Thursday, December 27, 2012

* WE should TALK *

bird and birds by mrs Cyana

"Effective communication combines a set of skills including nonverbal communication, attentive listening, the ability to manage stress in the moment, and the capacity to recognize and understand your own emotions and those of the person you’re communicating with.

Assalaam alaykom... dalam kehidupan seharian kita pernahkah anda terfikir untuk meningkatkan produktiviti diri melalui medium komunikasi secara lebih efektif? Pelbagai kaedah komunikasi dan secara individunya sebagai tergolong dalam Gen X, saya lebih gemar berkomunikasi bertentang mata. Mungkin rasionalnya bila bersuara kita bisa menilai nada dan bila bertentang mata, ianya lebih memberi kesan kepada jiwa selain berkomunikasi secara maya melalui medium SMS, Chatting, Email dan sebagainya. hmm. Disitu kita akan lebih peka terhadap hati dan perasaan orang lain dan agar kita akan senantiasa berfikir sebelum berkata-kata agar tidak mahu nada kita menyakitkan hati pihak yang lainnya. Disitu juga akan menguji kematangan kita untuk menghadapi situasi getir atau sebaliknya. Kerna itu walau apa jua masalah atau situasi, komunikasi dan perbicangan itu amatlah penting agar senada seirama mencapai satu kata dan matlamat. hmm.

well... we should talk and to Practice for effective Communication Skills! Dalam banyak-banyak burung yang terbang, hanya satu burung yang memilih untuk berehat di tiang. Itu menarik pandangan saya kerna burung itu mempunyai keyakinan untuk tidak hanya mengikut rakan-rakannya yang lain. hmm.

A simple tip here... "body language" atau bahasa tubuh bisa memainkan peranan dalam komunikasi. Jangan malu atau segan dengan siapa yang kita akan berbicara. Pastikan kita dalam keadaan tenang dan bersahaja. Pastikan bila seorang bercakap seorang lagi mendengar dan sebaliknya. Pastikan anda sentiasa bersedia menumpu perhatian melalui isyarat mata, tidak berpeluh tubuh dalam posisi angkuh, tidak membuat bunyi-bunyian yang bisa mengganggu orang yang sedang berbicara dan hanya menyampaikan mesej yang jelas dan padat.

Walaupun saya dilihat sebagai seorang yang berbicara tanpa henti, saya dilihat sebagai dominan bila dalam keadaan tegang, saya dilihat seperti berbicara tanpa noktah namun saya hanyalah insan biasa yang bisa menjadi pendengar setia kerna saya sentiasa mahu aura positif dalam minda. Keyakinan untuk berbicara adalah penting dan mulakan dengan senyuman. Ameen.


No comments:

Post a Comment