Assalaam alaykom... Kenali brother OPICK atau nama sebenarnya Aunur Rofiq Lil Firdaus lahir di Jember, Jawa Timur, Indonesia yang merupakan seorang pencipta lagu dan penyanyi keagamaan berketurunan Jawa. Mungkin agak janggal namanya namun saya percaya jika anda mendengar lagu2nya pasti akan tersentuh naluri dan jiwa. Saya sendiri bisa menitis airmata pabila mendengar Bila Waktu Telah Berakhir mahupun Sepi, Taubat dan Cahaya Hati. MashaALLAH lirik dan susunan lagunya terus menusuk ke jiwa. hmm. Di Malaysia jika anda peminat drama TV Tentang Dhia pasti pernah mendengar lagu Rapuh nyanyian Opick. Beliau juga adalah pencipta lagu Dealova!!!
Minggu lalu brother Opick datang sehari ke Kuala Lumpur bagi sesi promo Konsert Rhythm Of The Soul Di Bawah Langitmu. Kesempatan mengikut mr Moose dari 1stVerse, selaku Official Photographer pasti membuat hati mrs Moose tambah berbunga... manakan tidak saya peminat lagu Kenalilah!!! Katanya lagu itu dirakam ketika sebelum beliau mula berdakwah melalui lagu. Kini karyanya sangat bagus dan tiada yang lebih baik tanpa Izin Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambanya. Tugas mr Moose juga bermula lebih awal bagi merakam BTS, sesi rehearsal dan konsertnya nanti. Semoga dipermudahkan urusannya. Ameen.
brother Opick
bersama bakal ahli-ahli syurga.. Ameen.
brother Opick merasmikan Kelab Anak-Anak Berselawat
suaranya sama persis suara di dalam album
kehadiran peminat brother Opick
See ya'
brother Opick bersama team iLuvIslam Radio penganjur konsert
Info tentang Konsert Rhythm Of The Soul...
Konsert Rhythm Of The Souls, yang buat
julung - julung kalinya menampilkan Opick ( Tombo Ati) dan para
penzikir...
hebat tanah air seperti Ustaz Dzulkarnain, Ustaz Amal, Munif Hijjaz,
Hazamin Inteam, dan Hafiz Hamidun bergabung dalam 1 konsert yang bakal
menggegarkan industri nasyid tanah air. Anda pasti teruja dengan
kelainan yang dibawakan oleh iLuvislam
Radio! :')
Konsert ini akan diadakan 2 malam berturut-turut iaitu pada 20 & 21 April, bermula pada Jam 8.30 malam - 11.00 malam.
TIKET : RM 89 dan RM149 (Hot Seat - bahagian depan & sangat terhad)
Konsert ini akan diadakan 2 malam berturut-turut iaitu pada 20 & 21 April, bermula pada Jam 8.30 malam - 11.00 malam.
TIKET : RM 89 dan RM149 (Hot Seat - bahagian depan & sangat terhad)
Untuk harga promosi dan sebarang pertanyaan, bolehlah menghubungi Pejabat iLuvislam Radio (Seksyen 13 Shah Alam) di talian,
Telefon :03 - 5523 2853
Email : ticket@konsert-ros.com
Website konsert : www.konsert-ros.com
Facebook: www.facebook.com/ iluvislamradio
PERINGATAN : Konsert ini adalah majlis zikir
(majlis ilmu), maka tempat duduk lelaki dan perempuan akan diasingkan.
Kanak-kanak dibenarkan masuk dengan tiket. Semoga majlis ini diberkati,
insyaAllah. :)
No comments:
Post a Comment