Showing posts with label #family. Show all posts
Showing posts with label #family. Show all posts

Tuesday, August 11, 2020

* the STAGE *

mrs Moose

mr Moose

 🌿Pentas yang berbeza walau kedua kami memegang ‘🎤microphone’! Di pentas hubby Moose bisa menyanyi dengan ton bass tetapi saya hanya bisa bertutur dan berseloka. Oh.. kenapa saya tidak menyanyi? Kerna suara hidung dan akan menyumbang lagu sahaja bak kata hubby Moose😅 InshaAllah semoga dengan sedikit pengalaman dan minat dapat saya mengembangkan bakat 🎤 melontar suara😊 #wayfarers7 #cyanatalks #emceebernas

* Aug 1-7, 2020 | World Breastfeeding Week *

 
🌿Aug 1-7, World Breastfeeding Week | Setiap wanita bergelar Ibu punya kekuatan tersendiri. Jangan pernah rasa kecewa jika tidak dapat menyusu anak, tetapi harus bangga setelah mencuba bukan sengaja. Sejujurnya saya tidak bersedia untuk menyusu anak, saya kira mudah sahaja. Salah tekaan saya kerna seorang Ibu itu perlu punya ilmu selain cekal hati dan harus tabah. Selepas kelahiran anak pertama saya belajar semuanya... EBM, power pumping, double pumping dan sebagainya. Saya turut menyusu anak waktu mengandung dan menyusu dua anak serentak... mindset ‘demi anak’, Pam susu untuk bekalan anak juga bukan mudah. Penat!!! Stres! Masa terhad! Minda perlu tenang! Bengkak susu dan sebagainya.

Alhamdullillah kini saya secara tidak sedar diberi rezeki telah menyusu anak selama 5 tahun berterusan.. bagaimana kekuatan itu muncul seadanya. Cabaran utama adalah sewaktu hari bekerja... Saya perlu urus persepsi dengan limitasi masa. Biasa saya pam susu waktu dalam kenderaan ketika dalam perjalanan ke tempat makan atau dalam penerbangan, thanks to my #medelafreestyle portable & ringan. Tips penyusuan Just Be Positive, Mindset!!! InshaAllah ade rezekinya. #wbw2020 #worldbreastfeedingweek2020 #medelafreestyle #cyanatalks

* the MAN Behind The Scenes *

 🌿the MAN Behind The Scenes, beliau komited dengan kerja, teliti dengan karyanya dan sentiasa berdepan risiko untuk merakam ‘moment’ untuk hasil yang bisa mengukir senyuman. Katanya hanya sepatah lebih banyak berdiam dan meluah rasa dalam karya... namun acap kali membuat penonton menitis air mata. Alhamdullillah kerjaya ‘Videographer’ memberi banyak pengalaman dan kenangan. Saya pasti beliau banyak menyimpan data politik mahupun Covid-19. Kenangan terindah lagi merbahaya ketika merakam pencemaran Sungai Kim Kim dan perjalanan pesakit Covid-19 sehingga ke liang lahad, mashaAllah. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan beliau agar terlindung dari bahaya, sihat tubuh badan dan terus berkarya dengan jiwa💝 Love you hubby @moosekhair #cyanamoose #cyanatalks

.. first pic candid by my first son Emir Moose 😘

Monday, July 13, 2020

* my ONLY Brother!!! *


🌿Big thanks to my ONLY BROTHER JOE yang menjaga Abah & Mama juga perniagaan keluarga. Abang yang sentiasa menjadi teman sejak kami di bangku sekolah. Sama-sama main basikal dan gasing, ronda Komtar bersama dan sentiasa akan menghiburkan anak-anak saya. Sentiasa pemurah dengan pemberian bersama dari SIL @daisyaoki . Love you Abang Joe😘 (nota kenangan wajah kami berbeza walau adik beradik kandung... sama seperti tiga anak saya semuanya wajah berbeza tetapi mempunyai lesung pipit sama seperti Uncle Jojo😉) #family #cyanatalks #elhanalqadryjourney

* Du'a 27 Syawal *

🌿Nukilan 19 Jun 2020 bersamaan 27 Syawal. Alhamdullillah dapat pulang ke kampung halaman yang mana empat bulan adalah tempoh paling lama saya tidak pulang ke Penang. Sebaik bertemu mata, berat hati saya meminta Abah untuk pergi ke Hospital untuk merawat sakitnya yang berlarutan. Semoga Abah diberi kesembuhan dengan segera dan semoga dapat bertemu lagi di lain masa. Sayu hati menunggu hanya di parkir hospital kerna saya akur dan perlu lebih mementingkan keselamatan anak-anak. Hanya gambar dan khabaran sahaja mengubat rindu. Adik sayang Abah😢😊. #family #electricalsubstation #scenery #cyanatalks