Kesempatan cuti diwali sabtu lalu, we all ke Pantai Batu Feringgi yang terkenal di kalangan pelancong jika berkunjung ke sana. Tapi 'port' yang we all singgah nie terletak di dalam kawasan Teluk Bahang. Sebenarnya jika ke arah pantai Batu Ferringhi, sepanjang jalan kelihatan sama.. mungkin anda tidak perasan...pantai yang boleh mandi manda bermula dari Tanjung Bungah, Batu Ferringi, Teluk Bahang, Pantai Keracut dan seterusnya ke arah pantai Balik Pulau. Memandangkan hari cuti umum, maka penuhlah pengunjung di sepanjang pantai. owh...Nevermind... janji pantai kan? hehe.
Actually aktiviti picnic dirancang oleh my brother Joe yang juga sekaligus menyambut belated birthday mrs Cyana, brother Joe, ABAH and my sister in law sista Shariffah. Ceria lagi dengan kehadiran lil' Aiman yang tak sabar2 mahu mandi laut. Ingat lagi, sewaktu kecil... jika mahu ke pantai Batu Ferringhi menaiki bas...maka DUA bas perlu ditukar ganti. Dan mungkin pabila dewasa.. kita jarang lagi mahu menghabiskan masa berkelah bersama keluarga. hmm. Untung juga bila ada anak2 kecil. Kerna mereka yang selalunya akan membuat kita kembali menghiasi diari berkeluarga. hmm.
back to my lil' story... MAMA yang bangun pagi masakkan ayam goreng dan ikan siakap 3 rasa. thank you MAMA {Adik bangun meratah ayam.. oppss!} Then we all bertolak jam 11 pagi dari rumah.. sampai di pantai waktu kemuncak tengahari.. grrrrr!!!! sunburn sudah pasti!



well..ini permandangan di siang hari





























{tapi sebab tak bawa baju...so layan main air jek la.. huhu}











Alhamdullillah, perkelahan yang menarik kerna bisa mandi air masin untuk menambah khasiat2 di kulit dan juga meneutralkan kembali dengan air tawar. Bestkan duduk di Penang. Anda hanya perlu round island untuk mendapatkan kedua2 sumber aslinya itu. Itu fakta yang menarik tentang Penang. Round Island adalah pergi dan pulang menggunakan jalan yang berbeza. Menarik lagi bila round island sambil bercuti dan meluangkan masa bersama keluarga adalah MASA yang paling berharga.
No comments:
Post a Comment