Saturday, February 25, 2012

* Waste OUR MONEY *

mode: sedang menonton berita utama yang cerita utamanya POLITIK!!!

Assalaam alaykom... kenapalah semakin hari semakin kurang minat untuk menonton berita. Bertuah juga bila celik IT, kami mampu mencari saluran alternatif untuk seimbangkan cerita. Adakah media massa kini tiada lagi hak kebebasan media? hmm.

eh.. tersasar dari hajat utama, berita terbaru apabila Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengeluarkan kenyataan bahawa pengusaha tiga barangan kawalan - tepung, gula dan minyak masak {mungkin beras terlupa gamaknya untuk disenarai juga. realitinya kampit beras juga harus dicetak mengikut citarasa kerajaan} - diwajibkan memaparkan logo 1Malaysia pada pakej produk-produk yang dijual bermula bulan ini, jika mereka mahu terus menikmati subsidi kerajaan. {kenapa tidak pula di paparkan berita sebegini di dalam media massa?}

Barang-barang yang diwartakan pula semuanya barang kawalan yang sepatutnya rakyat menikmatinya dengan harga yang murah namun ianya menimbulkan tanda tanya mengapa ianya mesti bersyarat? {fikirkan kos pencetakan semula dan kos memenangi hati pemimpin yang bermaharajalela sesuka hati mengeluarkan arahan sedemikian}. Realitinya kita berhadapan dengan perangai pimpinan yang ‘rajin' menukar tagline mengikut citarasa tersendiri. hmm.

BENAR!!!! Rakyat sudah boleh menilai!!!
enough said!

4 comments:

  1. Kakcik tukar ke saluran yang tiada berita! ;-)

    ReplyDelete
  2. kakcik... sbb malas baca paper, tu yg sy lebih suka dengar berita. tapi itulah... berita propaganda jek lebih banyak.

    ReplyDelete
  3. Hak kebebasan media dah lama pupus masa zaman Tun Det lagi. Media x mampu nak suarakan pandangan dari dua belah pihak, cuma sebelah pihak sahaja.

    benda ni Tunku Abdur Rahman sendiri cakap masa dia keluar dari UMNO, masa dia disisihkan oleh orang UMNO sendiri...

    so,saya x terkejut.hehehe...

    ReplyDelete
  4. bro phatlee

    agreed. saja buat2 terkejut. sbb masih ramai yang belum peka. pity 'em

    ReplyDelete