Showing posts with label #cyanatalks. Show all posts
Showing posts with label #cyanatalks. Show all posts

Monday, October 2, 2023

* It's ME emceeing the Wedding Again!*

 Assalam alaykom... Hello OCTOBER! 

Quick holla from ME yang lama menyepi di blog tetapi saya aktif dengan koleksi gambar di Instagram, mungkin kerna di IG lebih pantas untuk upload dan berceloteh. hiks. 

Anyway... sebelum ke cerita yang lebih heavy mari saya kongsikan kisah pencarian baju. ahaks! 

Wanita dan fesyen amatlah akrab. Pabila masuk sahaja ke bulan September, saya seakan tidak cukup nafas. Tiga events berlangsung dalam minggu yang sama... satu program sukan dan dua lagi majlis perkahwinan. Ditambah dengan sesi rehearsal dan persiapan program sukan... fuuhhhh!!! seakan tiada masa untuk minum kopi. Bayangkan hari ini berceloteh sukan esoknya perlu mood romantika.. hiks. 

Hujung waktu barulah saya sibuk mahu mencari baju majlis.. dek kerna mulanya pabila tahu akan tema 'light purple' hajat di hati mahu memakai baju sedia ada. Namun kecewa kerna baju sedia ada semuanya sudah mengecil (baju salah kann?.. ahaks). Maka saya senaraikan beberapa butik yang disurvey secara online. Akhirnya saya ke Butik Icahfa kerna di situ sudah pasti ada koleksi tradisional atau moden. owh.. sekali lagi kecewa walau pelbagai koleksi namun terbatas untuk badan gempal seperti saya. oppss! 

Pertama kali saya mencuba lebih dari dua baju.. dan ber-message seluruh kampung untuk tanyakan pendapat (#justkidding). hubby Moose juga saya tanya namun dek kerna kesibukan kerja pasti tidak mendapat jawapan yang diidamkan oleh si pemakai. Soalan pula yang ditanya... hahaha. 

Mungkin kerna tahap nervous di paras tinggi, maka serba tak kena jadinya.. hehe. Almaklum sudah lama saya tidak mengacara di majlis perkahwinan. Biasanya saya menjadi Floor Manager (maka baju hitam sudah yang kurang glamour.. hehehe). Permintaan dari ex-Boss mrs Zuraida, membuatkan saya yakin boleh! 

Akhirnya saya memilih baju fesyen yang sedikit luar dari zon selasa... tetapi berwarna hitam. ahaks! Sudah pasti warna ungu agak 'limited size' namun saya memilih untuk kelihatan lebih fesyen, mix & match dengan tudung sedia ada dan saya berminat dengan kuntuman bunga pada baju tersebut. SMILE! (tetapi risau juga jika hubby Moose tidak menggemarinya... maka saya sudah ready with Plan B).

Lovely candid by hubby Moose

saya memilih kebaya tradisional untuk majlis akad nikah

tudung biru ini pilihan hubby Moose... maka saya terus menyarung dengan gembira. 

sesi memilih ton warna mengikut tema majlis

test and pose!

Pertama sekali saya test baju tradisional... this is ME tetapi dikatanya simple

sedikit perincian tangan namun saya kurang gemar warna pink

another purple... tetapi jenis fabrik tidak sesuai dengan saya

baju paling selesa namun kelihatan sedikit casual dan simple

akhirnya menemui baju tangan kepok-kepok... tetapi saya meminati bunga pada dada

sesi test baju

welfie bersama mrs Uteh yang setia menjadi saleswomen GengPS


Pulang dengan senyuman dan ketika ini berharap baju hitam kepok dapat dipakai dengan penuh yakin dan jayanya. Alhamdullillah, Butik Icahfa tidak mengecewakan pencarian last minute saya yang ketika kejadian pembelian hari khamis, mahu dipakai pada hari sabtu. 

Saya kira berjaya memperagakan baju kepok-kepok walau sebenarnya hanya menukar pakaian di Ladies selepas majlis akad nikah dan bersedia dengan persalinan kedua bagi majlis resepsi (mengalahkan Tuan Rumah.. ahaks!). Gigih untuk memberi yang terbaik kepada Tuan Puan Rumah... kerna emcee adalah Center of Attraction yang menjadi sebahagian dari majlis. Secara tidak langsung, saya turut ditawarkan 'job emcee' oleh Hall Owner untuk mengendalikan majlis di dewan tersebut, Alhamdullillah. 

Terima kasih kepadaNYA atas peluang dan bisa mengendalikan majlis dengan senyuman. 



Sunday, March 5, 2023

* Keep Smiling!*

Assalam alaykom... rindunya mahu menulis namun masa agak mencemburi. Tanpa sedar makin hari makin sedikit nukilannya. owh saya masih sama rutinnya, suka selfie, makan ayam dan teh ais, suka warna hitam. ahaks!  Gambar beribu lemons... risau jika satu hari hilang tanpa sempat mengabdi disini. Saya akur blog kesayangan ini telah menjadi rujukan saya. Banyak cerita kenangan yang bisa membuahkan senyuman. As usual, saya akan 'update' tentang kisah anak untuk rujukan pada masa akan datang. Jika punya masa, mungkin saya harus mencoret kembali sepatah dua kata, InshaAllah. 


Monday, April 18, 2022

* 15 tahun bersama BERNAS *

16.04.2022 | My 15th Years Anniversary with @bernas.official !!!

…

Assalam alaykom, 
3 tahun di IT, bermula dengan team projek Data Integration dan User Level Security Officer. Kemudian berkecimpung dalam menguruskan projek IT. 
10 tahun di Procurement sebagai mrs Tender, menguruskan perjalanan tender Syarikat dari segenap bidang. Pastikan tender seperti pallet, racun, forklift, pengawal keselamatan dan logistic provider menjadi antara kenangan pabila mengurus tender sambil mempelajari selok belok teknikal tender tersebut. 
2 tahun di Corporate Communications, selain membantu team mengendalikan event, saya juga menjadi tukang cerita di Buletin iBERNAS disamping menjadi pengacara majlis. Pengalaman baru mengendalikan virtual event, bercakap seorang diri dengan tetamu hanya di layar skrin sahaja. 
10 tahun bersama @kelabbernasmalaysia yang bermula dari Setiausaha Kerja dan dilantik menjawat Setiausaha Agung. Selain aktif menulis minit mesyuarat, saya turut aktif mengendalikan event untuk Kelab. 
…

Semoga diberkati rezeki dan diberi peluang melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang. The only way to do GREAT work is to LOVE what you do. Love 💖 

*2021 Throwback | #EAQBROTHERS Birthday Celebrations*

Assalam alaykom... Quick post with long story #throwback memories of #eaqbrothers 2021 Birthday Celebrations. 

Sekadar kenangan dan rujukan keluarga. 

Jika membaca entry sebelumnya, saya bau sedar lama benar tidak menjengah ke blog ini. Setahun telah berlalu dan telah masuk ke sambutan tahun 2022, saya baru sahaja mahu kemas kini gambar sambutan birthday 2021.. Dimulakan dengan Emir pada bulan Februari yang mahukan tema 'Ocean' dan kemudian saya fikir memandangkan musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya adakan double celebration for brother buddies. Maka lil' Eijaz memilih tema 'Hotwheels'. Maka meriah gabungan decoration dan goodies yang saya sediakan untuk sahabat di taska dan rakan jiran. 

Tetapi kemudian pabila menjelang Mei, sekali lagi mengadakan simple cake with Among Us Theme pula atas permintaan birthday boy! Bulan Jun sambutan double celebration birthday untuk hubby Moose dan lil' Elhan. Memandangkan teringin agak lama, saya buatkan tema Panda (walaupun rasa lebih sesuai untuk baby girl.. ahaks). Alhamdullillah, semoga kenangan ini memberi kegembiraan kepada anak-anak. 

#throwback February 2021 #emiralqaysissix

double celebration birthday for #eaqbrothers

my sweet lil' sons
best buddies

'dude' panggilan harian mereka

Sambutan birthday Emir dan Eijaz bersama MAMA a.k.a POPO yang kini tinggal bersama keluarga kami

birthday boy Emir

lil' Elhan yang sudah pandai bermain

lil' Elhan on the moves

the cake table with two themes

Emir's Ocean Cake 

Eijaz's Hotwheels Cake

cupcakes by Sprinkecream

Ocean decorations

lolipops

cheeky lil' Eijaz

makanan lasagna, cheesetarts, cupcakes, goreng pisang dan cempedak infaq dari jiran

love it!

Hotwheels decorations

the goodies item (meriah)

the goodies box

play time

Emir's Birthday Celebration at Al Kauthar Eduqids

simple celebration with friends
 
Ocean & Hotwheels Theme

 #throwback May 2021 #eijazalqaaedisfour

Perancangan asal, birthday Eijaz disekalikan Emir namun last minute terasa seperti kesian pulak tiada spesific cake on his actual birthday. So saya hanya beli ready made cake dan tempah cake topper. 

Among Us Theme seperti yang diminta oleh Birthday Boy Eijaz... tetapi dihias juga dengan dinasours. 
Eijaz memang rajin bantu untuk hiasan

lil' Elhan happy dapat makan coklat dari Langkawi

Eijaz's Among Us Cake

Happy 4th Birthday to Eijaz Al Qaaed!

 #throwback June 2021 #elhanalqadryistwo


27 Jun 2021.. double celebration untuk dua orang putera iaitu Hubby Moose dan lil Elhan

the Panda Theme for lil Elhan
(kenapa panda? sebab Umy dah lama berangan nak panda tetapi memandangkan tiada baby girl, maka belasah saja untukk lil' Elhan.. ahaks)

the Panda Goodies items

the Panda Goodies items

my favourite Monstera menghiasi rumah

cupcakes boxes

the cute panda theme cupcakes

the Panda cake by Sprinkleandcream


Birthday boy @ 2 years old

seluar putih warisan dari lil' Emir

his cute naughty face

beautiful cupcakes by Sprinkleandcream

love the details

the decoration by ME

Happy Birthday to hubby Moose and lil' Elhan
(tiga putera yang seiras wajah)

tidur rupanya... hehe

my three sons

happy lil' Elhan dapat hadiah.... 


Happy Family
an
another celebration at Elhan's Babysitter house with kakak-kakak & abang-abang

HAPPY FAMILY! 

Alhamdullillah... semoga anak-anak gembira dan membesar dengan sihat, berjaya dunia wal' akhirat.