Monday, December 12, 2011

* the Pesara's Product *

Assalaam alaykom... jadual beberapa hari lalu agak padat tetapi penuh dengan pengisian. Begitu jjuga cuti hujung minggu dihabiskan masa membantu menyiapkan DVD bagi program Majlis Malam Jasamu diKenang. Pertama kali hubby Moose membuat coverage event Bernas, hasilnya membuat wifey tersenyum. Tidak sia2 memperkenalkan videography kepada urusetia program a.k.a mr Bob yang juga individu yang menengahkan saya kepada dunia pengacaraan secara rasmi di tempat dimana saya berkerja. Bermula dengan mengacara program sukan, bak kata miss Marvic yang memberi nama tugasan ketika itu 'pengulas sukan'.. hehe. Dan kemudiannya kini banyak juga diberi tugasan mengendalikan program rasmi. Deeply thanks to mr Bob dan juga mr Serituah {sekiranya mereka membaca entry ini}, antara individu yang banyak membantu mengembangkan kareer saya.
Anyway... gembira bila hubby Moose berjaya menyiapkan video tersebut dalam jangkamasa yang diberi. Bak katanya mahu memberi yang terbaik, quotation satu kamera namun hasilnya seperti menggunakan perkhidmatan MCP kerna beliau sendiri membawa dua kamera pada hari program. Itulah mr Moose yang saya kenali yang mana lebih mementingkan kualiti dan kepuasannya bekerja.


Inilah hasil dari 1stVerse!!! DVD yang diberi kepada setiap pesara sebagai cenderahati. Kandungan DVD adalah full video, montage dan screen selection.ketika DVD in progress...

owh mari layan beberapa gambo dari an official photographer a.k.a mr Arif Muda

ketika pendaftaran... okay... jari masuk video. yeay!menyambut ketibaan tetamu
program dirasmikan oleh Pengarah Urusan
turut hadir Ketua Pegawai Kewangan
and my mr Big Boss turut berada di meja VVIP
antara pesara yang diraikan.. jumlah kesemuanya 60 orang bagi tahun 2011
Selamat Bersara Wajib diucapkan kepada semua pesara
sesi penyampaian sijil dan cenderahati... nama pesara tersebut Gulistan Khan dari Kelantan
mrs Foo Ai Ling dari Sarawak... salah seorang kenalan yang dulunya end-user saya ketika di eBernas... miss you!
beramah mesra sebelum pulangpesara bergambar kenangan bersama pihak pengurusan Bernas

kumpulan The Tradewinders bergambar bersama pihak pengurusanbarisan AJK yang terlibat dalam menjayakan program tahunan ini

Pesara merakam potret kenangan beramai2 sebagai tanda kenangan. Bayangkan setahun 60 orang yang bersara... satu angka yang besar, majoritinya telah berkhidmat lebih 30 tahun.. MashaAllah. Semoga kalian terus diberi kesihatan yang baik dan memanfaatkan masa emas bersama keluarga tercinta.

3 comments:

  1. Tak lama lagi, giliran Mr Bob pula diraikan... (dan terputuskah hubungannya dengan anggota Bernas yang lain?)

    ReplyDelete
  2. Kakcik... hubungan sentisa erat walau jauh di mata. InshaAllah.

    ReplyDelete
  3. alaaaa...akak...video tradewinders nyanyi2 nape x upload???

    ReplyDelete