Showing posts with label kelabbernasmalaysia. Show all posts
Showing posts with label kelabbernasmalaysia. Show all posts

Wednesday, May 8, 2019

* Memoir with Kelab Bernas Malaysia *

Assalaam alaykom... Salam Ramadhan Al Mubarak. 

{Memoir 2009-2019 @kelabbernasmalaysia}.
.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera, 

Saya ingin mengumumkan pelepasan jawatan saya sebagai Setiausaha Agung @kelabbernasmalaysia berkuatkuasa mulai 1 Mei 2019. .

.
Saya ingin memohon maaf daripada semua atas apa jua kekasaran dan salah laku/tutur kata serta halalkan makan/minum saya. .
.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama semua sepanjang 10 tahun perkhidmatan saya dengan @kelabbernasmalaysia . Semoga KBM akan terus progresif dan berkembang maju disamping menjaga pelbagai faedah kepada ahli-ahlinya. 
Salam Ramadhan AlMubarak.. .🌻Sharna Shaari
Mantan Setiausaha Agung
Kelab Bernas Malaysia



Merujuk postin' rasmi di media sosial dan untuk tujuan rekod kenangan di blog kesayangan seperti mana sayangnya saya dengan Kelab Bernas Malaysia @ KBM yang telah menjadi sebahagian dari rutin kerja saya sepanjang 10 tahun yang lalu. Benar berat hati mahu meninggalkan KBM namun saya harus memilih untuk memberi lebih perhatian kepada keluarga terchenta memandangkan saya bakal menimang cahayamata yang ketiga pada Julai tahun ini, InshaAllah. 

Bulan Mei 2019 pastinya mencatat sejarah dalam diari saya apabila melepaskan jawatan Setiausaha Agung yang sebati dengan jiwa. hiks. Sedikit catatan sejarah tentang perjalanan saya dalam KBM. Saya mula menceburi program KBM pada tahun 2009 sebagai Pengacara Majlis a.k.a emcee program futsal KBM Cawangan HQ. Itulah hari pertama saya berkecimpung menjadi emcee dan Alhamdullillah bakat itu terus digilap walaupun sebenarnya darah gemuruh pasti akan terasa setiap kali ditugaskan sebagai emcee. Terima kasih kepada rakan kerja Allahyarham Fahrul Redha yang ketika itu salah seorang AJK KBM HQ yang membuka ruang dan mengenalpasti bakat terpendam saya. hehe. 

Kemudian pada tahun 2019, saya dilantik menjadi AJK KBM HQ untuk menggantikan salah seorang ahli yang bersara. Saya bertugas sebagai Biro Wanita & Ekonomi dan masih segar ingatan saya menganjurkan program jahitan yang mana melalui program tersebut ramai juga yang pandai menjahit baju sendiri. Kemudian saya dilantik menjadi AJK Biro Sukan & Rekreasi KBM HQ pada tahun 2011 sehingga 2013 dan berjaya menjalankan 23 jenis program sukan dan rekreasi. Pada tahun 2012,  saya dilantik sebagai Setiausaha Kerja menggantikan salah seorang staf ER yang bersara ketika itu. Sejak penubuhan KBM, organisasi KBM Pusat diterajui oleh staf ER kecuali 10 jawatan Ahli yang terdiri daripada 10 YDP KBM Cawangan. Memandangkan saya sering menjadi emcee program dan membantu KBM, nama saya dicadangkan untuk menjadi AJK Biasa di peringkat KBM Pusat. Terima kasih kepada Encik Mustapha Jaini a.k.a Abang Bob yang mencadangkan nama saya untuk bergandingan bekerja bersamanya. Perkara utama yang saya teliti adalah Buku Perlembagaan KBM dan menyemak semula klausa serta membuat cadangan baru untuk tujuan penambaikan KBM serta membetulkan perkara prinsip dan tatacara mengikut Perlembagaan. Selain itu cabaran utama saya mengumpul kembali semua maklumat memandangkan serahan tugas tanpa sebarang rekod dan fail 

Alhamdullillah pada tahun 2016, saya dilantik menjadi Setiausaha Agung menggantikan Pengurus Kanan yang bersara VSS. Pastinya ianya tercatat dalam sejarah kerna saya telah memecahkan tradisi memegang jawatan Setiausaha Agung kerna tradisinya jawatan tersebut khas kepada pegawai atasan sahaja. Satu kejayaan untuk kaum wanita juga yang memecah tradisi dan membuktikan yang wanita bisa setanding untuk bergerak maju dan progresif. Allah'akbar!!!

Antara penglibatan program peringkat KBM Pusat yang telah saya sertai sebagai program koordinator, AJK Kerja dan emcee adalah seperti berikut: 

1. Mesyuarat Agung Dwi Tahunan ke-8 Kelab Bernas Malaysia, Hotel Brasmana Kuala Perlis, Perlis.

2. Mesyuarat Agung Dwi tahunan Kelab Bernas Malaysia ke-9 dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Koperasi Kakitangan BERNAS ke-18 , Mahkota Hotel, Melaka.
3.  Mesyuarat Agung Dwi tahunan Kelab Bernas Malaysia ke-10 dan Mesyuarat Agung Dwi Tahunan Koperasi Kakitangan BERNAS ke-20, Holiday Inn Hotel, Pulau Pinang.
4.   Mesyuarat Agung Khas Kelab Bernas Malaysia, De Baron Resort Pulau Langkawi, Kedah.
5.  Mesyuarat Agung Tahunan ke-12 Kelab Bernas Malaysia, Best Western ICity Hotel Shah Alam, Selangor.
6.  Mesyuarat Agung Tahunan ke-13 Kelab Bernas Malaysia, Flamingo Hotel, Pulau Pinang.
7. Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 Kelab Bernas Malaysia, Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Selangor.
8.  Pertandingan Futsal Piala Pengarah Urusan BERNAS kali ke 4, Kuching Sarawak.
9.  Pertandingan Futsal Piala Pengarah Urusan BERNAS kali ke 5, Kota Kinabalu Sabah.
10.Pertandingan Futsal Piala Pengarah Urusan BERNAS kali ke 7, Safira Sport Planet, Seberang Jaya Pulau Pinang.
Futsal Piala Pengarah Urusan BERNAS kali ke 9, De Baron Futsal Court, Pulau Langkawi, Kedah.
12.   Kejohanan Futsal kali ke-10 Piala Ketua Pegawai Eksekutif Bernas.
13. .  Pencarian Khazanah Bernas ke-3 (2010), Kuala Lumpur - Cherating Pahang
14.   Pencarian Khazanah Bernas ke-4 (2011), Pulau Pinang-Kuala Perlis, Perlis.
15.   Pencarian Khazanah BERNAS ke-5 (2016), Selangor-Pangkor, Perak.
16.   Majlis Tilawah AlQuran, Kedah.
17.   Pertandingan Nasyid BERNAS 2013, PCB Resort, Kelantan.
18.   Festival Nasyid BERNAS Peringkat Kebangsaan 2015, Hotel Grand Alora Alor Setar Kedah.
19.   Program Hari Wanita BERNAS 2013, Harvard Suasana Hotel, Bedong Gurun Kedah.
20.   Program Hari Wanita BERNAS 2014, KUIS Bangi.
21.   Hari Wanita BERNAS 2016, Intekma Resort & Convention Shah Alam.
22.   Kejohanan Boling BERNAS Piala Presiden KBM 2013, Melaka International Bowling Center, Ayer Keroh Melaka.
23.   Rice Warrior Challenge & 4KM Glenmarie Morning Walk, Glenmarie Shah Alam Selangor.
24.   Rice Warrior Challenge 2018 & 2.5KM Morning Fun Walk, Darulaman Park, Jitra Kedah.
25.   Bernas Got Talent 2018. 

okay jom layan antara gambo yang sempat dikumpul bagi tujuan posting kenangan ini. 

Program pertama Boling KBM HQ sebagai emcee dan pemain, Ketika ini saya mendapat tempat ketiga dan bermulanya profesion saya sebagai Bowler. ahaks. 

Team partner saya Mr Serituah yang mana kami sama-sama bertugas sebagai AJK KBM HQ dan seterusnya membantu saya sebagai Setiausaha Kerja di KBM Pusat. Big thanks to Abam Ariff yang banyak memberi tunjuk ajar dan membantu saya sepanjang perkhidmatan kita dalam KBM. Beliau bukan sahaja membantu di lokasi malah akan menjaga anak-anak saya ketika bermesyuarat di lokasi. hiks. Terima kasih juga kepada his wifey Mrs Shida yang pernah menjaga lil' Emir ketika AGM di Pulau Pinang. 


AJK Kerja Treasure Hunt di Cherating, antara program yang mencatat sejarah kerna KBM perlu menyewa lori untuk membawa hadiah-hadiah ke Cherating. 


Ketika ini saya juga bertugas sebagai co-emcee lucky draw


Pertama kali menjadi Perwakilan dan bertugas sebagai emcee di AGM KBM di Kuala Perlis berganding bahu bersama emcee dari Koperasi Bernas

  emcee untuk program treasure hunt dari KBB Paya Keladi ke Kuala Perlis


menghadiri Majlis Tilawah Al-Quran di Alor Setar Kedah


Program Bowling pada tahun 2013 yang mencatat sejarah dalam diari saya sebagai program koordinator, emcee dan pemain. Paling bermakna saya memenangi johan wanita pada program bowling yang julung kali diadakan oleh KBM. Program ini pastinya menjadi kenangan terindah memandangkan 80% daripada perancangan dan sentuhan hasil program adalah dari idea saya. Alhamdullillah. 

 emcee di AGM di Melaka

pengurus pentas dan emcee di Pertandingan Nasyid di Kelantan

 program Nasyid kali pertama anjuran KBM


program koordinator untuk program Hari Wanita Bernas


emcee dengan tema purple

emcee dengan tema pink dan ketika ini 7 bulan mengandungkan lil' Emir


emcee di program Nasyid di Kedah

 emcee pelepasan kereta untuk program treasure hunt di Selangor

 program Treasure Hunt di Pulau Pangkor
  
 emcee di program futsal di Pulau Langkawi


program Hari Wanita Bernas pada tahun 2016 yang ketika ini saya tidak tahu sedang hamilkan lil' Eijaz yang baru berusia sebulan dalam kandungan. owh.. pasti outfit ini juga menjadi pilihan kerna 'All Black'. hehe


program koordinator program Rice Warrior Challenge Bernas tahun 2017


AGM KBM di Pulau Pinang


emcee di Bernas Got Talent 

program koordinator program Rice Warrior Challenge 2.0 pada tahun 2018. Ketika ini saya disahkan hamil bayi ketiga yang sedang berusia 12 minggu. Alhamdullillah saya diberi kekuatan dan tenaga untuk mengendalikan program dengan baik.

emcee di program futsal Bernas yang dianjurkan pada hari yang sama dengan  Rice Warrior Challenge 

and deeply thanks to miss Shima as General Treasury yang banyak membantu sejak tahun 2016 dalam menjayakan kesemua program KBM Pusat. Kami dahulu bergandingan juga ketika bertugas di peringkat KBM HQ. Senang bekerja dengan beliau walaupun kekadang suara nyaringnya bisa di dengar dari jarak 3 meter.. ahaks. 

 hari terakhir bertugas sebagai emcee di AGM KBM tahun 2019

Bergambar kenangan dengan Pengarah Urusan Bernas, Presiden dan bakal Presiden KBM untuk sesi 2019-2021  

 Bergambar kenangan dengan AJK KBM Pusat sesi 2017-2019


hari terakhir bertugas sebagai Setiausaha Agung di AGM KBM

Bergambar kenangan dengan AJK Kerja AGM tahun 2019 yang membantu menjayakan dan melancarkan perjalanan mesyuarat. 

Surat rasmi peletakan jawatan telah dihantar kepada Presiden KBM dan Alhamdullillah beliau dapat menerima dengan baik. dan sedikit ulasan bertulis melalui email yang mahu saya kongsikan bersama:

"Salam Pn Sharna,

On behalf of the Kelab Bernas Malaysia, we would like to thank you for your endless effort and contribution to KBM during your tenure as the Setiausaha Agung of KBM. You have set the standard high for anyone to equal. We wish you all the best and kami doakan agar Pn Sharna selamat melahirkan anak yang ke3. Tahniah."

Syukran jazilan kepada semua sahabat yang banyak memberi sokongan dan bekerjasama sepanjang perkhidmatan saya dengan KBM. Sayu hati meninggalkan KBM dan tipu jika saya katakan hati tidak sedih. Walaupun saya perlu akur dengan keputusan yang sukar tetapi demi kebaikan bersama, saya melepaskan jawatan ini dengan hati terbuka. Semoga KBM akan terus bergerak maju dan semoga catatan mengenai KBM tidak akan berhenti di sini sahaja. 

Jazakallahu Khairan. Ameen.


Tuesday, April 16, 2019

* Happy 12th Anniversary @ BERNAS *

Assalaam alaykom...hari ini tanggal ENAM BELAS APRIL 2019 maka genaplah masuk tahun kedua belas saya berkhidmat di BERNAS. Jika ditanya mengapa dan kenapa saya masih statik disini pasti tiada jawapannya tetapi saya hanya bisa menyatakan bahawa saya selesa dan jenis seorang yang setia... ahaks!. Dek kerna lokasi ofis juga berada berdekatan dengan lingkungan kediaman, ofis yang kini lebih mesra wanita dengan menyediakan kemudahan parkir untuk Ibu mengandung dan bisa meluangkan masa untuk mengepam susu (bagi breastfeeding mothers... perkara ini adalah penting, terima kasih kepada majikan yang memahami keperluan Ibu yang menyusu anak). Selain itu saya syarikat juga mempunyai beberapa faedah yang baik dan jarang dipraktikkan oleh kebanyakan syarikat swasta seperti kemudahan pinjaman kewangan, pembiayaan perubatan kepada ahli keluarga termasuk kedua ibu bapa saya juga membiayai kos bersalin sehingga anak kelima. Alhamdullillah. Antara faktor-faktor tersebut di samping rakan-rakan yang mesra seperti keluarga, saya masih kekal di sini menerajui bidang perolehan khususnya bidang tender. 

Jika dahulu, saya agak janggal dengan perkataan 'tender' namun kini pasti saya akan petah berbicara seperti bertih jagung jika ditanya tentang tender. Manakala penglibatan dalam Kelab Bernas Malaysia telah menjangkau masuk ke tahun kesepuluh dan memegang jawatan Setiausaha Agung sejak tahun 2016. Benar agak sukar untuk membuat keputusan untuk melepaskan jawatan SU yang telah sebati dalam diri namun saya kira pencaturanNya akan memberi masa untuk saya fokus kepada keluarga terchenta. Cabarannya pabila mempunyai anak kecil membuatkan saya terpaksa membawa mereka bersama ke lokasi program bahkan kadang terpaksa membawa bersama waktu mesyuarat jika lokasi di luar Lembah Klang. Lucky me, rakan-rakan memahami dan terima kasih kepada mereka yang membantu menjaga anak-anak saya. Syukran. 

 the third pregnancy journey... bersama pokok daun yang telah setia bersama sepanjang 12 tahun

 Reserved parking for pregnancy mom

kini saya memandu mr Cty yang juga saya catkan warna hitam. ahaks

 mrs Tender yang masih setia dengan peti tender

 sesi penyediaan mesyuarat tender

 sesi mesyuarat bersama vendor sedang berlangsung

dokumen tender untuk sesi mesyuarat pembukaan tender

 uniform baru berwarna hijau

 sesi mencuba uniform baru

 workstation di Glenmarie


lil' Boss melawat Umy Cyana

 love it!

Semoga saya diberi kesihatan yang baik dan bisa melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. InshaAllah. 

Wednesday, February 20, 2019

* Rice Warrior Challenge 2018 && Kejohanan Futsal ke 10 KBM *

Date: 8th December 2018
Venue: Jitra, Kedah

Assalaam alaykom... Rice Warrior Challenge 2018 (RWC 2.0) dan 2.5KM Morning Fun Walk telah berlangsung pada 8 Disember 2018 di Darulaman Park, Jitra Kedah pada sebelah pagi dan Kejohanan Futsal ke 10 Kelab Bernas Malaysia Piala Ketua Pegawai Eksekutif berlangsung di Gelanggang Futsal Titigajah, Kedah. Alhamdullillah ketiga-tiga program anjuran Kelab Bernas Malaysia dengan kerjasama Unit Hubungan Kakitangan dan Kelab Bernas Malaysia Cawangan Kedah berjalan dengan lancar dan menutup tirai program KBM untuk tahun 2018. 

Saya bertugas sebagai Program Koordinator dan cabaran yang sedikit sukar adalah AJK Kerja semuanya berada di Kedah dan kami banyak berhubung melalui WhatsApp atau telefon. RWC 2.0 tahun ini dilaksanakan bersama pihak Blackbox Event selaku konsultan yang dilantik dan pihak konsultan memberi kerjasama yang sangat baik serta memudahkan lagi perjalanan program mengikut jadual. Alhamdullillah program lancar tanpa sebarang kemalangan kritikal kepada peserta dan hanya seorang peserta yang tergelincir semasa aksi melompat. 

Catatan ini hanya untuk rujukan dan medium arkib/kenangan untuk dikongsi dan selebihnya gambar boleh didapati di Facebook/Instagram KELAB BERNAS MALAYSIA yang merupakan salah satu platform digunakan untuk promosi dan makluman.  

okay jom layan gambar RWC 2.0 dan Futsal KBM.


mrs Oganizer

the BDB Hotel.. tempat penginapan peserta RWC

 the bunting


sesi pengambilan Tshirt dan goodies

 goodies RWC 2.0... Terima kasih kepada semua penaja


suasana Darulaman Park pada waktu sbuh

 ladies from KBM HQ

 program RWC 2.0 dimulakan dengan bacaan doa

Perasmian RWC 2.0 oleh Ketua Jabatan Sumber Manusia, Bernas

sesi melancarkan gimik perasmian program

 Barisan VIP dan YDP KBM 
  
 sesi senaman ringan

 mrs Organizer bersama one of BBE team

 Alhamdullillah RWC 2.0 berjaya dirasmikan dengan sempurna


the medal


booth jualan memeriahkan suasana program 

 peserta RWC 2.0 yang bersemangat untuk memulakan cabaran

 taklimat keselamatan oleh team BBE

 pelepasan peserta RWC 2.0 oleh Presiden KBM

 antara cabaran RWC 2.0







peserta lelaki pertama dari KBM Sabah yang sampai ke garisan penamat yang juga memecah rekod dengan catatan masa 30 minit 

gambar kenangan bersama juara 

mrs Cyana bersama miss Dila yang merupakan peserta wanita pertama dari KBM HQ yang sampai ke garisan penamat

 miss Shima yang mengalami kecederaan semasa membuat cabaran terakhir melompat atas api 

 peserta RWC 2.0

 barisan hadiah-hadiah cabutan bertuah 

 mrs Cyana in pose

 pose bersama Spidermans

Spidermans menghiburkan kanak-kanak 

 Alhamdullillah saya diberi kekuatan untuk mengendalikan event yang mana ketika ini saya telah hamil 2 bulan dan tidak diketahui umum.. :)

 my lil' Emir juga turun memberi sokongan kepada Umy Cyana.. hehe

 mrs Cyana berduet dengan emcee semasa sesi lucky draw


my lil' Eijaz!

 bergambar dengan wakil-wakil KBM HQ

 Nama-nama pemenang RWC 2.0


1.Jaintin @ Mohd Erwan Penguji(Sabah)
2.Ahmad Shahril Din (P.Pinang)
3.Abdul Rahim Abdullah (Kedah)
4.Ahmad Raslan Mat Hussin (Ibu Pejabat)
5.Abdul Hafiz Mansor (Sabah)
6.Mohd Naim Omar (Kedah)
7.Mohd Izwan Zainal Abidin (Selangor)
8.Abdul Rahman Wahab (P.Pinang)
9.Jamaharni Mohd Jara (Selangor)
10.Muhammad Rizal Mohd Hazari (Ibu Pejabat)

Kategori Wanita
1.Fazilah Abdul Manan (Ibu Pejabat)
2.Faizahtul Asra Othman (Kedah)
3.Norhashimah Mat Rejab (Ibu Pejabat)
4.Nor Azila Mohd Sabri (Ibu Pejabat)
5.Haryati Zulkifli (Ibu Pejabat)
6.Noor Hamizah Abdul Hamid (Kedah)
7.Shuhada Salleh (Kedah)
8.Fatimah Zakaria (Ibu Pejabat)
9.Nurul Aini Akma Abdul Aziz (Selangor)
10.Norfizah Mehat (Selangor)

Tahniah kepada semua pemenang!



pose with geng 3G

 gambar sebelum pulang dengan mr Arif iaitu owner BBE dan miss Shima selaku partner saya sepanjang menguruskan program

next programme... Futsal KBM kali ke 10. Saya bertugas sebagai program koordinator dan emcee. 

 pose with my lil' Emir

 barisan pasukan dari semua KBM Cawangan 

 barisan pasukan dari semua KBM Cawangan 

 sesi perasmian Futsal KBM 

 hadiah-hadiah lucky draw turut disediakan

 piala kategori perseorangan 

 cenderahati untuk perasmi program


my lil' Eijaz turut sama turun padang 


Keputusan rasmi Kejohanan Futsal Kelab Bernas Malaysia Piala Ketua Pegawai Eksekutif kali ke-10, 8 Disember 2018, Alor Setar Kedah

Johan: Pasukan Sarawak
Kedua: Pasukan Kedah A
Ketiga: Pasukan Selangor
Keempat: Pasukan Kedah B

Tahniah kepada semua pemenang!

 mirror pose selepas selesai program

 my lil' familia yang turut hadir memberi sokongan kepada program KBM

Alhamdullillah ketiga-tiga program yang serentak diadakan berlangsung dengan jaya dan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program-program ini. Semoga dapat bertemu lagi pada masa akan datang. InshaAllah. 

#kelabbernasmalaysia
#ricewarriorchallenge2018
#futsalbernas2018