Monday, February 27, 2012

* Futsal MD's Trophy KBM HQ 2012 *

Date: 18th February 2012
Location: Sports Jam Extreme Park, Seksyen 13 Shah Alam

Assalaam alaykom... Futsal kembali lagi!!! Sebelum cerita basi dan sebelum tukang cerita lupa cerita, lebih baik bercerita dengan gambar2 yang tidak seberapa. Hajat di hati mahu menunggu gambo dari Official Photographer, namun kerna ketiadaan saya di ofis selama seminggu akan membuatkan cerita pending lebih lama. Jika ada gambo2 OP nanti akan saya tambah kemudian. InshaALLAH. btw thanks to mr Faridz yang hadir sebagai pengurus pasukan kuning merangkap pembantu cameraman. hiks.

Kejohanan Futsal Piala Pengarah Urusan KBM Ibu Pejabat 2012 telah berlangsung dengan jayanya di Sports Jam Extreme Park, Seksyen 13 Shah Alam. Sebanyak 6 pasukan lelaki yang bertanding dan 4 pasukan wanita yang rata-ratanya memberikan saingan sengit tahun ini. Kesinambungan dengan Piala Pusingan Pengarah Urusan, maka KBM HQ juga mengambil nama Piala Pusingan Pengarah Urusan di peringkat pertandingan cawangan. Selain sebagai aktiviti sukan dan riadah tahunan, program futsal ini juga bertujuan mencungkil bakat2 baru yang akan mewakili KBM HQ ke mana-mana kejohanan dan yang terdekat pastinya Pertandingan Futsal yang bakal berlangsung di Sabah tidak lama lagi. InshaALLAH.

Paling manis pabila program futsal ini dirasmikan sendiri oleh pemilik namanya iaitu our dear Managing Director (MD). Kehadiran MD pada julung kalinya ke program sukan adalah sesuatu yang sangat bermakna, tambah lagi MD sendiri sememangnya bekas pemain bola sepak suatu ketika dahulu. As for me, berdebar2 hati tidak terkira pabila mengetahui MD yang akan merasmikan program. Alhamdullillah program berjalan lancar seperti dirancang walaupun di uruskan dalam jangka masa singkat. Gembiranya tidak bisa tergambar dengan kata2 walaupun penat tidak terasa.

pendaftaran pasukan seawal jam 8 pagi

AJK in the row... sedang menyusun atur hadiah dan membuat persiapan terakhir program

sempat posin' yer...

Piala Pusingan Pengarah Urusan BERNAS KBM Ibu Pejabat

antara hadiah2 yang dipertandingkan

mr President dan mr Setiausaha Agung KBM turut turun padang

sarapan dulu sebelum bermain.. hehe

ketibaan MD ke program tepat pada masa walaupun hujan renyai

owh... that's ME!!!
mrs emcee sedang menceriakan pasukan dengan senaman sorokan

majlis perasmian

mr MD menyampaikan ucapan aluan

ready for sepak mula

GOLL!!!! keeper tak sempat menangkis sepakan MD.. hehe

senaman ringan sebelum memulakan permainan

semangat bersenam sebab perlu standby jadi pemain simpanan

behind me miss Izzati yang semangat berkasut merah... {suka kasut kamu!!!}

pasukan Biru dari Aras 27/3
Loudspeaker dan Super Strikas
{credit to Dato' Roslan yang menaja Tshirt kami}

pasukan Kuning dari Aras 29
Naga Muda dan Lady Twenty9

pasukan Merah dari Aras 28
Kewport dan Red Chillies

pasukan Hijau dari Aras 31/26
Magnum Star dan Vanilla Chocolate

pasukan Hitam dari BSS
BSS United dan APAC FC
{owh.. masa nie player BSS ada yang belum sampai}


mr Boss sedang beraksi

sepakan maut membuatkan Naga Muda juara.. hehe

siapa kata lelaki tidak pandai bergaya? hehe

sempat juga posin' sebelum selesai tugas

Naib Johan Wanita... pasukan RedChillies

Johan Wanita... pasukan Vanilla Chocolate

Naib Johan Lelaki... pasukan Loudspeaker

Johan Lelaki.. pasukan Naga Muda

geng wanita yang suka pose maut

bergambar dengan hadiah kemenangan and pose! pose!


pose beramai2 sebelum memulakan program

selepas habis program... pose lagi.. semuanya sportin'!

Alhamdullillah... Ribuan terima kasih kepada semua AJK & Peserta yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi di program yang akan datang. InshaALLAH.

No comments:

Post a Comment