Assalaam alaykom...cuti sekolah penggal terakhir sudah bermula. Bezanya pagi mungkin jalan lebih selesa, mungkin kerna kekurangan kereta yang bersesak. erm.. untuk hari pertama pagi tadi walaupun keluar rumah agak lewat pabila jarum menghampiri angka 7, namun masih sempat sampai ofis walaupun 2 minit lewat. oppss!!
Cuti sekolah pastinya membuat ibu bapa yang lebih sibuk untuk merangka cuti dan merancang aktiviti terbaik untuk anak2 dari membuang masa di rumah. Pelbagai juga program motivasi yang dianjurkan..mungkin mereka boleh mengisi masa lapang menyertainya.. tapi biarlah program yang bakal disertai kelak mendatangkan hasil. owh..berbalik ke cerita berkaitan tajuk iaitu hari2 bersama tren.. erm.. saya memilih untuk menaiki LRT dari Kelana Jaya menuju ke stesen KLCC sebelum walkaton selama 15 minit untuk sampai ke ofis. Mula terfikir dengan menaiki tren sekurangnya dapat senaman, dapat kurangkan berat badan yang semakin sihat mengembang nie.. namun jangkaan tak semestinya tepat. ahaks.
Lately terasa sakit2 di sendi lutut kiri. Setelah diteliti beberapa kebarangkalian, mungkin kerna tekanan di kaki yang berjalan dengan kadar yang laju, mungkin kerna kebelakangan ini juga banyak bermain bowlin'...mungkin tekniknya salah dan memberi tekanan kepada lutut juga, erm mungkin juga kerna kadang terpaksa berdiri untuk setengah jam di dalam tren, mungkin kerna banyak minum ais yang kurang baik untuk kesihatan sendi.. opppss! or mungkin kerna penambahan berat badan mendadak yang tak lagi mampu menampung berat berlebihan. hmm. {rasa seperti faktor terakhir yang paling tepat kott.. ahaks}
dan memandangkan hari ini pulang agak lewat.. maka terpaksa juga berdiri seperti biasa. Dan kesannya amatlah terasa penat dan tak terdaya rasanya mahu mendaki tangga. huhu.












lihat kereta2 di bawah tu...yang itu additional carpark untuk option ketiga. Bayaran tetap sama iaitu RM3 sekali masuk


p/s: Hanyut dan Cinta Sempurna masuk final Muzik2.. hiks.
No comments:
Post a Comment