan mrs Boss. Cuma masalahnya bila selalu makan bersama mrs Boss, ada juga suara2 sumbang. Entah kenapa sifat orang Melayu yang amat gemar berfikiran negatif. haih! Apa-apapun saya tetap merindui miss Kantan yang muka garang macam singa tu.. hiks!

miss Kantan garang ker? Nope !!! Happenin' jek...
layan beberapa pics favourite kami berdua.

miss Cyana memakai purple dan miss Kantan memakai black...
seketika menukar warna kegemaran

tengok sengih sampai ke telinga

pose dengan warna kegemaran utama miss Kantan

cool dan ayu kan? hehe

our personality pic... my favourite!

last but not least...
miss Kantan pose di tengah laman

Dalam hati ada taman!

Anyway, semoga miss Kantan gembira di tempat baru nanti dan berjaya mencapai objektifnya iaitu meluaskan jajahan. Walaupun kami tidak dapat lagi lunch bersama, tetapi ofis yang berdekatan boleh juga shoppin' di Pavillion bersama nanti. {sila jangan jeles Kenanga... bak kata Kemboja early 30's sangat hot!}. Good Luck Babe!

No comments:

Post a Comment