Friday, March 20, 2015

* Thanksgiving Ceremony | Lil' Emir *

Date: 15th March 2015
Location: Bayan Baru, Penang

Assalaam alaykom... Alhamdullillah rezeki untuk lil' Emir yang berkesempatan bertemu dengan ahli keluarga dan rakan taulan di Pulau Pinang semasa pulang bercuti di sana. Memandangkan musim cuti sekolah telah bermula, maka keluarga di kampung halaman mengadakan Majlis Kesyukuran kecil-kecilan bagi meraikan kepulangan lil' Emir selain sesi memperkenalkannya kepada orang kampung. hiks. 

Terima kasih buat MAMA & brother Joe yang bertungkus lumus menyediakan juadah makanan. Bertemu kenalan lama adalah saat yang paling menggembirakan saya kerna bisa mengungkap kenangan zaman remaja dan kini semuanya masing-masing mempunyai keluarga malah kami sering kali berkongsi cerita dan pengalaman. owh.. memandangkan hubby Moose juga sibuk melayan tetamu sambil membakar sate dan jagung, maka semua gambo adalah hasil koleksi mr iP5. Jom layan gambo ya.. smile!

 lil' Emir in pose


simple decoration for lil' Emir

my lil' Emir OOTD.
erm sedang pose...ehh... sambung tidur rupanya. hiks


mrs Cyana's OOTD 


makanan yang disediakan

 peneman setia lil' Emir


lil' Aiman yang tidak akan melepaskan peluang bermain dengan lil' Emir


selfie tyme

 lil' Emir mendapat layanan ibu segera... ahaks!

 sahabat-sahabat dari zaman remaja di kampung halaman

 seronok ada ramai ibu segera.. hehe

 pose for camera

 pose again before pulang

 from left... Kak Ros, Kak Rose& Lil' Adam, Adik a.k.a Me, Kak Ina & Lili' Lala and Kak Ani

last but not least... with my lil' Emir ketika masuk hari berpantang ke 33. Smile!

Terima kasih kepada semua yang berkunjung dan meluangkan masa menziarah kami sekeluarga. Hope to see you all again. InshaAllah. 

Saturday, February 21, 2015

* Emir's Portraits | 11 days *

Assalaam alaykom... let me share some of Emir's portraits yang sempat dirakam oleh hubby Moose. Kelihatannya agak mudah bukan namun sepanjang pengalaman merakam gambo, rasanya potret bayi adalah sangat mencabar kerna perlu menunggu saatnya tidur namun cepat pula menangis jika tidak selesa. owh.. pastinya saya sentiasa berangan mahu pose yang bermacam gaya, tetapi apabila melalui proses 'Photoshoot' lil' Emir nampaknya Insan Terchenta lebih tinggi kesabarannya. ahaks. 

Anyway... sekadar menggunakan peralatan sedaia ada maka terhasilkan potret kenangan buat lil' Emir ketika usianya 11 hari. Lucky me Insan Terchenta mahu juga melayan permintaan saya. Happy me!!! 

Presenting lil' EmirMoose in action!!!

 my lil' Emir and his first shoes! 


sleepin' Emir!

his usual hand gesture style sejak dari dalam kandungan lagi. 

Keep du'a for lil' Emir yang akan pulang ke Utara esok hari untuk menghabiskan cuti Umy. Smile! 

* Tahneek | Emir Al-Qays *

Date: 14th February 2015
Location: Baitul Ar-Rahmah, Shah Alam

Assalaam alaykom...  a quick update and photo sharing sempena majlis Tahneek anakanda Emir Al-Qays yang diadakan secara kecilan di kediaman kami. Tahneek adalah majlis yang diadakan pada hari ketujuh kelahiran atau dikenali juga dengan nama 'Majlis Belah Mulut" iaitu memberi bayi merasa kurma atau madu disusuli dengan air zam-zam dan bacaan doa serta selawat. Semasa tahneek juga bayi akan dimaklumkan namanya. 

Alhamdullillah majlis berjalan lancar dan kebetulan hari ketujuh lil' Emir jatuh pada hari Sabtu. Jemputan juga hanya dibuat melalui What's App kepada ahli keluarga dan sahabat handai. Selepas Isya, majlis dimulakan dengan solat jemaah dan kemudiannya tahneek untuk lil' Emir. Jamuan makanan disajikan oleh chef Amirol iaitu sepupu di sebelah hubby Moose yang terkenal dengan menu nasi arab. Alhamdullillah.. syukur majlis meriah dengan kehadiran tetamu yang meraikan lil' Emir. Yang pasti saya paling gembira kerna sempat menyiapkan hiasan untuk lil' Emir. Thank you ALLAH swt yang memberi keizinan dan kekuatan untuk saya bekerja seperti biasa dan lil' Emir juga seakan memahami majlis untuknya.... sangat baik dan tidak meragam sepanjang hari. Smile. 

Some pics by mr iP5 and credit to mr Nurifin for the piccas.  

my lil' Emir

the instant invitation card by sista Yaya from Parteesandsuch

the early preparation items by me

setup tyme.. yes DO IT YOURSELF!!!! 

the gift from Parteesandsuch 

the decoration by mrs Cyanamoose.. wink!

DIY... menggunakan barangan yang sedia ada. 
owh... btw the photo frames disiapkan sepanjang bulan kehamilan

lil' Emir sedang mencuba Moses basket yang disediakan untuk majlis tahneek. 

my simple DIY decoration for lil' Emir

the food setup

terima kasih semua yang memberi hadiah kepada lil' Emir

the book from Jiddy & Jiddah

majlis tahneek bermula selepas solat jemaah Isya'

hubby Moose mengazankan panggilan solat

the lovely moment!!!!! 

tahneek dilaksanakan oleh AYAH a.k.a Jiddy

Jiddy menyuapkan kurma dan air zam-zam 

 

doa buat lil' Emir

ABAH juga turut hadir memeriahkan majlis

hubby Moose memperkenalkan lil' Emir kepada ahli keluarga

bersama keluarga tercinta


bersama ABAH, MAMA & brother Joe yang datang dari Penang meraikan lil' Emir




with the Wayfarers family

with 3Gs friends yang turut hadir memeriahkan majlis

selfie groupies tyme

with Geng Makan... mrs Julia and miss Dila


posin' tyme without failed.. ahaks!

the mata style a.k.a mrs Cyana pose!

 the captain style a.k.a mrs Zaty pose!

 the Yes Style a.k.a mrs Julia pose!

lil' Emir with Umy's bestfriend... aunty Amilia

with miss Kantan rakan sepanjang tahun perkahwinan.. peace yo!

Umy with lil' Emir yang tidur sepanjang majlis

sesi berehat di luar rumah

pose sebelum bersurai bersama ahli keluarga

love and kiss for OUR lil' Emir!!!! 

Thanks to ALL yang secara langsung dan tidak langsung membantu menjayakan majlis. Terima kasih kepada semua yang hadir dan maafkan kami jika ada kekurangan atau tersalah kata sepanjang majlis. Doakan lil' Emir menjadi anak yang soleh dan diberi kesihatan yang baik. Ameen.

Love you all for the sake of Allah subhanu wa ta'ala. 

Tuesday, February 17, 2015

* OUR Son | Lil' Emir Al Qays*

"Assalam alaykom... Alhmadulillah, by the mercy and Qudrat and Allah subhanawatala - We are blessed with a baby boy on Feb 8th at about 7:28am. He is 3.1kg and 50cm inlong. We both are doing good . 

Jazakallahu khairan for the duas. Request for more duas for the baby's success in this world and hereafter.

Welcome Lil'One. We are truly blessed to have a new addition to our beautiful family."

Luv, 
Cyana


 my lovely Lil' One

Alhamdullilah... Syukur ke hadratNYA diberi keizinan untuk melengkapkan diri sebagai seorang wanita bergelar Umy. Bersyukur kerna dapat melahir dan menyentuh seorang bayi comel yang diberi nama Emir Al Qays bin Mus'ab Al Khair. Setiap detik itu sangat jelas terasa kerna saya melalui kesakitan 12 jam pertama sebelum memasuki Bilik Bersalin. Kemudian bertarung kesakitan sepanjang 6 jam dan akhirnya selepas kedengaran azan subuh, saya dimasukkan ke Bilik Pembedahan untuk meneruskan perjuangan menyelamatkan lil' One. Subhanallah tak dapat digambar dengan kata-kata namun benar seperti kata suara tangisan lil' One bisa mententeramkan jiwa. Tepat jam 7.28 pagi, Doktor Asmah di SALAM Specialist Medical Hospital menyambut lil' One dan hanya pada jam 9.00 pagi saya bertemu mata kembali dengan Insan Terchenta. 

Setelah enam tahun menanti, perasaan bercampur baur kegembiraan yang tidak bisa dihuraikan dan menanti lil' One kembali ke pangkuan amatlah mendebarkan kerna ketika itu badan masih lagi separuh kebas. Namun saya gagahi jua untuk memeluk  dan menyusu lil' One yang mana semua itu adalah pengalaman baru buat diri saya sendiri. Alhamdullillah sekali lagi diberi IzinNYA untuk menyusu lil' One, maka bermula episod breastfeeding a.k.a BF yang mana saya mahu memastikan lil' One diberi khasiat dan kesihatan sebaiknya. 

Benar kata kekuatan diri itu akan terbentuk sendirinya. Minda kena kuat, hati perlu cekal. Jauhkan rasa sakit dan yakin mampu... InshaAllah anda akan diberi kekuatan setimpalnya. Bohong jika saya kata tidak berasa sakit kerna saya melalui kedua-dua nikmat cara bersalin iaitu Normal dan Caeserean. Saya sendiri menanam semangat mahu melahirkan lil' One secara Normal namun diberi ketentuan untuk menjalani Caeserean dek kerna lil' One lebih besar saiznya untuk saya. Apapun saya tetap bersyukur diatas nikmat diberiNYA.... tidak khuatir bagaimana namun para ibu harus kuat kerna percayalah minda yang mengawal tubuh kita. 

lil' One a.k.a Bebird a.k.a Emir yang akan menjadi nama hariannya. We are so lucky to have you baby Emir. Aby and Umy love you so much!!!!