Sunday, January 27, 2013

* the KLCC scenery *

Assalaam alaykom... sedang beristirehat di hujung cuti panjang yang agak kebosanan bila mana awal tahun terlalu banyak 'public holiday' tetapi memandangkan mrs Cyana bekerja di Wilayah Persekutuan manakala mr Moose di Negeri Selangor Darul Ehsan, maka kadang kala cuti kami berbeza. mr Moose yang berkecimpung dalam dunia media massa pula bila hari cuti juga seperti bekerja, huhu. Gembira jika saya juga dapat bercuti seperti yang lain, namun hati tidak tenang selagi kerja belum diselesaikan. Kesimpulannya hari cuti adalah hari berlegar di sekitar kediaman sahaja. hehe. 

Menariknya ofis yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Jika ditanya dimana ofis? Jawapannya dekat dengan KLCC. Mesti ramai yang tahu dimana KLCC walaupun mungkin anda sendiri tidak pernah sampai ke sana. Tidak pernah terlintas suatu hari akan bekerja di kawasan berdekatan KLCC. Jika dahulu sesekali shopping di KLCC... kini hampir setiap hari melalui KLCC yang mana setiap pagi dan petang menaiki LRT di Stesen KLCC, makan dan joggin' juga di KLCC. Rezeki saya bersama KLCC bermula sejak zaman praktikal di Menara Petronas KLCC kemudian disambung pula dengan bekerja sambil melihat jam besar Menara KLCC. Lucky me!!!

Kini setiap hari juga saya bisa merakam gambo KLCC sebagaimana mata tenang melihat kilauannya yang menjadi kebanggaan negara. Tiba-tiba terasa rindu dengan sahabat-sahabat seperjuangan yang pernah suatu ketika dahulu posin' beramai-ramai di jambatan penghubung dua menara. owh... sambil mengembalikan mood kerja, layan dulu gambo KLCC ya.. peace!

 permandangan pagi di KLCC

 
 solat dengan pemandangan KLCC

 mentari menyinar di petang hari di KLCC

 
 kabus menyelubungi KLCC

 
 hari hujan dan KLCC

 permandangan senja dari taman KLCC

permandangan KLCC pada waktu malam

Benar seperti kata sesuatu yang berlaku secara kebetulan tanpa dirancang tanpa diduga. Namun kita harus menerimanya dengan hati terbuka kerna mungkin ianya bisa menyinari kehidupan kita. InshaALLAH. 

No comments:

Post a Comment