Showing posts with label emirmoose. Show all posts
Showing posts with label emirmoose. Show all posts

Monday, December 9, 2019

* Our Memoir | Syawwal 1440H *

Assalam alaykom... sorry for late posting, but better late than never. hiks! Cerita kenangan Eid Mubarak 1440H bersaman tahun Masihi 2019 yang baru sempat mahu diabadikan di blog kesayangan (yang kini telah masuk ke bulan akhir tahun 2019.. opps!!). So, layan gambo sahaja sambil bercerita kerna masih banyak pending entry dan gambar yang tersimpan tanpa penceritaan untuk dijadikan kenangan serta rujukan pada masa hadapan. InshaAllah.


1 Syawwal 1440H jatuh pada 5hb Jun 2019, diringkaskan cerita suspen pada pagi sebelum raya iaitu pada 4hb Jun 2019, flight sepatutnya jam 7.00 pagi tetapi Malindo Air tidak membenarkan saya menaiki pesawat kerna surat kebenaran yang dikeluarkan doktor melebihi tempoh 7 hari penerbangan (surat saya ketika itu 10 hari penerbangan), so terpaksa burnt ticket, pergi semula ke klinik untuk mendapatkan surat terkini dan membeli tiket baru. Cabaran ketika itu saya hamil 34 minggu dan terpaksa pulang ke kampung halaman bersama anak-anak kerna hubby Moose perlu bertugas di pagi Syawwal. Sedikit pengorbanan kecil buat keluarga demi melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga besar Wayfarers. Kemudian dek kerna terlewat atas sebab kesilapan ke Terminal KLIA 2 yang mana sepatutnya Terminal KLIA 1, sekali lagi saya kami bertiga bergelut dengan kekalutan masa-masa akhir dan berlarian untuk menaiki pesawat. Masuk sahaja ke dalam pesawat saya terus berlinangan air mata.... kerna penat dan perasaan ketika itu bercampur-baur, bayangkan jika saya tidak dapat menaiki pesawat tersebut maka kami akan mengecewakan keluarga di Penang yang setia menanti kepulangan keluarga kecil kami. Seterusnya cabaran mendukung lil' Eijaz dan menyorong lil' Emir di airport pada tengah malam kerna mereka ketiduran.. huhu. (oh.. saya memang akan sedaya upaya buat sendiri tanpa mahu menyusahkan orang sekeliling kecuali jika ada yang menyapa dan sendiri membantu.. :)). Dan kenangan kami tahun ini beraya tanpa baju raya kerna beg pakaian semuanya tidak dapat 'check-in' bersama maka kami perlu tunggu keesokan hari untuk hubby Moose membawa pulang beg pakaian. hmm..

lil' EAQ yang sempat bermain bunga api pada malam raya di kediaman Jiddy & Jiddah

 pagi raya masih memakai pakaian yang sama

 juadah raya di kediaman MAMA
 facetime Raya bersama hubby Moose

 my lil' EAQ bergambar di hadapan dewan majlis persandingan Umy dan Aby

 subuh di atas awan... perjalanan pulang ke Kuala Lumpur


my lil' supporters

 pagi raya ketiga di KLIA 

 Raya ketiga di Putrajaya

 lil' Emir & lil' Eijaz dalam persalinan biru (lagi biru... ahaks)


lil' Emir & lil' Sum

 teruja melihat kura-kura

 setup meja untuk sesi makan bersama keluarga

 #cyanaootd in batik

 Wayfarers Family @ Raya 2019


oh.. my two lil' kiddo

 Raya keempat dengan tema batik. Ready untuk menziarahi ahli keluarga

okay sedikit mengenai cerita preparation Syawwal yang mana pasti setiap ibu bapa mahu menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. So, saya juga tidak berkecuali dan shoppin' adalah aktiviti kegemaran selain window shoppin'... oppss! Kebiasaan saya akan survey dua tiga kedai sebelum membuat pilihan tak seperti hubby Moose yang lebih kepada one-shop-centre. hiks! 

 Ikea juga antara tempat favourite-to-pose!!! yang ini MUST-POSE spot! ahaks!

 dapat pokok pun dah happy. hiks. tahun ini list to buy lebih kepada barangan rumah dan pinggan mangkuk... (macam la ade orang nak datang beraya. hehe)

sesi fittin' baju yang kebetulan baju saya beli awal untuk AGM KBM dan terus cari baju tema batik yang hampir sama untuk keluarga (Umy berkorban catu baju demi anak-anak.. hehe)

 sesi test biskut raya (pastinya sebelum bulan Ramadhan)


akhirnya biskut raya hampir 80% coklat mengikut selera tekak puan rumah


bisku raya pertama kali dihidangkan di Teratak Cyanamoose

Alhamdullillah rezeki tahun ini beraya di kediaman sendiri

 sesi teman hubby Moose shoppin'

 nampaknya lelaki lebih meriah sekali memborong penuh troli.. hmm..


sesi test kasut untuk lil' Eijaz dan Umy pulak yang over terus beli kerna tema dinasour

 baju raya lil' Emir dan lil' Eijaz

 koleksi kasut anakanda EAQ

gembira tahun ini lil' Emir dapat jalan-jalan bersama Kakak Sum yang pulang menyambut Ramadhan dan Syawwal di Malaysia
 lil' kiddo sempat bermain sementara menunggu ibu-ibu shoppin'

Family of Four. InshaAllah tahun hadapan bakal tambah lagi seorang hero dan pasti Umy yang akan pening untuk mengatur persiapan baju dan kasut anakanda EAQ. Alhamdullillah... rezeki kami menyambut Syawwal bersama kedua-dua keluarga pada tahun ini. 


Thursday, December 20, 2018

* Lil' Emir && Sis Sum *

Assalam alaykom... gambar kenangan lil' Emir dan kakak susuannya lil' Sumayyah yang membesar bersama dan kini lil' Sumayyah berada di kampung halaman di Connecticut, Amerika. Untuk catatan lil' Sumayyah bersama keluarganya pulang untuk menetap di sana sejak Mac 2018 dan baru sahaja mendapat seorang adik lelaki pada bulan November yang lalu bernama Yusof Enrico. Lil' Emir sentiasa bertanyakan kak Sum yang merupakan teman sepermainan, teman shopping, teman gaduh dan teman panjat memanjat. Lil' Emir juga gemar bermain masak-masak bersama.. tidak hairan kenapa lil' Emir sangat suka menjadi chef di rumah. 

Beberapa gambar kenangan sepanjang lil' Sumayyah berada di Malaysia bersama adik susuannya lil' Emir. 



 lil' Emir yang bermain masak-masak dengan kak Sum

 lil' Emir ketika berumur 8 bulan, beza umur hanya 5 bulan

so cute together!

kak Sum yang hadir ke birthday Emir di taska ketika menyambut ulang tahun kelahiran ketiga tahun

 lil' Emir menyambut birthday kak Sum yang keempat tahun

last picture together sebelum kak Sum berangkat pulang ke Amerika. 

Miss them do much! LOVE!

Monday, August 13, 2018

* the Mickey Moose's theme | EAQ Birthday Bash 2018 *

Assalam alaykom... cerita mengenai tema Mickey Mouse untuk EAQ Birthday Bash dengan tema Orange dan Rose Gold. Pemilihan tema Mickey dibuat setelah shortlisted beberapa tema iaitu Mickey and Donald, Minions atau Pooh the Bear. Persiapan dibuat sebulan setengah lebih awal kerana kebanyakan barangan hiasan dan goodies dibeli online. Maka apabila memilih tema Mickey, banyak pula barangan yang cute. Apa yang perlu survey, click and pay. hehe. Menariknya pasti menjadi kebanggaan saya kerna idea dekorasi dan semuanya disediakan oleh saya sendiri walaupun terpaksa bertungkus-lumus berperang dengan masa. Selebihnya ada barangan yang dibeli di shopping mall berdekatan bak kata asyik window shopping sebelum benar-benar membeli. hiks!

Jom tengok hiasan dan hasil untuk EAQ Birthday Bash dengan sedikit kreativiti dan usaha Umy untuk anakanda EAQ berdua. 

the main table for birthday boys and kids

kek dan belon ditempah dari Majhlis. Sepatutnya kek berwarna hitam merah namun dek kerna kedai printing kek cuti panjang sempena PRU14, maka terhasil kek berwarna tema rose gold. lucky me sudah menyediakan figura Mickey untuk dijadikan cake topper. 

headband, goodies dan set pinggan Mickey untuk rakan-rakan EAQ

centerpiece menggunakan bunga kuning dan lemon. 
(lemon tak sempat potong lebih banyak.. huhu)

the Mickey EAQ cake

cake topper ditempah khas dan figura dibeli di Subang Parade

the red velvet cake yang sedap

table poster ditempah dari Parteeandsuch 

candy table by Umy Cyana

dua patung Mickey berlainan saiz sebagai simbolik anakanda EAQ

another cake topper by Parteeandsuch

coklat favourite Umy

cream puff 

chicken pie yang sedap

triffle desserts

Minnie headband untuk Umy.. hiks

and last but not least, baju Mickey EAQ dari H&M Kids dan seluar merah dari Mothercare. Alhamdullilah gembira hati saya dapat menyediakan majlis seperti yang dirancang. Walaupun penat namun ianya berbaloi dengan air tangan sendiri. owh.. sambungan kisah persiapan pastinya di entry yang akan datang. InshaAllah. 

more pictures and story at Cyanamoose Instagram 


#emireijazbirthday #emirsjourney #eijazsjourney