lovely sunset
(gambar hiasan)
Assalaam alaykom... saya tertarik dengan ceramah yang disampaikan oleh YBhg Prof Madya Dato' Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang dikongsi di Youtube di bawah tajuk "Kerajaan Telah Melakukan Kemungkaran Membenarkan Arak dan Rumah Ibadat Lain Dibina... Nanti Dulu_Dr Maza".
Saya tertarik dengan intipati yang ringkas namun padat dengan pengisian. Pemikiran Islan yang matang dengan ilmu amatlah diperlukan untuk perkembangan Islam serta dapat memberi pencerahan dalam memahami kebebasan asasi dan demokrasi di negara tercinta, Malaysia.
Antara Izin & Redha.. apa kaitannya dan apa pula signifikasi dengan perjalanan harian kehidupan kita. Beliau mengupas topik Izin & Redha dengan ringkas disamping memberi beberapa contoh yang dekat dengan kehidupan. Bak kata kita tidak semestinya memberi izin tetapi terpaksa redha untuk memberi keizinan terhadap sesuatu perkara. Apatah lagi kita yang hidup di negara Malaysia yang berbilang bangsa dan kaum perlu untuk menghormati antara satu sama lain agar kita hidup dalam harmoni dan sejahtera. Tajuk yang digambarkan oleh Dr. Maza adalah apabila kita berada di konteks sebagai seorang pemimpin misalnya perlu juga mengizinkan sesuatu perkara yang tidak kita redhai demi menjaga kesaksamaan dan kesejahteraan negara.
Apabila saya juga berada dalam kelompok keluarga salah seorang Pemimpin Negara, pastinya saya lebih perlu bersikap lebih terbuka untuk menyantuni semua jenis bangsa selain memahami adat dan budaya mereka seperti mana mereka menghormati budaya Islam sebagai agama rasmi negara. Walau pun saya dibesarkan dalam keluarga 'Melayu' sederhana namun ketika di sekolah menengah saya berpeluang bercampur gaul dengan pelbagai bangsa dan lebih berlapang dada untuk menerima rakan-rakan yang bukan seagama. Indahnya lagi sehingga kini kami masih berhubung dan akan sentiasa menyampaikan ucapan salam apabila perayaan agama masing-masing. Alhamdullillah.
Saya sarankan agar anda yang membaca juga perlu lebih terbuka dan menerima perubahan semasa dan berilah masa serta peluang kepada pimpinan negara yang baru untuk membaik-pulih disamping memajukan negara. Di dalam sesebuah organisasi misalnya saya percaya untuk membetulkan sesuatu yang telah sebati dengan pelakuan atau praktis yang telah bertahun lamanya pasti mengambil sedikit masa. Namun percayalah kita harus akur dan berfikir untuk perkara yang lebih positif dan baik demi kebaikan sejagat. InshaAllah.
No comments:
Post a Comment