Friday, November 12, 2010

* this SONG for YOU *

I'm here without you baby.. but your still on my lonely mind
And I think about you baby.. and I dream about you all the time
I'm here without you baby.. but your still with me in my dreams
And tonight..it's only you and me..

credit to mr photog for this natural piece!

Hobi saya suka mendengar lagu kerna ia bisa mententeramkan jiwa, merehatkan minda, menghiburkan hati malah menghilangkan bosan. Tidak kira apa sahaja genre, yang pasti lagunya nyaman liriknya bisa memupuk tenaga positif dalam diri. Dari lagu juga penulis dan penggubahnya berinspretasi. Setiap dari kita sebenarnya bisa menyanyi.. hanya nadanya sahaja berbeza...merdu atau sumbang ya? mungkin kita sendiri terkadang takut untuk mengeluarkan suara?

Jika saya bernyanyi, kata hubby Moose "Cie nie menyumbangkan lagu" kerna telinga lintahnya yang mungkin biasa dihidangkan dengan alunan yang lebih merdu dan berharmoni sejak kecil. Alhamdullillah beliau juga dikurniakan sedikit bakat bisa mengenalpasti ton suara yang berlainan bak setaraf guru vokal yang mengajar anak muridnya do re mi.

Tapi percayalah salah satu cara menghilangkan stress adalah dengan menyanyi.. Jika segan, menyanyilah sekuat2 hati semasa memandu atau bersendirian. Sedih atau gembira pastinya saya mempunyai lagu untuk dinyanyikan, kerna itu cara saya menghilangkan tekanan. Walaupun sumbang mambang, saya masih lagi bisa bernyanyi bersama insan terchenta. owh.. teringat pula "Lelaki Idaman" lagu yang menjadi detik2 saya mula2 berkenalan dengan jejaka SMS bertahi lalat di mata kiri yang kini merupakan mr photog tegar, teman dan suami terchenta.

Cuma bezanya jika zaman berchenta, purata sms adalah 100 sehari, bila berkawen purata grafnya menjunam sehingga 10 SMS sehari atau mungkin 1 sahaja? oppps!!! Apakah kita tiada lagi perkara yang mahu dibicara? atau saya juga sebenarnya sibuk sampaikan tak bisa menaip SMS sekerap zaman berchenta? hmm. Atau teknologi lain yang telah mengambil alih mood SMS? Sangat rindu zaman SMS itu! yang pasti saya akan menggunakan telefon yang memudahkan saya berSMS, sekurangnya jika berjauhan dengan hubby Moose lebih banyak SMS diterima berbanding hari biasa. {owh.. kena duduk jauh2 kot, baru dapat 100 SMS per day. ahaks. } Kerna itu saya lebih suka aura BERCHENTA!

4 comments:

  1. Salam Cyana...

    sudah berkahwin pun masih boleh terapkan 'aura bercinta' itu. Kakcik dengan Mr Bob pun ada masanya, bercerita macam dah lama tak berjumpa! padahal ke hulu ke hilir bersama. Cuma, kakcik memang tak suka bersms sebab penglihatan yang semakin kabur... :)

    ReplyDelete
  2. Slm kakcik..saya lg suka kalo berjauhan. bila pergi outstation tu mmg byk jek dpt SMS.. hehe. lately jek masing2 sibuk dgn lappy sendiri. huhu.

    ReplyDelete
  3. Untung zaman awak ada HP.. zaman akak dulu surat berkodi2.. tiap ari tulis..heee.. masih ada sampai sekarang for both of us

    ReplyDelete
  4. Kak yan, romantic gitu. tp zaman berchenta dulu tiap2 bulan buat kad.. hehe. dah kawen.. nk tulis kad besday pun last min baru beli. hiks.

    ReplyDelete