Tuesday, December 25, 2012

* NO Corruption YES Integrity *

Assalaam alaykom... berkongsi bersama sedikit maklumat berkaitan sesi penerangan mengenai Rasuah yang diadakan tempoh hari di Menara HLA memandangkan syarikat saya melaksanakan Garis Panduan Berkaitan Rasuah dan Penerimaan Hadiah yang berkuatkuasa Januari 2012 yang lalu. Penerangan mengenai rasuah disampaikan oleh Pegawai Kanan SPRM yang mana secara kesimpulannya menerangkan definisi rasuah. hmm. Apa yang menarik perhatian saya sebelum diterangkan lebih lanjut mengenai rasuah, beliau menyatakan ianya berkaitan dengan jati diri yang mana jika kita bekerja 8 jam sehari, haruslah kita manfaatkan sebaik mungkin. Jika hanya hadir kemudian lebih membuat kerja peribadi atau sebaliknya, tepuk dada tanya diri apakah kita telah memikul dengan baik amanah dan tanggungjawab kita kepada majikan. 

Secara peribadi, bila berkecimpung dalam dunia perolehan perkataan Rasuah jelasnya lebih dekat dengan kami, tambahan pula bila disebut Tender dan sebagainya. Alhamdullillah sepanjang saya berada dalam dunia perolehan masih belum ada cubaan rasuah baik dari penender atau orang-orang disekelilingnya. Berbagai jenis cara yang dilakukan dan kadang kala ianya tidak pernah terlintas dek akal waras.  Syukur bila kami di Unit Perolehan tidak pernah menerima sebarang hadiah atau apa jua jenis ugutan.  owh.. secara terperincinya terdapat berbagai jenis suapan seperti contoh slide yang ditunjukkan. Yang menarik minat saya adalah Akta yang terlibat iaitu Seksyen 16: Kesalahan meminta suapan, Seksyen 17: Kesalahan memberi suapan dan Sekyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan/kedudukan untuk suapan. Maka tidak kira setinggi atau serendah mana jawatan kesalahan suapan tetap menjadi kesalahan.

The definition:

Corruption:
In philosophical, theological, or moral discussions, corruption is spiritual or moral impurity or deviation from an ideal. Corruption entails many forms including bribery and embezzlement

Integrity
Integrity is a concept of consistency of actions, values, methods, measures, principles, expectations, and outcomes. In ethics, integrity is regarded as the honesty and truthfulness or accuracy of one's actions. 


 mrs Tender and miss Tender in SMILE!!

Kesimpulan yang jelas katakan TIDAK kepada RASUAH dan YA kepada INTEGRITI!!! Integriti itu akan hadir dalam diri bila seseorang itu memegang amanah yang diberikan, bertanggungjawab dan mempunyai jati diri yang tinggi. Semoga ALLAH swt melindungi dan menempatkan kita di kalangan golongan yang diberkatiNYA.

No comments:

Post a Comment