Alhamdullillah... dikala entry ini ditulis Tok BABA sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah 3 hari berada di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur kerana menjalani pembedahan di sebelah mata kiri dan mata kanan pula dilaser. hmm. Tok BABA ditahan sehari sebelum eidul adha..petang Selasa yang lalu. Yang sayu, sebaik keluar dari bilik pembedahan, Tok BABA menelefon hubby Moose atas bantuan cik misi untuk menanyakan keadaan Tok MAMI yang berada di rumah. hmm.
Pagi eid selepas solat, AYAH dan keluarga membawa Tok MAMI bersama beraya di hospital. Sebak juga bila memandang gmbo koleksi Ayah Ngah.. Tok MAMI dan Tok BABA berpegangan tangan, seorang di atas katil seorang di kerusi roda. hmm. SubhanaALLAH! Alangkah sucinya cinta mereka.. mekar! dan terus mekar!
Semalam selepas menghantar saya ke opis, hubby Moose sempat melawat Tok BABA. Alhamdullillah sudah dibenarkan pulang dan pastinya Tok BABA insan paling gembira bisa kembali bersama Tok MAMI.














owh.. mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI LELAKI kepada semua lelaki2 yang berada di sekeliling saya dan dimana jua anda berada. Special dedicated LURVE to hubby Moose, ABAH, AYAH, brother Joe, Tok BABA, Tok Kurus, brother in laws, cousins, jejaka GGO... brother Zizo, brother Nik, brother Didi and brother Adi, sahabat2 lelaki jauh dan dekat. ANDA tahu SIAPA anda! {nak tulis kalo mau panjang senarainya kerna kawan lelaki saya melebihi carta senarai kawan wanita.. ahaks!}
auww...terharu...brada Mahadi pon ado
ReplyDeletebrada yg tak tahan den dengar tu.. ahaks
ReplyDelete