Wednesday, December 21, 2011

* santai day *

Assalaam alaykom... gembira hati pabila sehari tanpa kerja!!! no-Yahoo.com! ahaks! Kesempatan bercuti isnin yang lalu dihabiskan masa bersama insan terchenta. Seketika lapang dada setelah Big Family Event sudah selesai... owh, banyak kerja masih menanti. Kerja tidak akan habis bukan? hehe. So apa lagi melayan hobi insan terchenta iaitu menonton wayang. Entah kenapa sebenarnya kurang masa duduk di rumah melayan DVD, maka untuk memastikan mata2 betul2 menghayati filem... haruslah ke panggung wayang ataupun melayan wayang semasa bersantai dalam bas Five Star. ahaks!

owh... sebelum layan movie, layan makan dulu. hiks. Bersama hubby Moose ke shoppin' mall yang baru Space8 di Jalan menuju Bukit Jelutung Shah Alam. Shoppin' mall beteraskan Green ini baru saja dibuka malah banyak lagi kedai2 yang belum dibuka. Kerna ada MBO kesukaan hubby Moose maka sampailah kami ke sana untuk menonton cerita Melayu ter-hot di Malaysia kini iaitu Ombak Rindu. Secara keseluruhannya, saya memberi rating 3.5/5 dan tanpa dipengaruhi dengan cerita asal dari novelnya. {kalo baca novel mungkin lebih syahdu.. ahaks}

Jalan ceritanya menarik walaupun menyaksikan betapa pasrahnya cik heroin menempuhi jalan kehidupannya di samping hero yang gagah perkasa dan sempurna fizikalnya. Cuma saya kurang enak dengan pakaian cik heroin yang memegang watak gadis kampung memakai hijab. Cantik bila dikenakan hijab tetapi hijabnya kadang jarang begitu juga bajunya. Seolah2 pereka kostum tidak mengambil berat hal ini.. hijab juga kelihatan mempunyai garisan seakan lupa mahu digosok.hehe. Yang lain menarik dengan kediaman yang sejuk mata memandang ombak.

sebelum nonton wayang, mari layan nasi ulam with tempoyak
asam pedas dengan telur masin... nyum!
menjamu selera di foodcourt Space8
my insan terchenta... penghibur hati dikala duka... peneman gaduh2 manja. ahaks.

lagu dan bait2 lirik yang bisa menitiskan air mata..hmm.

"Tuhan tolong lembutkan hati dia, Untuk terima ku seadanya, Kerna ku tak
sanggup, Kerna ku tak mampu, Hidup tanpa dia di sisi ku".

Semoga kami terus berkekalan selamanya. Ameen.

* Program Selangkah ke Sekolah *

Date: 21st December 2011
Location: Aras 3, Menara HLA Kuala Lumpur

Assalaam alaykom... sekali lagi program tahunan yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian beg sekolah kepada anak2 ahli KBM yang akan melangkah ke tahun satu. Program Selangkah ke Sekolah anjuran KBM Ibu Pejabat yang mana tahun ini mendapat sumbangan daripada KBM Pusat, maka semua cawangan juga akan meraikan program ini seumpamanya.

Program Selangkah ke Sekolah yang dikendalikan oleh Biro Pendidikan & Latihan menyaksikan penyampaian beg sekolah dan voucher membeli kasut sekolah dan menyampaikan hadiah kecemerlangan kepada anak2 yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR. Gembiranya bila melihat anak2 datang bersama2 dengan ibu bapa dan tersenyum pabila mendapat hadiah. hehe.

the room

beg2 yang sedang menanti tuan empunya
Majlis dimulakan dengan kata aluan dari Naib YDP KBM HQ
mr Presiden turut hadir memeriahkan majlis

penyampaian beg sekolah

penyampaian hadiah kecemerlangan

miss Tender and mrs Tender in pose! my new partner.. miss Izzati
tender ladies in pose too...{eh eh.. macam sama citarasa hari ini, sentuhan kuning! haha}

bergambar kenangan sebelum bersurai. Selamat melangkah ke alam persekolahan. Rindu pula zaman sekolah beruniform putih biru. hiks.

* mrs Fatimah's farewell *

Assalaam alaykom...dalam kesibukan menjelang hujung tahun, tanpa sedar banyak peristiwa berlaku dalam Bahagian tempat dimana saya bekerja. Penutup tahun merumuskan kami menerima beberapa orang staf baru namun staf lama pelbagai cerita juga. Ada yang jatuh sakit, ada yang akan bersara wajib dan ada juga yang telah pergi menyambut seruan Illahi. Yang masih ada akan terus menjalankan tugas seperti biasa. Berada dalam sebuah keluarga yang besar banyak juga karenahnya. Rutinnya saya lebih sibuk dengan tugasan tender, dan saya akui juga tidak begitu rapat dengan staf yang lain, mungkin kerna pencaturan masa kerja saya sedikit berbeza. Biasanya sepanjang hari di dalam bilik mesyuarat tender ataupun di dalam bilik kaca tender. owh.. kini sedikit lega bila mendapat seorang pembantu secara tetap. Sekurangnya saya mempunyai rakan tender. hahaha.
Kali ini gilaran mrs Fatimah yang akan bersara wajib. Di aras saya sahaja tiga orang bakal bersara wajib menjelang Januari. Bila ditanya mereka... bilangan tahun perkhidmatan adalah 30 tahun dan ke atas.. hmm. Bisakah saya terus bertahan seperti mereka? Saya sedikit optimis! hmm. Darah muda juga seakan menyuntik untuk mengejar jawatan dunia. Kerna apa ya? Dengan jawatan dengan gelaran mungkin bisa menempatkan kedudukan di tempat tinggi.. atau dengan kesungguhan dan komited terhadap kerja tanpa mengharap apa2? Sukar bukan. Saya berdoa agar dapat menabur bakti selagi terdaya, selagi diperlukan atau sehinggalah bersara wajib seperti mereka.
Majlis perpisahan diadakan di ruang pejabat dengan masakan 'potluck' oleh staf yang sememangnya berstatus tukang masak. hehe. Sooo... tugas kami makan sahaja. ahaks.

ceria
harmoni

mr Serituah in action

mr Bob in action too... hiks

mr Big Boss dengan pembantu barunya

mrs Fatimah yang telah berkhidmat 33 tahun
mrs Saadiah yang telah berkhidmat 30 tahun dengan rekod kedatangan punctual setiap hari
Cenderahati kenangan buat mrs Fatimah. Kini mrs Fatimah akan sepenuh masa menjalankan perniagaan ikan kelinya di Rawang. Semoga mrs Fatimah terus diberi rezeki dan di anugerahkan i kesihatan yng baik dan bahagia di samping keluarga tercinta. Selamat Bersara.

* the end-year HUNTERS *

Another Big Program Coming UP!!!

Poster designed by mr Zaharrudin

Pencarian Khazanah BERNAS 2011 yang akan berlangsung pada 23-24 Disember 2011, journey akan bermula dari KBB Paya Keladi ke Hotel Brasmana Kuala Perlis melalui beberapa KBB yang terdapat di negeri Kedah dan berakhir di KBB Kuala Perlis. Program ini anjuran Biro Sukan & Rekreasi KBM Pusat dengan Kerjasama Unit ER dan KBM Cawangan Perlis.

Selaku salah seorang barisan urusetia, mrs Cyana sedang sibuk menyiapkan persiapan fasa akhir seperti follow-up sponsor, email makluman kepada semua peserta, membantu penyediaan hadiah dan juga mengendalikan majlis makan program. hmm. YA ALLAH!! berilah hambamu ini sedikit kekuatan untuk menyumbang tenaga yang ada dan permudahkan segala urusan kami.

Teruja kerna mahu pulang ke kampung halaman selepas selesai program nanti. hehe. {owh.. lega kerna progra terakhir buat tahun 2011, selepas itu report tender menanti.. grr}. Walaupun bakal berpisah dengan hubby Moose seketika, demi tuntutan tugas mrs Moose akan berada di Kuala Perlis, mr Cyana pula akan berada di Penang ... semoga ALLAH terus memelihara kami seadanya. Ameen.