Showing posts with label #cyanasring. Show all posts
Showing posts with label #cyanasring. Show all posts

Sunday, March 5, 2023

* Keep Smiling!*

Assalam alaykom... rindunya mahu menulis namun masa agak mencemburi. Tanpa sedar makin hari makin sedikit nukilannya. owh saya masih sama rutinnya, suka selfie, makan ayam dan teh ais, suka warna hitam. ahaks!  Gambar beribu lemons... risau jika satu hari hilang tanpa sempat mengabdi disini. Saya akur blog kesayangan ini telah menjadi rujukan saya. Banyak cerita kenangan yang bisa membuahkan senyuman. As usual, saya akan 'update' tentang kisah anak untuk rujukan pada masa akan datang. Jika punya masa, mungkin saya harus mencoret kembali sepatah dua kata, InshaAllah. 


Monday, April 18, 2022

* 15 tahun bersama BERNAS *

16.04.2022 | My 15th Years Anniversary with @bernas.official !!!

…

Assalam alaykom, 
3 tahun di IT, bermula dengan team projek Data Integration dan User Level Security Officer. Kemudian berkecimpung dalam menguruskan projek IT. 
10 tahun di Procurement sebagai mrs Tender, menguruskan perjalanan tender Syarikat dari segenap bidang. Pastikan tender seperti pallet, racun, forklift, pengawal keselamatan dan logistic provider menjadi antara kenangan pabila mengurus tender sambil mempelajari selok belok teknikal tender tersebut. 
2 tahun di Corporate Communications, selain membantu team mengendalikan event, saya juga menjadi tukang cerita di Buletin iBERNAS disamping menjadi pengacara majlis. Pengalaman baru mengendalikan virtual event, bercakap seorang diri dengan tetamu hanya di layar skrin sahaja. 
10 tahun bersama @kelabbernasmalaysia yang bermula dari Setiausaha Kerja dan dilantik menjawat Setiausaha Agung. Selain aktif menulis minit mesyuarat, saya turut aktif mengendalikan event untuk Kelab. 
…

Semoga diberkati rezeki dan diberi peluang melakukan yang terbaik dalam apa jua bidang. The only way to do GREAT work is to LOVE what you do. Love ๐Ÿ’– 

Tuesday, August 11, 2020

* holla August *

๐ŸŒฟCredit to CB’s crew! Pertama kali hampir tepat ejaan nama saya with the ‘R’, mungkin kerna Tiz @missy_zetty menyebutnya dengan jelas walaupun ejaan tetap salah apabila ‘H’ menjadi ‘Y’๐Ÿ˜ Biasanya saya akan minta pen untuk menulis nama sendiri ๐Ÿ˜… Mungkin itu keunikan nama saya. Last week nurse klinik memanggil ‘Liza’ saya hanya memandang dan hampir terlupa itu adalah sebahagian nama๐Ÿ˜‡. Setakat rekod hanya dua orang yang memanggil nama ‘Liza’ dan biasa saya akan perkenalkan diri as ‘Shana’ without ‘R’ memandangkan jika disebut mungkin pendengar akan mengulangi nama yang lain pula.. ahaks. Lucky me ada lagu ‘Shanana’, barangkali lebih mudah ingat. owh.. saya juga rasa bisa menghafal lebih 100 nama penuh rakan sekerja๐Ÿ˜Š Alhmdullillah. #cyanasring #cyanatalks

Monday, July 13, 2020

* Behind the scenes of my #cyanasring *


๐ŸŒฟOne for the album. Behind the scenes of my #cyanasring... lil’s tips:
1.Hold your camera tightly.
2.Tangan kena stable... so perlu banyak praktik.
3.Just shoot 2-3 pcs untuk pilih satu yang terbaik(sharp with good condition)
4.Get the best angle of the photo. Ikut kesukaan masing-masing sama ada dari tepi atas bawah kiri atau kanan.
Good luck!☺️
#foodlover #newnormalgengpsaidilfitri #cyanatalks