Sunday, December 4, 2011

* Appologies *

the zebra by hubby Moose

Assalaam alaykom... hari ini sedikit lega pabila telah menyiapkan tugasan yang tertunggak sejak bulan April yang lalu. Tugas mudah tetapi dek kerna kecuaian diri sendiri, maka ianya meninggalkan kesan pengajaran. Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan... iaitu melambatkan penghantaran album kawen customer yang majlisnya bulan April yang lalu. Saya akui dek kerna kesibukan kerja, kadang kala ada perkara yang mungkin terlepas pandang dan saya akui kadang saya lupa follow-up, mungkin kerna banyak sangat to do items. Ceritanya selepas majlis, hubby Moose akan menyiapkan album. Kali ini customer meminta memasukkan juga gambo pernikahannya yang diambil di Amerika. Dengan bantuan IBU, gambo2 tersebut di copy ke dalam mr HP. Memandangkan memory mr HP berstatus mini, maka saya transferkan semua gambo tersebut ke dalam external hardisk tanpa membuat back-up data. Nasib malang buat kali kedua external hardisk itu kemudiannya tidak dapat dibaca. grr!!!! Dunia IT sememangnya begitu, cepat dan pantas tetapi pantas juga menghilangkan data tanpa dapat dikesan. huhu.

Maka saya menghantar hardisk ke kliniknya... jawapannya hampa!!!! Semua data tidak dapat diselamatkan termasuklah gambo customer. Arghhhh!!!! Memandangkan customer juga sibuk dengan tugasnya di Amerika, kami hanya dapat berkomunikasi melalui email. Dari hari ke hari masa berlalu...bulan berganti bulan. Saya akui kesalahan tidak membuat back up data menyebabkan hubby Moose tidak dapat menyiapkan albumnya. Biasanya hubby Moose memerlukan paling maksima empat minggu untuk menyiapkan sebuah album, dan kerna kesilapan saya maka baru minggu lepas berjaya menyiapkannya. Alhamdullillah hari ini saya berkesempatan menghantar album tersebut. Mohon maaf kerna kelewatan itu yang membuat mereka sekeluarga menanti. Sesuatu yang mungkin tidak dijangkakan berlaku... dan saya akui kita hanya dapat merancang, selebihnya diserahkan kepada Yang Maha Mengetahui.

2 comments:

  1. yer.. kita hanya mampu merancang.. Dia yang menetukan..

    jom baca kejap=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html

    ReplyDelete
  2. Dunia IT - dalam memudahkan, sering juga 'menggusarkan'...

    ReplyDelete