16.04.2012
Assalaam alaykom... tanggal 16 APRIL 2012 adalah genap LIMA tahun saya berkhidmat dengan organisasi ini. Banyak suka duka dilalui.. biarlah yang suka itu terpahat di hati yang pedih itu dibuang jauh kerna ianya bisa menurunkan tahap kecergasan minda. Cabaran utama adalah untuk sentiasa mengingatkan diri agar tidak terlalu selesa dalam comfort zone yang dinikmati. Jika mahu dihitung, untuk bekerja dan dinilai dengan apa yang telah pihak pengurusan menilai setiap warganya, benar juga jika sebahagian besar berada di comfort zone dan hanya bekerja mengikut masa. Sebahagiannya ya!!! Dan sebahagian lagi pula bagaimana? Bekerja bertungkus-lumus untuk memenuhi kepincangan sebahagian lagi? Mungkin juga jika dilihat pandangan kasar dan bila mengkaji ada sebahagian kecil yang telah meninggalkan organisasi ini, dan mereka2 itu adalah sebahagian yang mahu keluar dari kelompok comfort zone mungkin. Dan mungkin saya juga harus belajar untuk menerima kenyataan lebih mementingkan diri dari kerjaya bila mana berkumpul dengan mereka2 yang hanya bekerja mengikut masa dan citarasa. Anda layak menerima ganjaran jika anda benar bekerja dan jangan hanya menolak kerja tetapi bertanya pula ganjarannya. Tetapi bagaimana pula jika anda bekerja dan tidak memperoleh ganjaran setimpalnya? Itu mungkin terjadi kepada sesiapa sahaja bila dari pengamatan ramai juga mengambil pendekatan kerja sambil lewa. hmm. Maaf kerna bila berbicara, saya berpandu fakta dan bukan mengikut rasa. Sebenarnya saya menjadi semakin lemah bila berdamping dengan golongan seperti ini kerna mereka bukan sahaja menyusahkan orang lain namun tidak juga menyumbang produktiviti. Enough Said!
So untuk menghiburkan hati... mari bergambo sambil tersenyum! ahaks!
So untuk menghiburkan hati... mari bergambo sambil tersenyum! ahaks!
Memikirkan yang baik, terlalu pantas rasanya masa berjalan tapi bila yang buruk menguasai fikiran, segalanya berlalu bagai terlalu perlahan. :)
ReplyDeleteHappy anniversary babe. 5taun.mcm2 dah jd kn
ReplyDeleteHappy Annniversary persahabatan kita juga. Same goes to miss HSM!
DeleteKakcik... Alhamdullilah masih tegar menjalani hari2 yang ombaknya tidak menentu. hmm.
ReplyDelete