Tuesday, April 16, 2019

* Happy 12th Anniversary @ BERNAS *

Assalaam alaykom...hari ini tanggal ENAM BELAS APRIL 2019 maka genaplah masuk tahun kedua belas saya berkhidmat di BERNAS. Jika ditanya mengapa dan kenapa saya masih statik disini pasti tiada jawapannya tetapi saya hanya bisa menyatakan bahawa saya selesa dan jenis seorang yang setia... ahaks!. Dek kerna lokasi ofis juga berada berdekatan dengan lingkungan kediaman, ofis yang kini lebih mesra wanita dengan menyediakan kemudahan parkir untuk Ibu mengandung dan bisa meluangkan masa untuk mengepam susu (bagi breastfeeding mothers... perkara ini adalah penting, terima kasih kepada majikan yang memahami keperluan Ibu yang menyusu anak). Selain itu saya syarikat juga mempunyai beberapa faedah yang baik dan jarang dipraktikkan oleh kebanyakan syarikat swasta seperti kemudahan pinjaman kewangan, pembiayaan perubatan kepada ahli keluarga termasuk kedua ibu bapa saya juga membiayai kos bersalin sehingga anak kelima. Alhamdullillah. Antara faktor-faktor tersebut di samping rakan-rakan yang mesra seperti keluarga, saya masih kekal di sini menerajui bidang perolehan khususnya bidang tender. 

Jika dahulu, saya agak janggal dengan perkataan 'tender' namun kini pasti saya akan petah berbicara seperti bertih jagung jika ditanya tentang tender. Manakala penglibatan dalam Kelab Bernas Malaysia telah menjangkau masuk ke tahun kesepuluh dan memegang jawatan Setiausaha Agung sejak tahun 2016. Benar agak sukar untuk membuat keputusan untuk melepaskan jawatan SU yang telah sebati dalam diri namun saya kira pencaturanNya akan memberi masa untuk saya fokus kepada keluarga terchenta. Cabarannya pabila mempunyai anak kecil membuatkan saya terpaksa membawa mereka bersama ke lokasi program bahkan kadang terpaksa membawa bersama waktu mesyuarat jika lokasi di luar Lembah Klang. Lucky me, rakan-rakan memahami dan terima kasih kepada mereka yang membantu menjaga anak-anak saya. Syukran. 

 the third pregnancy journey... bersama pokok daun yang telah setia bersama sepanjang 12 tahun

 Reserved parking for pregnancy mom

kini saya memandu mr Cty yang juga saya catkan warna hitam. ahaks

 mrs Tender yang masih setia dengan peti tender

 sesi penyediaan mesyuarat tender

 sesi mesyuarat bersama vendor sedang berlangsung

dokumen tender untuk sesi mesyuarat pembukaan tender

 uniform baru berwarna hijau

 sesi mencuba uniform baru

 workstation di Glenmarie


lil' Boss melawat Umy Cyana

 love it!

Semoga saya diberi kesihatan yang baik dan bisa melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin. InshaAllah. 

No comments:

Post a Comment