Thursday, January 13, 2011

* Centralized OR Decentralized *

Salaam again... merujuk kepada tajuk entry mungkin ia sinonim dengan dunia IT. Jika sewaktu zaman belajar atau semasa berada dalam dunia IT, centralized dan decentralized adalah sesuatu yang sering di perkatakan. Apakah kelebihan centralized? Apa kelebihan decentralized? Yang pasti jika di IT, jawapan lebih menjurus kepada centralized. Mungkin kerna itu juga, saya lebih berat ke arah memilih centralized system. Kerna ianya bisa memberi keseragaman, lebih efisien dan efektif, lebih kawalan, lebih konsisten dan lebih lebih lebih kelebihannya. hiks. Itu jika diminta pandangan dari bekas orang IT. hehe. .

Kelainannya kali ini, saya perlu mengenal pasti baik dan buruk jika pengurusan tender dibuat secara berpusat atau berkelompok? hmm... Saya masih memikirkan jika mahu kawalannya terjamin dan seragam, maka saya memilih untuk centralized. Namun perlu ditimbang beberapa faktor seperti mengukuhkan manual perolehan dan membesarkan unit tender kepada Jabatan Perolehan. Mungkin prosesnya lebih teratur dan sistematik. Bayangkan jika tender satu Malaysia diuruskan oleh ONE-WOMEN show? grrrrr!!!! Sayalah yang menyemak dokumen, menguruskan penjualan dokumen, memanggil penender, menguruskan mesyuarat dan lain2. hmm.. Memandangkan volume tender yang semakin bertambah besar, maka seharusnya perubahan dilakukan. YA BENAR!! Perubahan itu sesuatu yang kadang sukar dilaksanakan jika selama ini sudah terbiasa dengan proses yang sebelumnya. Namun jika diteliti dari sudut positif, ianya mungkin perlu untuk menambahbaik proses dan bagi mencapai matlamat penubuhan Jabatan Perolehan. hmm.

Hotdog mewakili decentralized!!!
Ini contoh hotdog egg tanpa sayur! Walau ditambah mayonis dan black pepper, ia masih lagi kelihatan suram kerna tidak cukup zat protein.

Burger mewakili Centralized!!
Ini pula burger egg with sayur!!! Walaupun hanya kelihatan salad, tetapi sudah cukup menggambarkan burger ini cukup keperluan zat makanannya. Namun untuk kelihatan lebih menarik, mungkin bisa tambah beans dan sebagainya.

Bukan saya gila kuasa atau mahu mengawal semuanya. Namun sesetengah perkara perlu dikaji dari pelbagai sudut dan faedahnya. Adakah dengan hanya kerna mahu mengurangkan kos, maka peraturan manual perlu diketepikan? Kerna bagi saya prosedur is prosedur! Kita bisa mampu mengubahnya mengikut keperluan semasa demi memulihkan proses yang termaktub menjadi lebih baik. Benar masing2 ada kebaikan dan kelemahan, bergantung kepada situasinya. Mungkin dengan decentralized, ianya akan memberi jaminan pengurangan kos, speed dan masa? Atau adakah mahu menjamin dari segi ketelusan dan keselamatan tender agar TIADA timbul isu rasuah atau kronism? hmm. Tepuk dada tanya selera... tepuk perut tanya mahu burger atau hotdog? hehe.

4 comments:

  1. Amboi3.. superwoman ni.. siap tanya nak burger or hot dog ye.. I like burger with extra sayurr..

    ReplyDelete
  2. nak dua2 boleh?haha.....jgn kerja terlampau kuat sgt ye bionicwoman ni...khalish nak kawan ni..heheheh....:-p

    ReplyDelete
  3. Kak Yan... tkdela superwoman pun.. kalo dapat title tu best gak bley terbang pakai crown.. ahaks. Kak yan sure suka salad kan? hehe

    ReplyDelete
  4. Ummi... mau gak dapat aura bionic tu..bley la sekelip mata sume siap.. hehe.

    come come khalish yang comel.. :)

    ReplyDelete