Wednesday, January 2, 2013

* Lurve && More Lurve *

HAPPY NEW YEAR 2013!!! 

Assalaam alaykom sisters & brothers... semoga permulaan tahun Masihi baru 2013 akan membawa kejayaan dan kebaikan kepada semua. Semoga kita juga akan menjadi seorang yang baik... baik dari hari semalamnya. Semoga kalian semua bisa mencapai cita-cita dan impian dengan kesihatan yang baik, jiwa yang suci murni bebas dari hasad dengki, bebas dari cengkaman aura negatif. Dan sentiasa beringat, apa yang kita katakan akan melambangkan siapa diri kita.. Biarlah kita sentiasa memahatkan aura positif di minda orang lain. InshaALLAH. 

Kebiasaannya bila tiba tahun baru Masihi, masing-masing akan mula merangka visi dan memasang azam atau sebaliknya. Begitu juga dengan saya yang menyimpan hasrat mahu mengembangkan pengetahuan dari segenap perkara. InshaALLAH. Yang pasti saya mahu meningkatkan kemahiran fotografi agar gambo yang dirakam lebih membawa nilai dan kesan terus ke jiwa. {ahaks!} dan juga pastinya mengembangkan kemahiran komunikasi. hmm. owh... bila berdamping dengan mereka yang mementingkan kesempurnaan, saya juga sebaik mungkin mahu dilihat sempurna walaupun dari segenap segi masih banyak kelemahan kerna saya percaya sebagai insan biasa, tidak mungkin kita cukup sempurna. Apa yang penting usaha untuk mendapatkan kesempurnaan. Saya tidak mahu dilihat tiada 'improvement', 'speak with no action'? itu mungkin lebih mengecewakan insan lain. hmm. 

Sempena kedatangan tahun baru Masihi, du'a dan harapan beserta semangat mengiringi minda, hati dan jiwa. Memandangkan minat terhadap fotografi, maka sebaik mungkin saya mahu Insan lain mengenali dan mengingati saya melalui gambo, walaupun gambo tidak berbicara secara nyata. Namun melalui gambo saya terus berbicara, terus menyampaikan mesej, terus membuat saya tersenyum bila melakukan sesuatu yang menjadi minat agar hari-hari saya tidak membosankan. Pastinya setiap dari kita mempunyai minat terhadap sesuatu yang berbeza.... walaupun kadang kala saya cuba berfikiran abstrak seperti Insan Seni namun saya adalah saya yang masih 'straight to the point'! ahaks! Mediumnya koleksi peribadi di Instagram juga harus mengikut citarasa dengan signifikasi mrs Cyana yang tahap cerewetnya boleh tahan juga.

Fussy me? YES I AM! 

fireworks by mrs Cyana

shoes and details? my favourite! 
so jangan pelik pabila setiap hari mrs Cyana mendongak ke bawah

electrical substations and trains!!... my favourite objects too

 another favourite pastinya tiang lampu dan langit biru.
so jangan hairan pabila setiap kali mrs Cyana mendongak ke atas 

 
 owh... gambo makanan juga menarik minat

 'street style' juga menarik untuk dirakam

gambo haiwan peliharaan juga salah satu koleksi kegemaran
so my lil' Tiger antara subjeknya.. manja Him! {selalu tunggu kakak pulang.. ahaks}

 
 berbicara tentang impian, pastinya berhasrat bisa memeluk bayi sendiri

my beloved hubby Moose yang sentiasa bersabar dan tidak pernah jemu melayan kerenah wifey! thank you CYG! owh...impian saya juga mahu hubby Moose suka dengan koleksi gambo wifeynya...Itu sebenarnya salah satu cabaran kerna bila hubby Moose 'LIKE', wifey seakan melompat kegirangan. ahaks!

well DEAR... Everyday you make me smile! You let me know how much you care. And everyday you show me lurve, and for me you're always there.. right in my heart! Hoping this year will be full of lurve and laughter!!! Lurve and more Lurve!!!


No comments:

Post a Comment