Thursday, April 4, 2019

* 1st Reunion of Class 5Sc4,1996 SGGS Penang *

Date: 30th March 2019
Venue: Ben Cafe KLCC, Kuala Lumpur

Assalam alaykom.... Hello April!!! Pantas benar masa berlalu dan sekelip mata sahaja usia bakal mencecah 40 pada tahun ini. hmm. Alhamdullillah persahabatan yan terjalin semasa zaman sekolah menengah kembali bertaut setelah kami berhubung semula dua tahun yang lalu melalui What's App group. Setelah 23 tahun berpisah, kami akhirnya dapat juga berkumpul dalam kumpulan yang kecil memandangkan sebahagian besar rakan-rakan sekelas menetap di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Walaupun pada asalnya target group yang lebih besar namun hanya 10 orang yang dapat memberi komitmen untuk berjumpa. Kita hanya merancang dan ketentuan mengumpulkan 8 orang kami yang mana 3 orang datang dari Pulau Pinang untuk memeriahkan perjumpaan pertama kelas reunion. Syukur rakan-rakan yang berbilang bangsa sangat memahami dan menghormati budaya dan agama masing-masing. Malah kami juga sering mengucapkan ucapan perayaan tanpa mengira agama dan bangsa.


Class Reunion untuk bekas pelajar kelas 5 Sains 4 pada tahun 1996 di St.George's Girl's School (SGGS) Pulau Pinang akhirnya termakbul jua. Walaupun telah beberapa kali memberi usul mengadakan reunion namun dek kerna kekangan masa dan jarak kami terpaksa membatalkan perjumpaan sebelumnya. Pasti saya paling gembira apabila dapat bertemu kembali rakan-rakan lama walau pun terpaksa hadir bersama lil' Emir dan lil' Eijaz dek kerna hubby Moose bekerja. Maka saya tidak dapat meluangkan masa sepenuhnya di meja makan memandangkan lil' Eijaz pula seharian meragam memerlukan lebih perhatian akhir-akhir ini. Perjumpaan pertama dianggap berjaya juga walau hanya sebahagian kecil kami berkumpul tetapi kemeriahan masih terasa seperti waktu dalam kelas sahaja. Banyak yang dikongsi bersama dan yang pasti naluri keibuan masing-masing terpancar dari aura rakan-rakan.

 from left Carol, Amilia, Joanne, Hema (our ex class monitor), Sri, mrs Cyana, Intan and Ema


the simple invitation card by Me

 new white shoes for Reunion. :) 

 preparing simple choc gift 

 Ferrero Rocher untuk kenangan Reunion

 choc with denim theme

 ready to go!

 lil' Emir and his first dino's drawing!

 just arrived at KLCC

 happening walau ketika ini baru berempat

 the ladies of 5Sc4 SGGS

Ferrero Rocher with our dear SGGS's batch

 souveniors yang dibawa oleh rakan-rakan


the master piece by mrs Intan


lovely!

 beef Lasagna

 lil' Emir and lil' Eijaz

 lil' Emir yang suka makan macaroni

 mrs Cyana at 6 months pregnancy

 lil' Emir enjoying his Godiva choc ice cream


live candid

 welfie sebelum pulang

 our lil' family with white and denim theme


 antara feedback @ FB yang sempat saya save.. hehe

beautiful memory!!

{30th March 2019|1st Reunion of Class 5Sc4,1996 SGGS Penang. Alhamdullilah... selepas 23 tahun kami masih lagi berkomunikasi seperti zaman persekolahan. Mengimbau memori semasa di SGGS Penang, antara suatu kenangan yang terindah. Saya masih segar dapat mengingati perasaan hari pertama melangkah kaki ke SGGS. Berhimpun di dewan sekolah yang besar dan menyanyikan lagu sekolah dengan alunan piano. Benar saya masih bisa menyanyikan lagu SGGS kerna saya bangga menimba ilmu bersama rakan taulan yang berbilang kaum dan bangsa. Walau pun kami berlainan agama, namun di sanalah kami dididik menghormati antara satu sama lain. Kagum saya melihat Menara SGGS yang menjadi mercu tanda sekolah. We are ex-Georgian dan semoga persahabatan kita semua berkekalan. 

Hope to see you all again. Love! 




No comments:

Post a Comment