Assalaam alaykom... masuk hari ke-4 di Kuching adalah hari mencuba nasib. hehe. Brother Ali kata "bawa baju, jom nak pergi mandi sungai" erk??!! Rupanya hari ini we all akan berjalan2 ke taman negara. haih! Banyak sungguh taman negara di sini. Setiap satu mempunyai keistimewaan tersendiri. Di mulakan perjalanan dari Taman Matang Jaya menuju ke Matang Wildlife Park menggunakan jalan baru.. owh katanya highway yang lebih cepat dan setakat ini belum ada bayaran dikenakan. Tetapi highway nie hanya separuh jalan. Mungkin akan di tambah lagi tidak lama lagi. So melalui jalan ke Taman Negara Matang, we all melalui Politeknik Kuching tempat brother Ali belajar dahulu dan kemudian terus menetap di Sarawak.
Sampai jek di sini, saya yang paling teruja kerna terlihat signboard orang utan!!! owh!! kepingin nak bertemu orang utan...erm orang di hutan banyak ler jumpa. ahaks! Rupanya Matang Wildlife Centre nie tempat pemuliharaan binatang liar.. maka semua haiwan berada di dalam sangkar. Kata pengurus pusat ini, hanya haiwan yang sudah dewasa dan sihat akan dilepaskan ke dalam hutan kembali. Maka we all batalkan niat bertemu orang utan. okay.. jom layan gmbo yer....







then we all meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju. Di separuh perjalanan ternampak signboard feri.. end up memang jalan terputus oleh sungai. Maka feri adalah pengangkutan utama untuk merentasi sungai Rambungan nie.








Bas dan lori juga bley naik feri nie




Setelah 2 jam perjalanan... akhirnya we all sampai ke Taman Negara Gunung Gading, Lundu.



Dalamnya terdapat 3 bilik berhawa dingin, ada ruang tamu dan dapur








perjalanan diteruskan untuk menjejak refflesia





Itu nama spesisnya. BAnyak spesis rupanya refflesia nie. FAkta menyatakan refflesia ini akan berada dalam kelopak selama 9 bulan {sama seperti membunting}. Hanya kembang untuk 7 hari dan kemudian akan layu mati. hmm. Allhamdullillah rezeki kami bertemu refflesia. Hajat mahu mandi sungai telah bertukar. Tak sia2 we all meredah perjalanan yang lama. hehe







Very excitin' trip terutamanya untuk para pencinta alam. hmm. Menghabiskan malam hari menghirup udara segar ditepi sungai di Waterfront. Good nite Kuching! Smile!
Seronoknya.. Busuk tak reflesia tu ?
ReplyDeleteKak Yan... tkde bau pun. ke hidung saya yang tersumbat? hehe.
ReplyDelete